Artikel ini adalah versi ringkas daripada e-Panduan kami, Dari Malaysia ke Asia Tenggara: Panduan PKS e-Dagang untuk Perluas Pasaran Antarabangsa. Baca e-Panduan penuh di sini.
Pernah terfikir nak expand bisnes ke luar Malaysia? Kami tahu ia nampak mencabar, tapi perjalanan anda setakat ini membuktikan yang pertumbuhan merentas sempadan memang boleh dicapai.
Nak kembangkan bisnes perlukan perancangan yang betul, dan kami di sini untuk bantu. Dengan kerjasama CPXi Asia dan antics@play, panduan ini penuh dengan pandangan dan strategi untuk bantu anda berkembang dengan yakin.
#1. Apa Strategi Pengembangan Anda?
Kita semua suka beli-belah dalam talian yang pantas—klik, terus siap. Tapi bila nak expand ke luar negara, ia jadi satu cabaran besar. Kastam, cukai, dan penghantaran boleh jadi isu yang memeningkan kepala.
Sebab tu, strategi logistik sangat penting.
Kejayaan di luar negara bukan sekadar tentang jualan; ia juga tentang memilih pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan bajet anda. Antara pilihan yang anda ada:
- Sumber + Pengeluaran + Pemenuhan Tempatan: Pilihan berisiko tinggi dan kos besar—setup operasi di luar negara mungkin kedengaran hebat, tapi kalau jualan tak capai sasaran, kualiti merosot atau kos melambung, boleh jadi satu beban besar.
- Penghantaran Pukal + Pemenuhan Tempatan: Pilihan yang lebih selamat, dengan penghantaran lebih pantas dan pemulangan yang mudah. Tapi kalau salah anggaran permintaan, anda mungkin membayar ruang simpanan yang tak diperlukan atau kehabisan stok terlalu cepat.
- Terus ke Pelanggan: Cara paling bijak dan jimat untuk bermula. Simpan stok di Malaysia dan hantar hanya bila ada pesanan. Mungkin ambil masa lebih lama, tapi dengan rakan logistik yang boleh dipercayai, semuanya berjalan lancar.
Cadangan kami: Mulakan kecil dengan model Terus ke Pelanggan untuk uji pasaran sebelum scale up.
#2. Apa Strategi Penghantaran Anda?
Strategi penghantaran yang betul bergantung pada apa yang anda jual dan bagaimana anda nak jenama anda berkembang. Adakah anda nak fokus pada kelajuan, kos, atau gabungan kedua-duanya?
- Perkhidmatan Ekspres: Pantas dan boleh dipercayai, sesuai untuk produk bernilai tinggi atau sensitif masa.
- Perkhidmatan Komersial: Seimbang antara kelajuan dan kos, sesuai untuk bisnes yang nak berkembang secara berperingkat.
- Perkhidmatan Pos: Paling jimat, sesuai untuk penghantaran kecil yang tak mendesak.
Cadangan kami: Perkhidmatan Komersial adalah pilihan terbaik dari segi keseimbangan kos dan kepuasan pelanggan.
#3. Kenali Perbezaan Pasaran
Expand ke Asia Tenggara bukan sekadar menjual; ia tentang memahami bagaimana pasaran berbeza menemui jenama dan apa yang mempengaruhi keputusan mereka.
Sebagai contoh, pengguna di Singapura bergantung kepada enjin carian (30.4%) dan saranan rakan (28.3%), jadi SEO dan referral program sangat penting. Di Filipina, iklan media sosial (41.3%) menjadi faktor utama, terutama di platform seperti Facebook (94.6%).
Selain itu, pelanggan di Filipina dan Thailand lebih suka jenama mesra alam, manakala di Vietnam, mereka lebih tertarik kepada jenama yang menonjolkan budaya tempatan.
Pandangan rakan kongsi kami: Tiada pendekatan satu-saiz-untuk-semua. Anda perlu sesuaikan strategi pemasaran dan pemenuhan dengan keperluan unik setiap pasaran.
#4. Dah Bersedia untuk Logistik Merentas Sempadan?
Penghantaran merentas sempadan bukan sekadar bungkus dan hantar—ada banyak peringkat yang boleh menentukan kejayaan pengembangan anda.
Prosesnya seperti berikut:
- Pengumpulan & Pemprosesan: Produk anda diambil dan disediakan untuk penghantaran antarabangsa.
- Pelepasan Kastam Eksport: Pematuhan peraturan tempatan sangat penting untuk elakkan kelewatan.
- Pengangkutan: Udara, laut, atau darat? Pilihan bergantung pada bajet dan keperluan penghantaran.
- Pelepasan Kastam Import: Produk diperiksa dan diluluskan mengikut peraturan negara penerima.
- Penghantaran Terakhir: Barang dihantar ke tangan pelanggan dengan cepat dan selamat.
Cadangan kami: Pilih strategi penghantaran yang sesuai dan fahami peraturan tempatan—contohnya had bebas cukai SGD 400 (RM1,300) di Singapura berbanding 3 USD (RM13) di Indonesia.
Kesimpulan
Persaingan memang sengit, tapi dengan langkah bijak dan rakan kongsi yang tepat, apa yang nampak sukar hari ini boleh jadi kejayaan besar di kemudian hari.
Nak tahu lebih lanjut? Muat turun e-Panduan penuh kami untuk lebih banyak tip dan strategi.
Mencari penyelesaian logistik menyeluruh? Dari penghantaran awal hingga akhir, Ninja Van sedia membantu anda. Hubungi kami sekarang.