Pada 26 Oktober 2023, WORQ TTDI menjadi tumpuan apabila para pemimpin perniagaan dan pemasar berkumpul untuk membongkar strategi pertumbuhan merentas sempadan melalui kuasa kempen berbayar.
Sesi yang dianjurkan bersama oleh Ninja Van dan STG Commerce ini membuka peluang kepada perniagaan untuk menguasai pasaran antarabangsa dengan gabungan kempen berbayar yang tepat dan rangka kerja pemasaran yang bijak.
Dengan perkongsian daripada Shaun Tan, Pengasas STG Commerce, peserta pulang dengan strategi praktikal untuk membawa jenama mereka ke tahap seterusnya.
Intipati Penting Masterclass
#1. Kempen berbayar yang berkesan
Kenapa bazirkan bajet iklan kalau anda boleh gandakan hasilnya? Sesi ini memperkenalkan formula 60/30/10:
- 60% untuk jualan umum,
- 30% untuk promosi bermusim,
- 10% untuk penargetan semula (retargeting).
Formula ini terbukti berkesan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) sambil mencapai konsumer yang disasarkan dengan tepat.
#2. Tembusi pasaran antarabangsa
Nak kembangkan perniagaan ke Filipina, Singapura, atau Indonesia? Sesi ini berkongsi strategi bagaimana menyesuaikan kempen mengikut konsumer tempatan sambil menguruskan cabaran seperti logistik dan penetapan harga.
Kempen yang bijak bukan hanya tentang pendedahan—ia tentang menghasilkan jualan merentas sempadan.
#3. Kandungan yang lebih efisien
Kandungan anda tak perlu dihasilkan sekali dan dibiarkan begitu saja. Strategi “Content Pyramid” membantu perniagaan menukar kandungan panjang—seperti laporan dan panduan—kepada bahagian yang lebih kecil untuk media sosial dan saluran lain. Pendekatan ini memastikan mesej yang konsisten dan pendedahan berterusan di pelbagai platform dengan usaha minimum.
Dengan rangka kerja pemasaran yang teratur, perniagaan boleh mengekalkan konsistensi jenama, mengoptimumkan pengedaran kandungan, dan memperkembangkan kempen di pelbagai rantau. Objektif yang jelas, penamaan yang tersusun, dan alat pengoptimuman masa nyata membantu menyelaraskan mesej sambil mengekalkan fleksibiliti untuk keperluan pasaran tempatan.
#4. Rangka kerja pemasaran yang mudah dikembangkan
Mengembangkan kempen di pelbagai rantau boleh jadi mencabar. Namun, dengan rangka kerja yang teratur seperti struktur “decentralized account”, peserta belajar bagaimana mengekalkan kempen yang selaras dan efisien. Penetapan objektif yang jelas, penamaan yang tersusun, dan pengoptimuman masa nyata adalah antara alat penting untuk memastikan kempen mencapai matlamatnya.
Kempen Berbayar, Jaringan Antarabangsa
Kempen berbayar membuka pintu kepada pelanggan baru dan peluang merentas sempadan. Dengan penargetan yang bijak, anda boleh berhubung dengan konsumer tempatan dan mengembangkan jenama anda secara global.
Bila tiba masa untuk menghantar produk anda ke tangan pelanggan? Jangan risau, kami uruskan. Dengan liputan 100% di Asia Tenggara, Ninja Van memahami rantau ini sepenuhnya, memastikan produk anda sampai dengan selamat dan pantas.
Dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami di sini.
Untuk kerjasama atau pertanyaan, hubungi kami di reg-xb-enquiry@ninjavan.co.