Courier Frozen Food Beza Suhu & Produk Yang Sesuai

Courier Frozen Food: Beza Suhu & Produk Yang Sesuai

Nak hantar frozen food guna courier? Ketahui beza suhu fresh, chilled dan frozen supaya produk sampai selamat & tak rosak.
2 mins read

Bisnes F&B sekarang bukan setakat jual depan kedai je. Ramai dah yang jual online, ada yang supply ke cafe, ada yang hantar stok ke store lain. Masalah paling besar?

“Produk aku ni patut guna suhu apa masa delivery?”

Chilled? Fresh? Frozen? Salah pilih suhu, barang boleh rosak, cair, berbau, atau sampai tak cantik.

Jadi sebelum hantar apa-apa guna courier cold-chain macam Ninja Cold (dari Ninja Van), jom faham dulu beza setiap mod suhu dan produk apa yang sesuai.

1️⃣ Fresh (Suhu Biasa, Tapi Dikawal)

Suhu: sekitar 18°C – 25°C
Sesuai untuk: produk yang tak perlu sejuk beku, tapi sensitif kalau terlalu panas

Contoh produk:

  • Roti, bun, kek kering (roti, doh roti canai, doh donut)
  • Pastri tanpa krim (kek pisang, kek lapis, kek span)
  • Snack homemade
  • Sambal botol (yang tahan suhu bilik)
  • Produk F&B kering berbungkus

Sesuai bila: Produk anda tak mudah rosak, tapi masih perlukan handling rapi dan penghantaran cepat.

Biasanya sesuai untuk delivery 1–2 hari.

2️⃣ Chilled (Sejuk Tapi Tak Beku)

Suhu: sekitar 0°C – 8°C
Sesuai untuk: produk yang perlu kekal segar, tapi tak boleh dibekukan

Contoh produk:

  • Salad & sayur segar (barangan tidak mudah pecah sahaja, epal, oren)
  • Susu segar, yogurt
  • Sos homemade
  • Ready-to-eat meals (non-frozen)
  • Coklat (bar coklat, snek coklat, tub coklat)

Sesuai bila: Produk anda boleh tahan sejuk, tapi akan rosak tekstur kalau dibekukan.

Kalau hantar guna suhu biasa, risiko: Krim cair, makanan cepat basi dan bau berubah.

3️⃣ Frozen (Beku Sepenuhnya)

Suhu: sekitar -18°C ke -20°C
Sesuai untuk: produk yang mesti kekal beku dari pickup sampai delivery

Contoh produk:

  • Daging mentah beku (ayam, daging lembu, daging kambing)
  • Seafood frozen (ikan, udang, ketam, kerang)
  • Makanan diproses beku (nugget, keropok lekor, bebola daging, pekasam, dimsum, pau, dumpling)
  • Ready-to-cook meals (rendang, dendeng, makanan diet, makanan keto)

Ini paling popular untuk bisnes frozen F&B.

Sesuai bila: Anda nak pastikan produk tak cair, kualiti kekal dan selamat walaupun penghantaran 1–3 hari

Dengan Ninja Cold, frozen items boleh sampai masih keras, masih beku, masih cantik.

Jadi, Perlu Pilih Suhu Yang Mana?

ninja van ninja cold frozen food fresh items perishable goods delivery service cold truck 1

Soalan ringkas yang boleh bantu anda decide:

  • ✔️ Produk cair bila suhu naik? → Chilled / Frozen
  • ✔️ Tekstur rosak bila dibekukan? → Chilled
  • ✔️ Nak simpan lama & tahan perjalanan jauh? → Frozen
  • ✔️ Produk kering & tahan suhu bilik? → Fresh

Kalau ragu, jangan main hentam pilih suhu. Salah suhu = refund, complaint, rating jatuh!

📞 Check dulu dengan kami jika produk anda boleh deliver! Hubungi kami!

Jangan Sekadar Sampai, Biar Sampai Dalam Keadaan Sempurna!

Courier biasa mungkin boleh hantar barang. Tapi dengan cold-chain courier yang betul, barang anda terjamin kualiti, rasa dan kepercayaan customer.

Kalau bisnes anda melibatkan makanan, pastikan anda faham suhu dulu, baru pilih courier yang betul!

👉 Nak hantar frozen, chilled atau fresh dengan lebih yakin?
Ninja Cold je! Jom buka akaun!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.