
Pejam celik, pejam celik, dah nak dekat bulan Ramadan. Bila tiba musim perayaan ni, permintaan untuk makanan tradisi memang melonjak naik.
Ada yang cari lauk frozen raya, ada yang nak stok kuih frozen untuk berbuka, tak kurang juga yang sibuk mencari daging frozen raya 2026 buat rendang pagi Syawal nanti.
Tapi, selalunya peniaga (dan pembeli) ada satu kerisauan besar: “Boleh ke hantar frozen food ni jauh-jauh? Sampai ke kalau nak hantar ke Kelantan atau Johor? Tak basi ke nanti?”
Cara Penghantaran Makanan Sejuk Beku Paling Mudah dengan Ninja Cold

Ramai yang sangka servis sejuk beku yang dipercayai hanya ada di kawasan Lembah Klang saja. Sebenarnya, persepsi itu kurang tepat!
Dengan Ninja Cold, impian anda nak tengok bisnes makanan anda berkembang ke seluruh pelosok negara bukan lagi sekadar angan-angan.
Kurier Cold Chain Yang Boleh Dipercayai Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

Mungkin ada yang belum tahu, tapi lori-lori biru Ninja Cold kini giat bergerak merentasi jalan raya untuk memastikan frozen food boleh pos dengan selamat.
Kami bukan sekadar hantar di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur (KL) dan Selangor sahaja, malah liputan kami meluas merangkumi:
- Utara: Pulau Pinang (Georgetown) & Kedah.
- Selatan: Melaka, Negeri Sembilan (Seremban), dan Johor (Johor Bahru).
- Pantai Timur: Kelantan & Pahang.
- Dan banyak lagi lokasi lain!
Jadi, kalau anda seorang ejen yang membekalkan ayam frozen atau pengusaha kecil-kecilan yang menjual sambal goreng frozen, anda kini boleh bernafas lega.
Tak perlu lagi pening kepala fikir tentang logistik.
Menu Raya Makin Meriah dengan Lauk Frozen Raya 2026

Bayangkan pelanggan anda di luar daerah teringin nak makan Pau Frozen (inti beef rendang atau curry chicken), Lemang Frozen, atau Ketupat yang dah siap.
Dengan sistem penghantaran sekitar Semenanjung yang mantap, produk seperti Ready-to-Eat (RTE), aneka dessert, kurma, hingga ke pes masakan (ayam masak merah, lontong, lodeh) semuanya boleh sampai dengan segar bugar.
Kenapa kena pilih Ninja Cold? Ini rahsianya:
- Unbroken Cold Chain: Dari lori berpendingin hinggalah ke kotak berpenebat, suhu makanan anda terjaga rapi.
- 3 Pilihan Suhu: Sama ada produk anda perlukan suhu sejuk (18-25°C), dingin (0-8°C), atau beku sepenuhnya (-18 hingga -20°C).
- Real-time Monitoring: Anda boleh pantau di mana lokasi pesanan anda secara langsung. Tak ada lagi teka-teki “eh, barang dah sampai mana?”.
Persediaan Awal untuk Peniaga dan Pembekal Stok!

Sama ada anda menjual secara terus kepada pelanggan (B2C) atau membekalkan stok kepada peniaga lain (B2B), kepantasan dan kualiti adalah kunci utama.
Jangan biarkan limitasi geografi menghalang jualan anda tahun ini. Gunakan kurier cold chain yang faham selok-belok jalan di Malaysia.
Ingat, persiapan awal itu penting supaya pelanggan tak kecewa di saat akhir. Pastikan stok lauk frozen raya 2026 anda siap sedia untuk diterbangkan (eh, dipandu!) oleh Ninja Cold.
Keep it cold. Get it fresh. Ninja Cold.
👉 Jom, Buka Akaun Sekarang!
