Nak Untung Besar 6 Jenis Perniagaan Online Ini Boleh Buat Duit!

Nak Untung Besar? 6 Jenis Perniagaan Online Ini Boleh Buat Duit!

6 idea bisnes online yang boleh menjana untung besar: dari agen kecantikan hingga jual gajet. Baca untuk inspirasi perniagaan anda!
5 mins read

Pernah terfikir untuk memulakan perniagaan online tapi tak pasti nak jual apa? 

Sebenarnya, tak semua perniagaan online itu rumit—yang penting ialah pilih bisnes yang sesuai dengan minat, modal, dan trend semasa.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 contoh perniagaan online yang terbukti menguntungkan, senang untuk dimulakan, dan berpotensi besar untuk berkembang. 

Jom kita lihat satu persatu!

1. Agen Produk Kecantikan atau Kesihatan

Produk kecantikan dan kesihatan sentiasa ada permintaan tinggi, terutamanya di kalangan wanita dan mereka yang mementingkan gaya hidup sihat. 

Menjadi agen atau dropship untuk produk-produk ini boleh memberikan keuntungan besar jika anda pilih jenama yang popular dan berkualiti.

Contoh Produk:

  • Elformula & Muuka: Skincare tempatan yang fokus pada bahan semula jadi.
  • Elegance: Skincare yang terkenal dengan hasil yang cepat dan harga berpatutan.
  • Usana: Supplement premium untuk kesihatan yang ada ramai pengikut setia.
  • Whey Protein: Popular untuk golongan yang aktif bersenam dan menjaga diet.

Tips! Pilih produk yang berkualiti. Jangan hanya pilih produk kerana harganya murah—pastikan anda cuba sendiri dahulu dan fahami kelebihannya.

Tumpukan pada servis pelanggan, dan gunakan media sosial seperti Instagram, Facebook, atau TikTok untuk buat live review, untuk promosi & testimoni pelanggan.

Pendek kata, produk kecantikan dan kesihatan memang ‘lubuk emas’ kalau strategi betul!

2. Makanan & Perencah Masak Homemade

Makanan homemade semakin popular di kalangan pengguna kerana rasanya yang asli dan unik. Kenapa makanan homemade laku?

Permintaan tinggi terutamanya dari golongan yang sibuk bekerja tetapi masih nak rasa masakan asli seperti di rumah. Jika kualiti terjaga dan rasanya konsisten, produk makanan homemade boleh mudah viral!

Contoh produk yang boleh dijual:

  • Pes tomyam, kari, atau asam Pedas
  • Sambal bilis, pes masak lemak, atau serunding
  • Sos BBQ, sambal garing, dan kuah pecal

Yang penting, jaga kualiti & packaging! Pastikan pembungkusan kedap udara dan menarik. Gunakan media sosial untuk promosi juga! Buat video pendek resipi menggunakan produk anda.

Jika perencah masakan anda berjaya menambat selera pelanggan, repeat order pasti tak jadi masalah!

📢❗ Eh, tengah cari servis penghantaran untuk makanan? Ninja Van pun sekarang boleh hantar! Klik sini untuk ketahui lebih lanjut, atau sini untuk terus tanya direct pada kami!

3. Brand Bundle dan Preloved

Jualan pakaian bundle dan preloved bukan sesuatu yang baru, tapi masih menjadi bisnes yang menguntungkan—lebih-lebih lagi dengan trend fesyen ‘vintage’ dan ‘streetwear’ yang semakin mendapat tempat di kalangan anak muda. 

Apa yang buat bisnes ini lebih menarik adalah, modalnya rendah tapi margin keuntungannya tinggi!

Buat masa ini, produk seperti jersey pasukan bola, cardigan, dan windbreaker sangat laku. Tambahan pula, banyak peminat bundle sanggup bayar lebih untuk dapatkan item rare atau ‘limited edition’.

Tips untuk memulakan bisnes bundle:

  • Pastikan pembekal boleh dipercayai supaya produk sampai adalah asli dan dalam keadaan baik.
  • Jual di platform yang betul seperti Shopee, Instagram, atau Facebook untuk target pasaran.
  • Tunjukkan nilai produk dengan cara ‘live sale’ atau video pendek untuk highlight keunikan setiap pakaian.

Jadi, jika anda minat fesyen dan tahu memilih barang yang ada nilai ‘rare’, bisnes ini boleh jadi lubuk emas untuk anda!

Harga Postage Macam Mana?

Kalau nak start bisnes, mesti takut postage mahal, lagi-lagi bila parcel tak banyak. Hantar dengan Ninja Van, anda dapat:

  • Harga serendah RM5.50
  • Bestnya, Ninja Van akan buat 3x percubaan penghantaran

Jadi, kurang risiko parcel kena return sebab customer tak terima. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut!

