
Bulan puasa bakal tiba tidak lama lagi, dan bahang persiapan Raya Aidilfitri sudah mula terasa. Bagi peniaga makanan sejuk beku, inilah waktu kemuncak untuk naikkan jualan.
Tapi, kami tahu kerisauan utama anda:
“Boleh ke produk saya bertahan dalam perjalanan?
Macam mana kalau cair atau rosak sebelum sampai ke tangan pelanggan?”
Ramadan & Hari Raya: 3 Hari Masih Fresh! Hantar Frozen Food Tanpa Risau

Ramai seller di platform e-commerce macam Shopee, ragu-ragu tentang ketahanan makanan sejuk beku sepanjang tempoh penghantaran, terutamanya waktu-waktu genting macam bulan puasa Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Sebab itu, kempen Ramadan Frozen Delivery Ninja Van memfokuskan kepada kualiti sebenar. Produk sampai ke tangan pelanggan masih beku, segar, dan sedia untuk dihidangkan.
Pos Barang Frozen Guna Kurier Ninja Cold

Ramai penjual ragu-ragu sama ada makanan beku boleh bertahan menggunakan servis kurier biasa. Dengan Ninja Cold, kami menawarkan kestabilan suhu yang luar biasa.
Produk anda dijamin sampai dalam tempoh 1–3 hari dalam keadaan yang masih beku dan segar, sedia untuk hidangan berbuka atau jualan pesta raya.
1️⃣ Rantaian Sejuk Yang Tidak Terputus (Unbroken Cold Chain)
Sama ada melalui lori sejuk beku (refrigerated transport) atau penggunaan kotak berinsulasi (insulated box), suhu produk anda sentiasa dipantau secara real-time.
Kami memastikan kestabilan suhu dari gudang sejuk kami sehinggalah ke pintu rumah pelanggan.
2️⃣ Penghantaran Pantas 1–3 Hari
Kami faham kesegaran adalah kunci. Dengan sistem pos barang frozen guna Ninja Van, kami menjamin tempoh penghantaran yang singkat (1–3 hari) supaya produk anda tidak terdedah kepada risiko kerosakan.
3 Pilihan Suhu Untuk Kualiti Tanpa Kompromi

Setiap produk memerlukan persekitaran yang berbeza. Ninja Cold menyediakan tiga zon suhu utama untuk memastikan penghantaran sejuk & beku (frozen & chill) Malaysia berjalan lancar:
| Kategori Suhu | Julat Suhu | Sesuai Untuk |
| Cold | 18°C – 25°C | Coklat, kurma |
| Chilled | 0°C – 8°C | Sayuran, buah-buahan, produk tenusu |
| Frozen | -18°C – -20°C | Daging, ayam, makanan RTE, rendang |
⭐ Nota Penting: Penggunaan lori sejuk beku adalah opsional jika anda menggunakan pembungkusan berinsulasi yang betul. Dengan Ninja Cold, produk anda tetap terlindung dengan atau tanpa lori sejuk beku kerana kami mengutamakan pengendalian yang betul dan suhu yang stabil.
Pilihan Utama Seller Shopee & Ecommerce

Dalam dunia ecommerce, reputasi kedai anda bergantung pada kualiti barang yang diterima pelanggan. Menggunakan penghantaran sejuk beku Ninja Van bukan sahaja memudahkan urusan logistik, malah meningkatkan kepercayaan pembeli di platform seperti Shopee.
Produk Yang Sesuai Untuk Bulan Puasa & Hari Raya:
Sempena Hari Raya 2026, pastikan stok barangan ini sampai dengan selamat kepada pelanggan B2C mahupun rakan niaga B2B anda:
- Pau Frozen: Beef rendang, BBQ chicken, curry chicken, kaya, coklat.
- Lauk Pauk & Rendang: Daging rendang, ayam rendang, sambal goreng frozen.
- Juadah Berbuka & Sahur: Frozen RTE (Ready-to-Eat), frozen kuih-muih tradisional.
- Keperluan Raya: Lemang frozen, ketupat, cooking pastes (ayam masak merah, lontong, lodeh).
- Lain-lain: Kurma (dates), ayam/itik (poultry), dan pelbagai jenis dessert.
Macam Mana Nak Buat Penghantaran Makanan Frozen Yang Betul?

Jika anda tertanya-tanya macam mana nak buat penghantaran yang selamat, kuncinya terletak pada gabungan antara kurier yang dipercayai dan pembungkusan yang kemas.
Tips Pembungkusan (Packaging Guidelines):
- Gunakan Kotak Insulasi: Gunakan kotak polisterin atau beg terma berkualiti tinggi.
- Elemen Penyejuk: Tambahkan ice gel packs yang mencukupi untuk mengekalkan suhu dalaman.
- Ruang Kosong: Isi ruang kosong dengan kertas atau bubble wrap supaya barang tidak bergegar.
- Balutan Plastik: Pastikan setiap paket makanan dibalut kemas untuk mengelakkan kebocoran (leak-proof).
👉 Inginkan panduan pembungkusan untuk Ninja Cold? Baca panduan!
Cari Kurier Untuk Frozen Food? Pilih Ninja Cold

Tidak perlu lagi pening kepala mencari hantar frozen food near me. Ninja Van kini menyediakan solusi menyeluruh dari pergudangan (warehousing) hingga ke penghantaran terakhir (last-mile delivery).
Sama ada anda menghantar seratus paket rendang ke seluruh Malaysia atau sekotak kuih muih untuk pelanggan tetap, kami pastikan kualitinya kekal premium.
Pos barang frozen guna Ninja Van hari ini untuk ketenangan fikiran anda.
Keep it cold. Get it fresh.
👉 Gunakan Ninja Cold sekarang!

Daftar akaun perniagaan anda dengan Ninja Van untuk menikmati penghantaran sejuk & beku (frozen & chill) Malaysia yang terbaik musim perayaan ini.