Bisnes Kecil, Income Double? Ini Cara Ramai Seller Buat

Kedai Dah Ada? Ini 6 Bisnes Yang Lagi Untung Bila Tambah Ninja Point Tidak Berjenama

Ada kedai? Tambah servis Ninja Point tanpa modal setup. Jana pendapatan extra dari parcel drop-off, pickup & return setiap hari.
5 mins read

Ramai owner kedai ingat nak tambah income kena buka bisnes baru. Padahal ada satu servis yang orang memang guna setiap hari: courier.

Dengan Ninja Point Tidak Berjenama, korang boleh jadikan kedai sedia ada sebagai tempat drop-off, pickup dan return parcel tanpa renovation atau ubah identiti kedai. Lagi best, parcel bukan sekadar bagi komisen. Ia juga tarik lebih ramai customer masuk kedai.

Jom tengok bisnes apa paling ngam digabungkan dengan Ninja Point.

1. Mini Mart / Kedai Runcit

Dengan kenaikan harga barang dan kos operasi, ramai pemilik kedai runcit kecil mula cari cara tambah pendapatan tanpa perlu tambah modal besar atau ubah bisnes sedia ada.

Mini mart memang dah ada traffic harian. Orang datang beli roti, air, telur atau topup. Bila tambah Ninja Point, kedai anda tiba-tiba jadi “checkpoint” harian untuk parcel sekali.

Customer journey dia simple:

  • Orang datang ambil parcel
  • Sementara tunggu scan atau cari parcel, mata mula “shopping” sekitar kedai
  • Selalunya mereka akan grab air tin, snack, ais krim atau barang dapur kecil sebelum keluar

Ini sebab ramai mini mart suka model ni. Parcel bagi komisen, foot traffic pun naik.

Contohnya, kalau sehari ada 25 customer datang pickup atau drop parcel, dan 8 daripada mereka beli barang tambahan bernilai RM6 seorang, itu dah sekitar RM48 sales tambahan sehari.

Dalam sebulan? Anggaran boleh cecah lebih RM1,400 sales tambahan hanya daripada customer parcel.

Belum masuk komisen parcel dan repeat customer lagi!

Kedai yang dulu customer datang 2 minit, sekarang jadi 5 hingga 10 minit dalam kedai. Lagi lama orang berada dalam kedai, lagi tinggi peluang sales berlaku.

2. Phone Shop / Accessories Store

Phone shop memang antara pasangan paling ngam dengan Ninja Point. Sebab majoriti customer phone shop juga aktif shopping online, contoh..

Bayangkan customer datang pickup parcel Shopee atau TikTok Shop. Masa tunggu parcel dicari, diorang nampak casing baru, cable fast charging atau tempered glass promo dekat rak depan kaunter.

Kadang parcel jadi “umpan masuk kedai”. Dari datang sekadar pickup parcel, terus tambah aksesori telefon sekali.

Jadi korang bukan sahaja dapat customer biasa, tapi juga seller kecil yang nak drop parcel setiap hari. Traffic lebih konsisten, peluang repeat customer pun lebih tinggi.

3. Printing Shop / Stationery Store

Kalau ada bisnes printing, memang rugi kalau tak tambah servis parcel. Dua-dua ni macam sambal gepuk dengan kicap manis. Memang jalan sekali.

Ramai online seller datang printing shop untuk print airway bill, invoice atau dokumen. Lepas print label, langkah seterusnya mestilah drop parcel. Jadi customer tak perlu pergi tempat lain.

Flow dia jadi sangat smooth: Print label → Pack barang → Drop parcel → Siap.

Selain jana komisen parcel, anda juga boleh jual:

  • Bubble wrap
  • Tape
  • Flyer
  • Packaging box
  • Thermal sticker

Bukan itu sahaja! Customer pool lain macam student, pekerja korporat, event organiser, dan cikgu-cikgu adalah antara pelanggan wajib kedai printing.

Jadi, kalau kedai korang ada service drop-off, pickup and hantar parcel, confirm kedai korang je jadi tempat utama diorang datang!

4. Kedai Komputer / Gaming Store

Customer gaming dan komputer memang banyak urusan courier. Mereka selalu beli barang online, upgrade setup, claim warranty atau buat return item.

Bila tambah Ninja Point Tidak Berjenama, kedai anda jadi lebih relevan untuk komuniti tech sekitar kawasan.

Contohnya:

  • Customer datang return keyboard rosak
  • Sementara urus parcel, dia nampak mousepad baru, mechanical keyboard, atau
  • Buat servis cleaning PC

Kadang customer datang pickup parcel gaming gear, terus sambung survey barang lain dalam kedai. Parcel jadi pencetus conversation dan peluang upsell.

🔥 Idea Promo Ringkas Untuk Tarik Sales Tambahan

Of course, kalau berniaga, customer service kena tiptop. Banyak cara yang kita boleh buat untuk improve customer service.

