Boleh ke jual fresh crepe online? 🤔
Ramai yang skeptikal sebab crepe ni senang rosak, mudah penyek, dan kalau crepe durian lagi susah nak jaga. Ingat lagi kes viral Kieda Crepe bila influencer Jason review? Walaupun jual fresh kat kedai, kualiti pon sometimes tak terjaga.
Jadi, ramai tertanya-tanya:
- Boleh ke jual crepe online?
- Kalau boleh, boleh ke hantar crepe tanpa rosak?
Dalam artikel ni, kita bongkar cara selamatkan crepe korang untuk delivery. Jom!
Kenapa Susah Sangat Nak Jual Crepe Online?
Macam yang korang tahu, crepe ni jenis dessert yang “manja”. Kulit crepe tu nipis dan lembut, senang kecut kalau tak dibungkus betul. Tambah pula dengan filling krim dan durian, memang lagi cepat basah dan berair — terus hilang rupa!
Masalah paling besar adalah masa nak handle, packaging, dan penghantaran.
Kalau tak kena cara, crepe korang boleh penyek, rosak, atau lebih teruk lagi, basi! Sapa nak makan crepe kecut atau dah berair masa sampai, kan? Jadi, nak jual crepe durian online ni memang kena extra berhati-hati.
Apa Option Untuk Pastikan Crepe Sampai Fresh?
Bila cakap pasal penghantaran makanan sejuk beku yang selamat, ada beberapa cara yang peniaga boleh cuba:
- Vacuum sealing
- Pembekuan (frozen)
- Guna penghantaran sejuk beku (cold truck).Â
Contohnya, macam mana peniaga kek atau roti kekalkan kesegaran waktu delivery?
Sesetengahnya lebih suka vacuum seal crepe yang dah siap supaya tak masuk angin, tapi untuk crepe segar, kaedah ni mungkin tak sesuai sebab boleh rosakkan tekstur crepe tu.
Bagi crepe yang frozen pula, pembekuan dan penghantaran sejuk beku adalah pilihan terbaik. Bukan je tahan lebih lama, tapi filling pun kekal sempurna.
Pendek kata, pilihan cara penghantaran bergantung pada jenis crepe yang korang nak jual: frozen atau fresh?
Apa Perlu Buat Sebelum Jual Crepe Online?
Sebelum korang start jual crepe online, jangan main terjah je. Ada beberapa langkah penting yang korang kena buat untuk pastikan crepe sampai dalam keadaan tip-top! Pertama sekali…
#1. Testing packaging
Cuba pelbagai jenis packaging yang boleh bantu kekalkan bentuk dan kesegaran crepe, contohnya guna kotak khas dengan lapisan pelindung atau bekas makanan yang ada pengudaraan.
Buat try-and-error dengan hantar beberapa sampel pada kawan-kawan atau keluarga dan tengok apa yang perlu diperbaiki.
Jangan takut nak eksperimen sampai korang jumpa packaging yang betul-betul tahan lasak!
#2. Kira masa penghantaran
Masa adalah “emas” bila nak hantar makanan segar.
Kalau guna penghantaran biasa yang makan masa lebih lama, crepe korang mungkin dah hilang rupa dan rasa masa sampai. Sebab tu penting untuk pilih slot penghantaran yang cepat dan efisien.
Pilih waktu penghantaran yang sesuai dengan keadaan cuaca juga – jangan hantar masa tengah panas terik!
#3. Pilih delivery partner yang betul
Bukan semua syarikat penghantaran ada kemudahan cold transport, atau cold truck boleh uruskan makanan frozen dengan baik. Cari yang ada pengalaman hantar makanan sejuk beku dan ada reputasi bagus, macam Ninja Cold.Â
Dengan servis penghantaran yang khusus untuk makanan perishable, barulah korang boleh yakin crepe sampai dengan selamat dan pelanggan pun puas hati!
Senang cerita, buat dry run dulu sebelum buka jualan sebenar. Hantar sampel untuk tengok keadaan crepe dari A sampai Z. Kalau semua ok, baru berani go live.
Tak guna kalau sedap buat tapi tak boleh hantar dengan selamat, kan?
