Untung ke Tak Cara Mulakan Perniagaan Mesin Layan Diri di Malaysia

Untung ke Tak? Cara Mulakan Perniagaan Mesin Layan Diri di Malaysia

Nak mula bisnes vending machine di Malaysia? Ketahui risiko, kos, lesen & tips guna mesin gedegang untuk jana untung 24 jam tanpa henti!
4 mins read

Mesin layan diri (vending machine) bukan benda baru. Tapi makin ramai orang di Malaysia mula nampak potensi bisnes ni – especially kalau nak jana pendapatan pasif. Senang cerita, korang letak mesin, orang beli barang, dan korang dapat duit. Tapi… semudah itu ke sebenarnya?

Kalau korang tengah fikir nak mulakan perniagaan vending machine di Malaysia, jom kita tengok apa yang korang perlu tahu – dari risiko sampai ke potensi untung.

Ada sepasang suami isteri buat bisnes ini di UiTM Puncak Alam dan menjana RM14,000 sebulan!
Cerita penuh di bawah πŸ‘‡

Risiko Yang Korang Kena Fikir Dulu

Setiap bisnes ada risiko, termasuklah vending machine.

Antara risiko yang biasa berlaku:

  • Kecurian atau vandalism – Mesin korang kena rosak atau barang dalam mesin kena curi.
  • Lokasi tak strategik – Mesin korang tak ada orang lalu, tak ada orang beli. Rugi sewa, rugi stok.
  • Barang expired atau rosak – Especially kalau jual makanan/minuman yang cepat rosak.
  • Kos maintenance – Mesin rosak, kena baiki. Kos ni boleh jadi tinggi kalau tak jaga elok-elok.

Tapi, korang boleh kurangkan risiko ni dengan pilih lokasi high traffic (sekolah, hospital, stesen MRT/LRT, pejabat kerajaan, universiti), guna CCTV, dan pastikan korang check stok dan mesin setiap minggu.

Cadangan masa untuk periksa stok dan mesin vending biasanya bergantung kepada lokasi dan kadar jualan, tapi secara amnya:

  • Lokasi high traffic (sekolah, stesen LRT, hospital, pejabat kerajaan): πŸ‘‰ Setiap 2–3 hari sekali, atau paling lambat 2 kali seminggu. Sebab stok cepat habis, dan risiko kerosakan lebih tinggi.
  • Lokasi sederhana atau low traffic: πŸ‘‰ Seminggu sekali pun memadai. Tapi tetap kena pantau secara online (kalau mesin ada sistem notifikasi).

Lesen & Permit – Kena Daftar Ke?

Yes, nak buat vending machine di Malaysia memang kena ada lesen.

Korang mungkin perlukan:

  • Lesen perniagaan dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) – Contoh: DBKL, MBSA, MBPJ, etc. (Semak pautan MyGOV)
  • Kelulusan lokasi – Kalau nak letak dekat tempat awam, korang kena dapat kebenaran pemilik tapak (contohnya pihak mall, pengurusan bangunan).
  • Kalau jual makanan/minuman: Lesen tambahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin diperlukan, especially untuk barang yang sensitif macam susu, kopi, atau makanan frozen.

Proses ni tak susah sangat, tapi korang kena rajin follow up dan siapkan dokumen. Kadang-kadang perlu tunggu beberapa minggu untuk kelulusan penuh.

Boleh Buat Untung Ke?

Okay ni part paling semua orang nak tahu – boleh untung ke tak? Jawapannya: Boleh, tapi bergantung pada lokasi dan jenis produk.

Contoh kiraan ringkas:

  • Sewa tapak mesin: RM200 sebulan
  • Jualan sebulan: RM2,000
  • Kos barang + refill: RM1,000
  • Kos elektrik & maintenance: RM100
  • Untung kasar: RM700 (lebih kurang)

Tapi… kalau lokasi korang low traffic, mungkin jualan tak sampai RM1,000 pun.

  • Jual barang yang trending – minuman viral, snacks Jepun/Korea, barang rare.
  • Bagi promo – β€œBuy 2 Free 1”, QR scan & win.
  • Pilih mesin yang boleh terima eWallet (Touch β€˜n Go, GrabPay, etc.) – orang Malaysia suka cashless sekarang.

