Nak hantar pet food? Ninja Van ada Drop-Off dari RM5.50 atau Pickup senang. Dapatkan penghantaran reliable untuk bisnes anda!

Nak Hantar Makanan Haiwan? Ini Harga dan Cara Ship Pet Food Dengan Ninja Van!

Nak hantar pet food? Ninja Van ada Drop-Off dari RM5.50 atau Pickup senang. Dapatkan penghantaran reliable untuk bisnes anda!
4 mins read

Ada jual jualan makanan kucing atau haiwan yang nak dihantar, tapi tak pasti courier mana yang boleh handle? Jangan risau, Ninja Van boleh hantar pelbagai jenis makanan haiwan — dari kering, basah, sampailah ke treats! 

Dalam artikel ni, kita akan kongsi cara hantar pet food, harga shipping, dan pilihan penghantaran paling mudah untuk seller macam korang. 😉

Boleh ke Ninja Van Hantar Makanan Haiwan?

Yes, Ninja Van boleh hantar makanan haiwan! 

Sama ada korang jual makanan kucing, treats, atau suplemen, Ninja Van ada servis penghantaran yang sesuai untuk semua. Penghantaran juga tak terhad pada bungkusan kecil je — pet food dalam kuantiti besar seperti karung 10 kg pun Ninja Van boleh handle!

Kalau nak hantar, Min nasihatkan untuk pastikan makanan haiwan korang dibungkus dengan baik dan tak mudah bocor untuk elakkan sebarang kerosakan semasa transit.

Harga Penghantaran Makanan Haiwan dengan Ninja Van

Berapa harga shipping makanan haiwan dengan Ninja Van? Don’t worry, harga Ninja Van sangat berpatutan — sesuai untuk seller yang baru nak mula, mahupun yang dah ada bisnes besar.

#1. Harga Drop-Off (Serendah RM5.50!)

Kalau korang nak jimat dan tak kisah untuk hantar parcel ke Ninja Point, pilihlah Drop-Off

Harga penghantaran bermula serendah RM5.50 sahaja, dan boleh hantar sehingga 30kg!

Ini pilihan terbaik untuk sellers part-time yang nak hantar barang satu atau dua parcel je. Korang hanya perlu bawa parcel ke mana-mana Ninja Point berdekatan.

🔥 Tips! Sebenarnya, lagi senang kalau guna Ninja Biz. Macam mana? Min ada kasi guide dekat bawah. Scroll lah dulu 👇⬇️

#2. Harga Pickup (Tambah RM1 Je!)

Kalau tak nak drive dan nak lebih mudah, pilihlah servis Pickup. Korang tak perlu keluar rumah atau premis — Abang Ninja akan datang terus ke pintu untuk ambil parcel korang.

Cuma tambah RM1 sahaja dari harga Drop-Off! So, kalau korang ada banyak stok atau parcel berat, lebih mudah biar Ninja Van yang datang.

Contoh Harga untuk Makanan Haiwan (Barat Malaysia):

  • Bawah 5kg: RM5.50 – RM8.70 (Drop-Off) | RM6.50 – RM9.70 (Pickup)
  • Bawah 10kg: RM9.50 – RM12.70 (Drop-Off) | RM10.50 – RM13.70 (Pickup)
  • Bawah 20kg: RM13.50 – RM20.70 (Drop-Off) | RM14.50 – RM21.70 (Pickup)
  • Sehingga 30kg: RM21.50 – 28.70 (Drop-Off) | RM22.50 – RM29.70 (Pickup)

👀 Nak harga Timur Malaysia? Kilik sini untuk katalog harga penuh!

Mudah kan? Sekarang korang dah tahu harga asas untuk penghantaran makanan haiwan dengan Ninja Van, jadi boleh bajet kos shipping dengan lebih tepat.

🔥 Tips: Kalau korang nak harga shipping yang lebih baik untuk penghantaran bulk atau secara tetap, korang boleh sign up untuk akaun Penghantaran Bisnes. Kenapa? Min ada kasi guide dekat bawah. Scroll lah dulu 👇⬇️

Macam Mana Nak Hantar Pet Food Guna Ninja Van?