Tapi, bila customer datang ambil parcel, itu peluang terbaik untuk tarik impulse buying kecil-kecilan. Antara taktik yang ramai kedai guna:

  • “Pickup Parcel Deal”: Ambil parcel + beli accessories dapat diskaun kecil
  • Rak “Grab & Go” dekat kaunter: Letak cable, snack, battery, tempered glass atau barang bawah RM15
  • Free gift minimum spend: “Belanja RM30, dapat phone stand/free drink”
  • Bundle: “Screen protector + installation sekali”
  • QR promo dekat kaunter parcel: Scan untuk voucher repeat visit

Bisnes jenis ni juga ada customer repeat yang kuat. Jadi bila mereka dah biasa drop parcel dekat kedai anda, lama-lama lokasi tu automatik jadi “spot tetap” mereka setiap minggu.

5. Laundry / Dobi

Dobi sebenarnya ada satu “hidden trap” iaitu masa menunggu.

Customer biasanya tunggu 20 hingga 40 minit untuk dryer siap. Jadi bila tambah Ninja Point Tidak Berjenama, mereka boleh settle dua benda sekali dalam satu trip.

Sebenarnya, industri dobi layan diri ni memang ada demand konsisten.

Menurut laporan industri, 75% pengguna kedai dobi terdiri daripada wanita dengan purata perbelanjaan sekitar RM80 sebulan.

Ini menunjukkan dobi memang ada aliran customer tetap setiap bulan. Contohnya:

  • Drop baju
  • Pickup parcel
  • Return barang online
  • Sambung lipat baju

Convenience macam ni orang suka sebab jimat masa.

Untuk owner dobi pula, parcel bantu hidupkan suasana kedai. Customer yang datang pickup parcel mungkin nampak servis laundry express atau produk tambahan macam softener dan laundry bag.

Bila dua servis ni digabungkan, kedai bukan sekadar tempat basuh baju. Ia jadi “daily errand hub” kecil untuk kawasan sekitar.

6. Kedai Buku / Gift Shop

Gift shop dan bookstore selalunya bergantung pada walk-in customer. Jadi bila ada Ninja Point Tidak Berjenama, ia bantu tambah trafik harian secara natural.

Orang datang pickup parcel biasanya akan pusing tengok barang sekeliling sementara tunggu giliran. Dekat sinilah impulse buying selalu berlaku.

Contohnya:

  • Sticker cute
  • Journal
  • Pen
  • Gift wrapping
  • Keychain
  • Handmade items

Barang kecil macam ni nampak simple, tapi margin selalunya cantik.

Selain tu, vibe kedai gift dan stationery memang santai. Jadi customer lebih selesa tunggu atau browse sekejap. Parcel jadi sebab untuk masuk kedai, tapi produk anda jadi sebab mereka spend lebih.

Tak Percaya? Ninja Van Dah Pernah Buat Dengan Bengkel Kereta!

ninja point tidak berjenama franchise di shah alam

Kalau rasa konsep gabung dua bisnes ni pelik, sebenarnya dah ada bisnes yang buat dan berjaya.

Dekat Shah Alam, ada outlet Ninja Van yang digabungkan sekali dengan bengkel kereta dan kedai alat automotif milik usahawan tempatan,Pn. Raudhah.

Customer datang servis kereta, sambil tu boleh drop atau pickup parcel sekali. Satu trip, dua urusan settle.

Yang menarik, parcel bukan sekadar tambah income tambahan. Ia bantu tarik customer baru masuk ke lokasi bisnes. Dari customer courier, boleh jadi customer bengkel.

Dari customer bengkel pula, boleh jadi regular drop-off parcel.

Model macam ni tunjuk satu benda penting: Ninja Point Tidak Berjenama bukan sekadar “servis courier”. Ia sebenarnya boleh jadi traffic booster untuk bisnes sedia ada.

Sebab tu konsep ni makin popular dalam kalangan:

  • Bengkel
  • Mini mart
  • Dobi
  • Printing shop
  • Phone store
  • Kedai komuniti

Kadang orang datang sebab parcel. Tapi akhirnya spend dekat bisnes utama anda sekali.

Kedai Sama, Income Berbeza

ninja van pudo ninja point retail partnership 8

Kadang bukan kena tambah modal besar untuk naikkan pendapatan. Kadang cukup tambah servis yang orang memang guna setiap hari.

Non-Branded Ninja Point bantu kedai jana income tambahan melalui parcel drop-off, pickup dan return tanpa ganggu operasi asal. Lagi ramai orang masuk kedai, lagi tinggi peluang sales berlaku.

Kedai anda dah ada. Tinggal tambah satu “magnet customer” je sekarang

👉 Dapatkan quotation Ninja Point Tidak Berjenama & tengok potensi income untuk kedai anda.

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.