Cara Hantar Barang dari Malaysia ke Singapura: Pilihan Murah, Kos dan Barang Terlarang

Cara Hantar Barang dari Malaysia ke Singapura: Pilihan Murah, Kos dan Barang Terlarang

3 mins read

Nak hantar barang ke Singapura?

Mungkin bungkusan untuk orang tersayang, sekotak jajan, atau barang yang rasa macam rumah sendiri. Sama ada nak pos hadiah untuk family, barang peribadi untuk kawan, atau barang yang dah dijual, kadang-kadang susah nak tahu cara mana paling senang dan barang apa yang sebenarnya boleh dihantar.

Panduan ni akan tunjuk cara paling biasa orang Malaysia guna untuk hantar barang ke Singapura. Kita akan tengok kos, berapa lama penghantaran ambil, dan apa yang boleh atau tak boleh letak dalam parcel.

Boleh Hantar Ke Tak? Tengok Dulu Senarai Ini

Sebelum pilih cara nak hantar, penting juga untuk tahu barang apa yang dibenarkan dan barang apa yang mungkin kena tahan dengan kurier atau kastam.

Kebanyakan kurier dan servis pos ada peraturan yang lebih kurang sama, tapi cara mereka periksa dan kuatkuasa tu kadang-kadang berbeza sikit ikut syarikat dan jenis servis yang kita guna.

Barang yang Dilarang (Untuk Semua Jenis Penghantaran)

DibenarkanDibenarkan (Dengan Syarat)Dilarang
Barangan Kecantikan (Aksesori)Makanan & Minuman (Bebas Alkohol, Snek Kering)Elektronik (Dengan Bateri Litium)
Buku & Majalah (Bukan Berkaitan Agama)Health & Beauty (Supplements)Dokumen
Aksesori Komputer (Tanpa Bateri Litium)Suplemen Kecantikan & KesihatanBuku Keagaaman & Artifak
Fesyen (Aksesori, Pakaian, Bag, Kasut, Jam Tanpa Bateri)Peralatan Rumah (Elektronik)Makanan Segar & Mudah Rosak
Mainan & PermainanSenjata & Barangan Tajam
Rumah & Kediaman (Kelengkapan Tandas, Peralatan Tidur, Perabot)Makanan Haiwan Peliharaan
Barangan Ibu Mengandung/Kanak-Kanak/Bayi (Mainan, Pakaian, Aksesori)
Pakaian & Barangan Penjagaan Haiwan Peliharaan
Kelengkapan Sukan & Kelengkapan Melancong

Dah tahu apa boleh dan tak boleh hantar? Jom tengok cara-cara nak pos barang dari Malaysia ke Singapura.

#1: Kurier Ekspres (Cepat, Tapi Mahal untuk Barangan Berat)

Ini cara paling biasa orang guna untuk hantar barang hari-hari. Anda bungkus barang, pergi ke cawangan kurier atau buat tempahan online, dan barang akan sampai dalam beberapa hari saja. Mudah dan cepat, cuma kalau barang besar atau berat, kos boleh naik agak tinggi.

Sesuai untuk: Bungkusan kecil ke sederhana bawah 10kg
Anggaran masa penghantaran: 2 hingga 5 hari bekerja
Anggaran kos:

  • Bawah 1kg: RM30–RM50
  • Sekitar 10kg: RM199
  • Lebih 20kg: RM350 ke atas

Ninja Tip: Jangan guna kotak terlalu besar kalau barang kecil. Kurier caj ikut saiz juga, bukan berat saja. Jadi elakkan bayar lebih sebab nanti “angkut angin”.

#2: Platform Agregator Logistik (Bandingkan dan Tempah Kurier Online)

Ini cara kalau anda guna platform penghantaran seperti EasyParcel atau lain-lain untuk bandingkan servis kurier, dapat harga diskaun, dan terus buat tempahan online.

Sesuai untuk: Mereka yang sanggup luangkan sedikit masa untuk dapatkan harga termurah
Anggaran masa penghantaran: 2 hingga 5 hari bekerja
Anggaran kos: Selalunya 5 – 25% lebih murah berbanding terus ke kaunter kurier

Ninja Tip: Guna cara ni kalau anda nak kawal sendiri dari segi pembungkusan dan kos, dan anda tahu dengan jelas apa isi dalam parcel anda.

#3: Perkhidmatan Pos Ekonomi (Murah, Tapi Lambat Sedikit)

Kalau barang anda tak perlu sampai cepat, pos dari Malaysia ke Singapura adalah salah satu pilihan paling jimat. Sesetengah servis ada pilihan penghantaran ekonomi melalui udara dengan lebih lambat, tapi jauh lebih murah.

Sesuai untuk: Bungkusan ringan yang tak perlu sampai segera
Anggaran masa penghantaran: 7 hingga 14 hari bekerja
Anggaran kos: Bermula sekitar RM20–RM40, bergantung pada berat dan saiz

Ninja Tip: Guna pilihan ni bila kos lebih penting daripada kelajuan. Tapi pastikan barang dibungkus dengan kemas dan selamat, sebab servis pos biasa mungkin tak selembut kurier bila kendalikan parcel.

#4 (Bonus): Cara Paling Jimat Untuk Hantar Barang Besar ke Singapura

Kalau barang anda besar atau berat, kos penghantaran biasa boleh naik dengan cepat. Nak pecahkan kepada beberapa parcel pun boleh jadi leceh dan lebih mahal.

Sebab tu penghantaran kadar rata dari Malaysia ke Singapura memang sangat membantu.

Diinspirasikan daripada konsep balikbayan box, XXL MegaBox kami memudahkan anda untuk hantar macam-macam barang dalam satu kotak besar, dengan lebih senang dan lebih jimat.

Ninja Tip: Guna XXL MegaBox kalau:

  • Nak hantar satu bungkusan besar tanpa perlu pecahkan kepada parcel kecil
  • Mahu harga tetap dengan kebebasan isi sampai 30kg
  • Tengah siapkan penghantaran pukal untuk kawan, keluarga atau musim perayaan
  • Tak nak bayar RM300+ hanya sebab berat melebihi 10kg

Satu Sempadan, Banyak Pilihan

Tak kira barang kecil atau satu kotak penuh keperluan, bila anda tahu pilihan penghantaran yang ada, semuanya jadi lebih mudah. Pilih ikut keperluan anda, sama ada nak cepat, nak murah, atau nak hantar barang banyak sekaligus. Dan jangan lupa semak barang apa yang dibenarkan sebelum bungkus.

Kalau anda tengah rancang untuk hantar barang dalam jumlah yang banyak dan nak masukkan semuanya dalam satu kotak besar dengan satu harga rata, cuba guna XXL MegaBox.

Datang saja ke mana-mana Ninja Point, bungkus terus di situ, dan hantar terus, dengan hanya satu kotak besar, satu harga, terus sampai.

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.