Jual Barang Online Affiliate TikTok Tapi Tak Ada Follower Ini Cara Nak Mula

Jual Barang Online / Affiliate TikTok Tapi Tak Ada Follower? Ini Cara Nak Mula

Nak mula bisnes online atau TikTok Affiliate tapi tiada follower? Ini panduan mudah untuk suri rumah & newbie jana pendapatan dari rumah!
4 mins read

Zaman sekarang, makin ramai orang nak cari duit lebih dari rumah. Sama ada anda seorang suri rumah, pelajar, ataupun kerja full-time tapi nak side income, berita baiknya โ€” anda tak perlu pun ada 1000 follower untuk mula!

Yes, betul. Anda boleh mula jual barang online atau buat duit melalui TikTok Affiliate walaupun akaun masih kosong!

Kalau anda suka cari idea jana pendapatan dari rumah, blog ini memang sesuai untuk anda.

  • Barang apa yang cepat laku dijual online
  • Cara mula jual barang di Shopee
  • Cara buat duit dengan TikTok Affiliate tanpa follower
  • Tips & tools yang memudahkan kerja anda dari rumah

Barang Yang Cepat Laku Dijual Online Di Malaysia

Sebelum kita pergi jauh, penting untuk tahu barang apa yang laju terjual di pasaran Malaysia. Ini antara kategori paling hot:

Kategori ProdukContoh Produk Popular
Produk Viral– Berus rambut magic
– Spray hilangkan lipas
– Water bottle aesthetic 2L
– Alat buang bulu portable
– Pemegang phone auto-rotate
Kecantikan & Kesihatan– Lip tint & cushion foundation
– Sunscreen viral (Garnier, Skin Aqua)
– Jamu & minuman kurus
– Hair serum
– Eye cream
Makanan Homemade– Sambal hitam/petai
– Kek sarang semut
– Kerepek bawang/ubi
– Brownies & cookies dalam jar
– Serunding daging/ayam

Kalau anda nak tahu cara sebenar jual makanan homemade dari rumah, kami ada panduan lengkap.
Pakaian & Tudung Bajet– Inner magic tudung
– T-shirt Muslimah
– Skirt labuh
– Set baju tidur
– Telekung travel
Barang Dapur & Rumah– Rak sudu & penapis sink
– Mop spray & microfiber
– Bekas rempah bertingkat
– Filter air paip
– Lampu LED hiasan bilik
Ibu & Anak– Beg susu baby
– Alat stim botol susu
– Baju baby bajet bundle
– Teether & mainan lembut
– Breastpad reusable
Alat Elektronik Bajet– Mini fan USB
– Ring light clip-on
– Wireless earbud bajet
– Extension plug aesthetic
– Blender portable
Aksesori Wanita– Gelang bajet viral
– Cincin Korea
– Tudung pin magnet
– Scrunchie satin
– Beg sling bawah RM20

Kalau anda tak tahu nak mula dengan produk sendiri, boleh cuba jualan secara dropship atau jadi affiliate TikTok.

Cara Menjual Produk Online Tanpa Modal Besar

Sumber: RichWorks
  • Anda promote barang dari supplier
  • Bila ada orang beli, supplier akan pos
  • Untung bersih anda simpan sendiri

Boleh cari supplier di:

  • Shopee (cari seller yang ada dropship support)
  • Apps seperti Kumoten, Youbeli, EasyStore

Kalau anda pandai buat makanan, kraftangan, atau produk homemade, boleh mula dengan simpanan stok kecil sahaja.

Cara Berniaga Di Shopee Step-By-Step

Ramai suri rumah berjaya mula berniaga dari rumah hanya guna Shopee. Ini cara mudah:

Langkah 1: Buka akaun seller

Pergi ke Shopee Seller Centre dan daftar akaun.

Langkah 2: Upload Produk

Guna gambar yang jelas, terang dan letak harga berpatutan.

Langkah 3: Urus Penghantaran

Pilih Ninja Van sebagai courier. Boleh guna Ninja Biz, aplikasi penghantaran kurier serba lengkap Ninja Van kalau anda jual sendiri dari rumah.

Langkah 4: Promote Produk

Kongsi link Shopee anda ke WhatsApp group, Facebook, atau TikTok.

Dan kalau nak tarik pelanggan lebih ramai, boleh juga cuba tips free shipping untuk tarik pelanggan.

Cara Buat Duit Dengan TikTok Affiliate Tanpa 1000 Followers

Ramai fikir kena ada ramai follower baru boleh jana duit di TikTok. Tapi sebenarnya, anda boleh terus daftar TikTok Shop Affiliate walaupun akaun baru!

Anda promote barang orang lain melalui video atau live. Bila orang beli guna link anda, anda dapat komisyen.

  1. Buka akaun TikTok dan log masuk
  2. Pergi ke TikTok Shop Seller Center
  3. Daftar sebagai “Affiliate”
  4. Pilih produk yang anda nak promote
  5. Dapatkan link affiliate dan mula buat video

Biasanya antara 5% hingga 20%, bergantung kepada produk.

Tak Ada Follower? Guna Cara Ni!

Follower tak penting kalau anda tahu cara buat video yang menarik dan guna hashtag yang betul.

Tips Buat Video TikTok Affiliate:

  • Guna gadget yang anda promote (contoh: try & review)
  • Letak caption simple: “Barang ni best gila!”
  • Guna lagu viral
  • Masukkan hashtag seperti #fyp #tiktokmalaysia #tiktokaffiliate
  • Video pendek: 10-15 saat pun cukup

Lagi penting: Konsisten! Post hari-hari walaupun akaun baru.

Tools & Tips Untuk Mudahkan Kerja Dari Rumah

Nak berniaga dari rumah tak semestinya susah. Ini tools yang boleh bantu:

  • Canva: Buat poster, gambar produk, free je!
  • CapCut: Edit video TikTok
  • WhatsApp Business: Untuk urus pelanggan
  • Google Sheet: Simpan rekod jualan
  • Ninja Van: Pos barang dengan mudah, pickup pun ada!

Dah Ready Nak Mula? Ini Checklist Anda

  • โœ… Pilih barang nak jual (sendiri / affiliate / dropship)
  • โœ… Buka akaun Shopee atau TikTok Affiliate
  • โœ… Guna gambar & video yang cantik
  • โœ… Guna courier mudah macam Ninja Van
  • โœ… Promote secara konsisten (TikTok, FB, WhatsApp)

Dan kalau anda nak explore lebih banyak pendapatan sampingan yang ramai orang cuba sekarang, ini senarai yang boleh bagi inspirasi.

Tak Perlu Tunggu Sempurna, Yang Penting MULA

Ramai orang tunggu โ€˜cukup readyโ€™ baru nak mula berniaga online. Tapi hakikatnya, yang penting adalah berani mula dulu.

Tak perlu tunggu follower banyak. Tak perlu tunggu ada produk sendiri. Tak perlu tunggu modal besar.

Sama ada anda pilih buat TikTok Affiliate atau mula jual produk dari rumah, peluang untuk jana duit sentiasa terbuka.

Dan bila dah ada tempahan masuk, jangan lupa guna Ninja Van untuk urus penghantaran anda โ€” cepat, mudah & boleh pickup dari rumah!

Selamat mencuba dan semoga berjaya! ๐ŸŒŸ

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking โ€œSubscribeโ€ you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.