Nak Untung Besar 6 Jenis Perniagaan Online Ini Boleh Buat Duit!

Nak Jana Duit? Ini 9 Idea Berniaga Yang Laku Keras & Menguntungkan!

Cari idea berniaga yang laku keras & menguntungkan? Ini 9 bisnes modal kecil untung besar, sesuai untuk mulakan dari rumah!
5 mins read

Nak mula berniaga tapi tak tahu nak jual apa?

Jangan risau! Sebenarnya, banyak jenis jualan yang cepat laku dan bisnes yang menguntungkan boleh dimulakan dengan modal kecil. Yang penting, pilih perniagaan yang sesuai dengan minat anda dan permintaan pasaran. Dengan strategi yang betul, anda boleh jana pendapatan tetap setiap hari!

Dalam artikel ini, kami senaraikan 9 idea perniagaan yang menguntungkan dan bisnes modal kecil untung besar yang boleh dimulakan dari rumah. Jom baca!

1. Agen Produk Kecantikan & Kesihatan

Produk kecantikan dan kesihatan sentiasa laku keras, terutamanya di kalangan wanita dan mereka yang menjaga kesihatan. Ini antara jenis jualan yang cepat laku dan bisnes yang menguntungkan.

Contoh produk popular:

  • Elformula & Muuka – Skincare tempatan dengan bahan semula jadi.
  • Usana – Supplement premium yang ada ramai pelanggan setia.
  • Whey Protein – Untuk mereka yang aktif bersenam.

Cara mula berniaga:

  • Dropship atau jadi agen produk tanpa perlu simpan stok.
  • Gunakan Instagram, TikTok & Facebook untuk buat live review.
  • Bina kepercayaan dengan testimoni pelanggan.
Affiliate, Stokis, Agen & Dropship – Apa Bezanya contoh affiliate marketing malaysia contoh dropship malaysia
JenisCara Berfungsi
AffiliatePromosikan produk menggunakan link khas. Dapat komisen setiap kali ada pembelian.
StokisBeli produk dalam kuantiti besar dengan harga borong dan jual semula.
AgenBeli produk dari stokis atau syarikat pada harga lebih murah dan jual kepada pelanggan.
DropshipPromosikan produk tanpa simpan stok. Supplier uruskan penghantaran.

Jika buat dengan betul, bisnes ini boleh berkembang dengan cepat!

2. Bisnes Makanan Dari Rumah

Jika anda suka memasak, bisnes makanan dari rumah adalah antara jenis jualan yang cepat laku dan bisnes modal kecil untung besar.

ProdukCara Dapatkan Banyak Jualan
Pes masakan (kari, asam pedas, sambal garing)Pastikan rasa autentik & gunakan bahan premium. Buat live cooking di media sosial untuk tarik pelanggan.
Kuih muih frozen (karipap, popia, kuih ketayap)Tawarkan pakej combo & promosi untuk acara khas seperti bulan puasa dan perayaan.
Sambal homemadeBuat packaging menarik & sediakan pilihan pedas berbeza untuk pelbagai selera pelanggan.

Tips bisnes makanan:

  • Jaga rasa & kualiti produk supaya pelanggan repeat order.
  • Gunakan pembungkusan yang menarik supaya tahan lama.
  • Promosi di media sosial dengan video masakan.

Jika makanan anda sedap dan konsisten, ia mudah viral dan menjadi bisnes yang menguntungkan.

📢 Cari servis penghantaran makanan? Ninja Van boleh hantar! Klik sini untuk info lanjut atau hubungi kami terus!

3. Bisnes Bundle & Preloved

Trend fesyen vintage & streetwear semakin meningkat! Jika anda pandai cari item rare, ini antara jenis jualan yang cepat laku dan bisnes modal kecil untung besar.

Contoh barang laris:

  • Jersey bola original
  • Jaket windbreaker & vintage
  • Beg branded preloved
  • Kasut sneakers secondhand
  • Aksesori & jam tangan vintage

Cara buat bisnes:

  • Cari pembekal bundle berkualiti
  • Jual di Shopee, Instagram atau buat live sale
  • Tunjukkan keunikan produk dengan video pendek

Ni contoh korang buat live jual baju bundle.

📌 Baca juga: 11 Tips Jual Baju Raya Online dengan Mudah, Tak Perlu Risau!

✅ Ninja Van siap buat 3x percubaan penghantaran, kurang risiko return. Klik sini untuk info lanjut! 🚀

4. Jual Mainan Viral

Mainan kanak-kanak adalah salah satu jenis jualan yang cepat laku, terutama yang viral di TikTok & YouTube.

