
Ramai masih fikir nak pos barang ke luar negara itu leceh.. kena isi borang panjang, tunggu lama, dan kos pun mahal.
Sebenarnya, sekarang dah jauh lebih mudah. Dengan Ninja Van, anda boleh walk-in sahaja ke Ninja Point, drop parcel, dan siap dalam masa beberapa minit, tanpa pening kepala.
1. Walk-In Sahaja di 135+ Ninja Points Seluruh Malaysia

Tak perlu buat appointment atau tempahan awal.
Dengan lebih daripada 135 Ninja Points di seluruh negara, anda boleh terus datang ke lokasi terdekat dan hantar parcel anda bila-bila masa.
Konsepnya mudah: datang, drop-off, siap. Sangat sesuai untuk individu sibuk atau peniaga online yang perlukan proses cepat dan fleksibel.
2. Pos ke 45 Negara Termasuk Singapore

Kalau anda tertanya-tanya cara pos barang ke Singapore atau ke negara lain, Ninja Van kini menawarkan penghantaran ke sehingga 45 negara.
Bukan sahaja ke Singapore, malah ke destinasi lain seperti Australia, Jepun dan banyak lagi.
Ini membuka peluang kepada peniaga untuk berkembang ke pasaran antarabangsa dan juga memudahkan penghantaran kepada keluarga atau rakan di luar negara.
3. Siap Dalam 5 Minit, Tanpa “Paperwork” Rumit

Tak perlu lagi isi borang tebal atau risau tentang dokumentasi kastam.
Dengan sistem Ninja Van, proses penghantaran antarabangsa jadi semudah penghantaran domestik. Drop parcel anda dan semuanya akan diuruskan.
Dalam masa secepat 5 minit, anda boleh teruskan hari anda tanpa sebarang kerumitan.
4. Harga Mampu Milik Serendah RM17.50

Penghantaran antarabangsa tak semestinya mahal.
Dengan Ninja Van, anda boleh nikmati penghantaran antarabangsa murah bermula dari RM17.50 sahaja.
Ini sangat membantu untuk:
- Peniaga kecil yang ingin jimat kos
- Individu yang hantar hadiah ke luar negara
- Sesiapa yang mencari alternatif lebih berbaloi berbanding kurier tradisional
Hantar Overseas Serendah RM17.50 Hari Ini

Tak perlu tunggu atau fikir panjang lagi.
Dengan 135+ Ninja Points, proses walk-in yang mudah, dan harga bermula RM17.50, kini anda boleh hantar parcel ke Singapore dan seluruh dunia dengan lebih cepat dan senang.