
Pernah tak korang dapat mesej macam ni daripada pelanggan:
🗣: “Bang, saya kat Johor ni. Teringin sangat nak rasa daging harimau menangis abang tu. Boleh pos tak?”
Sebagai peniaga, memang best hati berbunga lah bila orang luar kawasan mula berminat. Tapi, bila fikir bab cara pos daging frozen, terus rasa nak garu kepala yang tak gatal.
- Nak guna rider on-demand? Confirm kos penghantaran lagi mahal daripada harga daging tu!
- Nak hantar guna pos ekspres? Daging tu cair dan hidup balik kot jadinya.
Hujung-hujung, terpaksa tolak order sebab tak tau macam mana nak hantar daging dalam keadaan terbaik.
Sebenarnya ada cara nak hantar daging beku anda ke seluruh Semenanjung tanpa perlu beli lori sejuk beku sendiri.
Masalah Biasa Bila Hantar Frozen Food (Peniaga Mesti Faham)

Bagi supplier atau peniaga kecil, cabaran utama kita ada tiga:
- Suhu tak stabil: Daging kalau suhu tak terjaga, bukan je kualiti jatuh tapi boleh berkulat!
- Kos ‘cekik darah’: Kalau kena caj RM30-RM40 untuk satu penghantaran, siap je nak.
- Kawasan terhad: Selalunya kita hantar kawasan dekat-dekat je sebab risau logistik lama.
Tapi perasan tak, sekarang ramai peniaga dah mula berani hantar dari Perlis sampai ke JB, macam Pak Mat Western? Bukan sebab diorang ada lori sendiri, tapi sebab dah jumpa kurier sejuk beku Malaysia yang betul.
Cara Betul Pos Daging Frozen (Confirm Jadi Punya!)

Kalau korang nak mula bisnes daging beku yang boleh hantar ke mana-mana, ini langkah-langkah penting yang korang WAJIB buat:
- Pek dengan kemas gun vakum: Ini wajib. Daging akan tahan lebih lama dan tak mudah bocor masa proses penghantaran.
- Gunakan thermal bag/polystyrene: Walaupun kurier sejuk beku ada sistem sejuk, perlindungan ekstra tak pernah rugi. Ia bantu kekalkan suhu asal daging dari peti beku anda.
- Pilih Partner Logistik Yang ‘Faham’ Barang Kita: Jangan hantar daging guna kurier biasa yang campak-campak barang tu! Anda perlukan servis yang memang ada cold chain dari mula sampai akhir.
“Eh, Bukan Sampai Hari Yang Sama Ke?” – Ini Beza Ninja Cold & On-demand Delivery

Satu perkara yang ramai peniaga keliru: Ninja Cold ni bukan macam on-demand rider yang kita panggil, terus dia hantar ke rumah customer dalam masa sejam dua. Itu kosnya mahal sebab dia hantar satu barang saja.
Ninja Cold guna sistem Standard Delivery (1-3 hari bekerja).
🗣: “Habis tu, tak busuk ke daging saya 3 hari dalam lori?”
Inilah magiknya! Beza dengan kurier biasa atau rider motor, Ninja Cold ada sistem end-to-end cold chain. Maksudnya:
- Lori berpendingin: Daging tak duduk dalam lori panas atau beg rider yang terdedah matahari.
- Gudang sejuk: Kalau kena bermalam pun, stok akan disimpan dalam cold room yang suhunya sentiasa dipantau.
- Suhu konsisten: Dari pickup, ataupun pusat pengumpulan sampai ke pintu rumah pelanggan, suhu sentiasa dijaga antara 1°C hingga 10°C.
Jadi, walaupun ia ambil masa sikit (macam pos barang biasa), kosnya jauh lebih murah dan daging anda tetap sampai dalam keadaan segar bugar.
Sesuai sangat untuk anda yang nak hantar stok secara pukal atau nak buat jualan harian secara meluas.
“Nak Cuba Je Mula², Tapi Memang Bagus!” – Kenapa Ramai Peniaga Beralih ke Ninja Cold?

Korang pasti dah biasa dengar nama Ninja Van kan, tapi tahu tak kitorang sebenarnya ada servis Ninja Cold?
Ninja Cold ni sebenarnya ‘penyelamat’ untuk korang yang nak hantar frozen food dengan bajet marhaen tapi kualiti kayangan.
- Suhu terjaga (1°C hingga 10°C): Ninja Cold ada pengangkutan khas yang jaga suhu sepanjang jalan, dari pickup sampai ke destinasi penghantaran.
- Harga ‘kawan-kawan’: Harga Ninja Van sangat kompetitif untuk peniag. Tak kisah nak hantar banyak atau sikit.
- Liputan luas: Ninja Van boleh hantar ke serata Semenanjung Malaysia. Boleh lah korang keluarkan idea untuk target customer luar bandar pulak lepas ni.
Dah Ready Nak Target Customer Luar Kawasan?

Dengan Ninja Van, lokasi bukan lagi penghalang.
Tengok Pak Mat Western! Kalau produk daging korang sedap, orang kat ceruk mana pun still akan cari. Cuma bezanya, korang mampu untuk hantar kat diorang dengan kos yang jimat ke tak?
Lepas ni, kalau ada orang dari Terengganu ke, Pahang ke, atau Cameron Highlands tanya “Boleh pos ke?”, korang boleh jawab dengan yakin…
🗣: “Boleh kak, kita hantar depan pintu guna Ninja Cold!”
Nak tahu lebih lanjut macam mana nak mula pos dengan kos rendah?
👉 Klik Sini untuk Info Lanjut Tentang Ninja Cold

Mudah, jimat, dan daging pun tetap segar!