Ninja Cold: Penyelesaian Penghantaran Terbaik Untuk Makanan Fresh & Frozen
Kalau korang nak jual crepe durian atau apa-apa makanan segar online, Ninja Cold adalah game-changer yang korang perlukan!
Logistik makanan sejuk untuk perniagaan F&B bukanlah benda mudah — makanan senang rosak, cepat berubah rasa, dan susah nak kekalkan kesegaran. Tapi dengan Ninja Cold, semua ni bukan lagi masalah!
Apa yang buat Ninja Cold berbeza?
Cold trucks kami dilengkapi dengan kawalan suhu yang tepat untuk pastikan makanan korang kekal dalam keadaan yang paling ideal dari mula sampai habis.Â
Ada tiga jenis suhu yang korang boleh pilih ikut keperluan produk:
- Kawalan suhu (18 – 25°C)
- Sejuk (0 – 8°C)
- Beku (-8 – -20°C).
Kawalan suhu ni sesuai untuk produk yang perlukan penyejukan, tapi tak sampai nak beku. Contohnya, macam kek krim, produk dairy, atau makanan yang perlukan steady cool air.
Kalau suhu Sejuk pula, perfect untuk buah-buahan, sayur-sayuran, susu, dan daging segar. Julat ni boleh kekalkan kesegaran dan kualiti supaya tak cepat layu atau rosak.
Untuk korang yang jual makanan frozen, guna suhu Beku. Persekitaran ni memang direka khas untuk jaga kualiti makanan laut, daging, hidangan frozen, dan mestilah — ais krim! Jangan risau, walau panas terik kat luar pun, barang frozen korang takkan cair.
Pendek kata, Ninja Cold ni memang flex gila — apa jenis produk makanan pun, ada je penyelesaian suhu yang sesuai!
📢 Nak tahu lebih lanjut tentang Ninja Cold dan sama ada kami boleh hantar produk korang? Hubungi kami hari ni!
Jadi, Boleh Ke Nak Jual Crepe Online?
Jawapannya, yes, you can! Tapi hanya kalau korang buat dengan cara yang betul!
Penting untuk pastikan semua proses, dari pembungkusan sampai penghantaran, berjalan lancar. Tak ada shortcut kat sini, sebab kalau crepe korang sampai dalam keadaan rosak, pelanggan pun akan lari.
Logistik yang betul adalah kunci kejayaan.
Tanpa solusi penghantaran yang efektif, semua usaha keras korang akan sia-sia je. Jadi, pilihlah Ninja Cold untuk pastikan crepe korang sampai fresh dan sedap di tangan pelanggan.
Kalau dah ready nak conquer online market dan jual crepe yang buat orang terliur, dapatkan sebut harga hari ini!
Pilih Ninja Cold Sebagai Partner Penghantaran Anda
Okay guys, kalau korang nak serius jual crepe atau makanan sejuk beku, Ninja Cold adalah pilihan yang tepat! Temperature control? Check! Kami ada kawalan suhu yang mantap untuk pastikan setiap produk sampai dalam keadaan tip-top.
Plus, dengan cold trucks yang fleksibel, kami boleh hantar barang korang ke mana je:
- Dari Lembah Klang (KV), Pulau Pinang, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, sampai Melaka, kami cover semua!
- Kami juga sampai ke beberapa bandar utama di Pantai Timur seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, dan Kuantan.
- Perkhidmatan pengambilan barang (pick-up) pun ada di semua kawasan ni, so korang tak perlu risau.
Servis kami pun berjalan sepanjang minggu, jadi penghantaran korang sentiasa efisien!
Gudang kami beroperasi 24/7 untuk proses barang dengan cepat, pastikan tak ada kelewatan. Dan stesen kami serta pasukan jalan ke pasar siap sedia setiap Isnin ke Sabtu dari jam 9:00 pagi sampai 6:00 petang untuk jawab semua pertanyaan dan bantu korang dengan tempahan.
Oh, dan kalau penghantaran pertama tak berjaya, jangan panik!
Kami akan buat 3x percubaan penghantaran (delivery attempts), dua kali percubaan tambahan dalam masa empat hari. Pasukan kami akan hubungi korang untuk bincang pilihan penghantaran lain, kalau perlu. Tak ke perform tu?!
So, apa tunggu lagi? Mulakan dengan dapatkan sebut harga! Jom hubungi kami!