Apa Rancangan Terbaik Kalau Nak Mula?

Sebelum letak mesin sesuka hati, korang kena ada perancangan. Soalan yang korang kena tanya diri sendiri:

  • Nak letak kat mana? (study lokasi dan foot traffic)
  • Siapa target customer korang? (student? pekerja? pelancong?)
  • Barang apa yang sesuai dijual di kawasan tu?
  • Siapa akan refill mesin? Korang sendiri ke atau upah orang?

Kalau korang serius nak buat skala besar, boleh consider guna sistem automasi & tracking – banyak vending operator moden sekarang guna apps untuk tahu stok tinggal berapa, sales harian, dan isu teknikal. Contohnya, CVPay, Nu Vending (NUBOX), Transpire QR dan banyak lagi.

Harga – Berapa Modal Nak Mula?

Kos permulaan bergantung pada jenis mesin dan produk.

Anggaran kasar:

  • Mesin vending baru (basic): RM8,000 – RM15,000
  • Mesin vending 2nd hand: RM3,000 – RM7,000
  • Stok permulaan: RM1,000 – RM3,000
  • Kos penghantaran & pemasangan: RM500 – RM1,000
  • Lesen & permit: RM300 – RM1,000

Jadi, modal permulaan mungkin dalam RM5,000 – RM20,000, ikut bajet dan skala.

Kalau nak tip jimat modal, korang boleh cari mesin refurbished atau beli secara sewa beli (rent-to-own) atau mula dengan 1-2 mesin dulu, lepas tu baru scale up bila sales stabil.

πŸ”₯ Latest Trend! Vending Machine Bukan Sekadar Jual Air & Snack Je!

Sekarang dah banyak vending machine moden yang jual macam-macam:

  • Aiskrim
  • Produk kecantikan
  • Powerbank sewa
  • Mainan gacha/kapsul
  • Frozen food (macam crepe, sushi, nasi goreng)

Kalau korang ada produk sendiri (home made food, skincare, kopi ready-to-drink), vending machine boleh jadi mini outlet 24 jam untuk bisnes korang!

Contoh terbaik ialah kisah Mohd Hermi Shahuddin dan isterinya, Fadilah Hanum Abu. Mereka mengusahakan perniagaan nasi kukus di Kolej Angsana 2, UiTM Puncak Alam, dan berjaya menjana jualan melebihi RM14,000 sebulan melalui mesin layan diri pintar

Sebelum beralih ke mesin layan diri, mereka berniaga kecil-kecilan di tepi jalan di Puncak Alam dan menerima tempahan makanan. Namun, cabaran seperti cuaca, stok yang tidak habis, dan keperluan membawa anak OKU ke doktor menyebabkan jualan kurang daripada RM8,000 sebulan.

Kini, mereka menjana 2x ganda jualan menjual pelbagai menu seperti nasi lemak ayam goreng, roti kebab daging, dan nasi ayam pedas, semuanya dimasak sendiri dengan harga RM2 hingga RM5, dan menu ditukar setiap enam jam untuk kekalkan kualiti.

Jadi, Berbaloi Ke Nak Cuba?

Kalau korang ada modal, rajin plan, dan tak takut cabaran – bisnes vending machine memang ada potensi. Ia bukan bisnes cepat kaya, tapi kalau diurus dengan betul, korang boleh jana pendapatan pasif sambil tidur pun duit masuk.

Nak Buat Lagi Smart?

Kalau korang jual makanan atau minuman frozen dan perlukan cold chain delivery, korang boleh guna servis macam Ninja Cold dari Ninja Van – penghantaran guna lori sejuk beku khas untuk SME.

Dengan lori sejuk beku ini, bolehlah ambil makanan dari vendor-vendor macam salad, buah-buahan, dan pencuci mulut, dihantar terus melalui Ninja Cold. Tak perlu risau lagi nak ambil makanan dari pelbagai lokasi – semuanya dihantar dengan selamat dan dalam keadaan fresh terus ke pintu korang.

Macam mana nak atur penghantaran Ninja Cold?

πŸ“ž Hubungi kami untuk bincang!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking β€œSubscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.