Nak hantar makanan haiwan dengan Ninja Van? Ikut langkah-langkah mudah ni! Dalam masa tak sampai 10 minit, parcel korang dah siap untuk dihantar. Jom kita mula!

  1. Download Ninja Biz dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Daftar Akaun. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti nama, alamat, dan nombor telefon.
  3. Pilih ‘Send Parcel’ untuk mengisi maklumat penghantaran.
  4. Isi Butiran Penghantaran. Pastikan korang tulis jenis makanan haiwan yang dihantar, berat parcel, dan alamat destinasi dengan tepat.
  5. Pilih ‘Pickup’ atau ‘Drop-Off’:
    1. Kalau Drop-Off: Cari Ninja Point terdekat dan masukkan lokasi tersebut.
    2. Kalau Pickup: Pastikan alamat yang korang isi adalah betul supaya Abang Ninja dapat sampai tanpa masalah.
  6. Lihat Harga: Setelah isi semua maklumat, aplikasi akan tunjukkan harga penghantaran berdasarkan pilihan korang. Semak harga dan pastikan ia sesuai dengan bajet korang.
  7. Buat Pembayaran: Korang boleh pilih untuk bayar menggunakan kad kredit, debit, atau pilihan lain yang tersedia.
  8. Track Parcel Secara Online: Setelah pembayaran selesai, korang boleh track parcel korang melalui aplikasi Ninja Biz.
Tahu tak? Ninja Biz ada promosi “Ship More, Save More!” Mula hantar 15 parcel, dapat 5 parcel PERCUMA! Baca terma dan syarat promosi di sini.

Mudah je, kan? Dengan langkah-langkah ini, korang takkan hadapi masalah untuk hantar pet food ke mana-mana lokasi! Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan untuk hubungi customer service Ninja Van. Kami sedia membantu!

Pilihan Drop-Off dan Pickup — Mana Yang Paling Mudah?

Bila nak hantar makanan haiwan, pilihan yang ada memang memudahkan! So, jom kita bandingkan Drop-Off dan Pickup untuk lihat mana yang paling sesuai untuk korang.

Kelebihan Drop-Off

  • Mudah dan Jimat: Dengan harga bermula serendah RM5.50, korang hanya perlu hantar parcel ke mana-mana Ninja Point terdekat.
  • Sesuai untuk One-off Shipment: Kalau korang hanya ada satu atau dua parcel untuk dihantar, ini adalah pilihan yang paling praktikal. Bawa je parcel ke Ninja Point, dan hantar dengan cepat!

Kelebihan Pickup

  • Jimat Masa dan Tenaga: Kalau korang takde masa atau malas nak keluar, Pickup adalah pilihan tepat! Korang tak payah susah payah drive atau cari parking. Just stay at home, dan Abang Ninja akan datang ambil parcel korang.
  • Perfect untuk Seller yang Aktif: Ini pilihan terbaik untuk seller yang hantar lebih dari 5 parcel setiap hari. Korang tak perlu risau tentang pengangkutan, semua urusan akan diuruskan oleh Ninja Van.

Kenapa Ninja Van Pilihan Terbaik untuk Seller Makanan Haiwan?

Ninja Van bukan je menawarkan harga yang berpatutan, tapi juga penghantaran yang reliable. Dengan 3x delivery attempts, parcel korang akan sampai dengan selamat.

Nak hantar lebih dari 150 parcel sebulan? Korang boleh dapat account manager yang siap sedia untuk bantu korang uruskan semua pesanan. Ini sangat berguna untuk bisnes yang nak scale up!

Plus, Ninja Van juga ada cold chain options untuk makanan yang perlu disimpan sejuk. Jadi, tak risau tentang pet food yang rosak semasa penghantaran.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Pilih je mana-mana option yang sesuai dengan korang, dan mula hantar makanan haiwan dengan Ninja Van! Dengan cara yang mudah, cepat, dan harga yang berbaloi, bisnes pet food korang pasti akan lebih lancar! 🎉🐾

Nak mulakan penghantaran dengan Ninja Van? Pilih option di bawah yang sesuai dengan anda:

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.