4. Jual Mainan Kanak-Kanak Viral

Mainan kanak-kanak adalah satu lagi kategori yang laku keras, lebih-lebih lagi bila ada trend atau permainan viral yang jadi rebutan. 

Contohnya, permainan seperti ‘slime’, Lego mini, anak patung ‘pop-it’, atau mainan yang berkaitan dengan karakter filem animasi terbaru sering habis terjual dalam masa yang singkat!

Kenapa bisnes ini menguntungkan? Bila ada mainan yang viral, permintaannya akan meningkat dengan cepat—dan ini peluang terbaik untuk anda buat keuntungan besar!

Tips untuk menjual mainan viral:

  • Sentiasa ‘alert’ dengan trend mainan yang sedang popular di media sosial seperti TikTok dan YouTube.
  • Ambil gambar produk yang ceria dan video unboxing untuk tarik perhatian ibu bapa dan anak-anak.
  • Jual mainan secara pakej untuk tingkatkan nilai jualan dan galakkan pembeli membeli lebih.

Jualan mainan viral ini memerlukan anda cepat tangkap trend—tapi sekali dapat ‘hit’, potensi untungnya memang besar!

5. Kuih Muih Frozen

Dari karipap, popia, hingga ke kuih ketayap, produk kuih frozen bukan sahaja diminati ketika bulan Ramadhan, malah ada permintaan sepanjang tahun!

Kenapa kuih muih frozen laku keras? Kerana ia mudah disediakan—hanya perlu goreng atau panaskan sahaja! 

Lagi-lagi dengan gaya hidup yang sibuk, ramai mencari cara mudah untuk hidangkan snek enak dalam masa yang singkat. 

🔥 Trend terkini: Pelanggan semakin tertarik kepada kuih muih yang mempunyai rasa unik. Kebanyakan makanan viral yang menjadi hit biasanya adalah rasa yang tidak pernah ada sebelumnya. Contohnya, Chocolate Khunafah.

Jadi, anda boleh memilih untuk mengikuti trend semasa (yang mungkin mempunyai persaingan tinggi) atau menjadi kreatif dan mencipta rasa sendiri berdasarkan kemahiran memasak anda.

Contoh kuih muih frozen yang popular:

  • Karipap, samosa, atau popia
  • Kuih tradisional seperti kuih ketayap, kuih seri muka, atau cucur badak
  • Kuih moden seperti pizza roll, cheesy pop, atau nugget sayur

Tips untuk Bisnes Kuih Frozen!

Untuk memastikan bisnes kuih frozen anda berjaya, kualiti dan rasa produk harus terjamin. Pastikan kuih anda sedap dan tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk fokus pada pembungkusan; gunakan pembungkusan yang menarik dan kedap udara supaya kuih kekal segar dan enak.

Kalau anda nak hantar kuih muih frozen tanpa minimum order quantity (MOQ), Ninja Cold ada penyelesaian untuk anda! 

Anda boleh hantar parcel serendah 1 tanpa caj tambahan. Klik sini untuk tahu lebih lanjut, atau sini untuk terus tanya direct pada kami!

6. Jual Gajet dan Aksesori Handphone

Dengan penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat, jualan gajet dan aksesori handphone menjadi satu peluang bisnes yang menguntungkan. Masyarakat kini sentiasa mencari aksesori yang bukan sahaja berguna tetapi juga stylish.

Antara produk yang laku keras adalah:

  • Power bank
  • Earphones dan headphone
  • Keychain / keyring
  • Phone case
  • Earphone cases
  • Screen protector

Mencari Servis Penghantaran Cepat dan Selamat?

Jika anda sedang mencari penyelesaian penghantaran yang efisien dan selamat, Ninja Van adalah pilihan tepat untuk anda! 

Daftar akaun dan nikmati penghantaran parcel bermula dari hanya RM5.50, dan dapatkan 5 parcel percuma! Jadi, jangan tunggu lagi—klik sini untuk baca terma dan syarat!

Hantar Barang Lebih Dari 150 Parcel Sebulan?

Jika anda seorang penjual yang menghantar lebih dari 150 parcel sebulan, Penghantaran Bisnes dari Ninja Van adalah jawapannya! 

Dengan mendaftar untuk akaun, anda akan dapat:

  • Pengurus Akaun Khusus (Account Manager) untuk membantu menguruskan, menyusun, dan menyelesaikan sebarang isu penghantaran yang mungkin timbul.
  • Berpeluang mendapatkan harga khas berdasarkan jumlah parcel yang dihantar

Tawaran terbaik dalam perkhidmatan penghantaran di Malaysia! 

Nikmati ketenangan fikiran kerana kami akan menguruskan masa pengambilan, kecekapan penghantaran, dan bil di akhir bulan untuk anda. Jom, mulakan bisnes kurang risiko dengan penghantaran efisien menggunakan Ninja Van!

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut, atau sini untuk terus tanya direct pada kami!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.