Contoh mainan trending:

  • Slime & Lego mini
  • Pop-it & fidget toys
  • Anak patung karakter kartun
  • Labubu dan blind box

Cara buat bisnes:

  • Ikut trend mainan terkini untuk cepat tarik pelanggan.
  • Ambil gambar & buat unboxing video untuk promosi.
  • Jual secara pakej combo supaya pelanggan beli lebih banyak.

5. Jualan Gajet & Aksesori Telefon

Dengan ramai pengguna smartphone, bisnes kecil-kecilan dari rumah ini sangat berpotensi dan termasuk dalam bisnes yang menguntungkan.

Antara produk laku keras:

  • Power bank
  • Earphones & headphone
  • Phone case & screen protector

Cara mula:

  • Dropship dari pembekal Shopee/Lazada tanpa simpan stok.
  • Jual di TikTok Shop & Facebook Marketplace.
  • Buat review video untuk tarik perhatian pelanggan.

6. Servis Freelance Online

Jika anda ada kemahiran tertentu, cuba bisnes online dari rumah seperti:

  • Design & suntingan grafik
  • Menulis artikel & copywriting
  • Translation (Bahasa Melayu – English)
  • Editing video pendek untuk TikTok

Cara buat bisnes:

  • Daftar di Fiverr, Upwork atau servis tempatan.
  • Promosi servis di media sosial & buat portfolio.
  • Beri harga promosi untuk tarik pelanggan awal.

Modalnya hampir RM0, tetapi hasilnya boleh tinggi!

7. Jual Produk Digital

Nak bisnes modal rendah tanpa perlu urus stok? Jual produk digital! Ini antara bisnes modal kecil untung besar.

Contoh produk digital:

  • Template resume & CV
  • E-book panduan perniagaan
  • Preset suntingan gambar

Menjual template resume dan CV di Malaysia boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan.

Sebagai contoh, Nurul Ain, seorang graduan Universiti Sains Malaysia, menawarkan perkhidmatan penyediaan resume dengan harga serendah RM10 melalui platform seperti TikTok.

📌 Tengok video Resume by Nurul di TikTok: [DI SINI]

Dalam sehari, beliau menerima lebih daripada seribu tempahan, menunjukkan permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan ini.

8. Bisnes Printing & Custom Merchandise

Ramai yang suka barangan custom seperti:

  • T-shirt dengan design unik
  • Mug & keychain custom
  • Casing telefon dengan nama sendiri

Gunakan print-on-demand seperti Teespring atau cari supplier lokal.

9. Jual Produk Viral TikTok

Setiap minggu, ada saja produk viral di TikTok. Ini antara jenis jualan yang cepat laku dan bisnes yang menguntungkan.

Contoh produk viral:

  • Botol air dengan straw viral
  • Meja lipat minimalis
  • Lampu LED hiasan bilik

Sentiasa alert dengan trend semasa dan jual sebelum persaingan tinggi!

Kesimpulan

Dengan memilih jenis jualan yang cepat laku dan bisnes yang menguntungkan, anda boleh mulakan perniagaan dengan modal kecil tetapi hasil yang besar. Pastikan anda fokus pada kualiti produk, promosi kreatif, dan kepuasan pelanggan untuk menjadikan bisnes anda lebih berjaya.

Jom mulakan perniagaan anda hari ini dan jana pendapatan tambahan dari rumah! 🚀

FAQ (Soalan Lazim) Tentang Bisnes Modal Kecil

  1. Berapa modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes kecil?
    Modal boleh bermula dari RM100 hingga RM500, bergantung pada jenis perniagaan.
  2. Bagaimana cara memilih produk yang laku keras?
    Lakukan kajian pasaran dan ikut trend semasa seperti produk kecantikan, makanan, atau aksesori telefon.
  3. Adakah bisnes online lebih menguntungkan daripada bisnes offline?
    Bisnes online mempunyai potensi yang besar kerana ia boleh menjangkau pelanggan di seluruh negara.
  4. Bagaimana cara mempromosikan produk dengan efektif?
    Gunakan media sosial, buat content menarik, dan tawarkan promosi kepada pelanggan.


Nak Mulakan Bisnes Anda Sendiri?

Nak hantar produk dengan kos rendah! Dengan Ninja Van, anda boleh hantar produk dengan harga serendah RM6.50.

Ninja Van juga buat 3x percubaan penghantaran supaya barang selamat sampai.

Jika anda hantar makanan sejuk beku, gunakan Ninja Cold tanpa minimum order quantity (MOQ)!

📢 Klik sini untuk daftar & dapatkan promosi parcel bulanan!


What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.