BNPL Paling Hebat Atome Vs. SPayLater Vs. Grab PayLater

BNPL Paling Hebat? Atome Vs. SPayLater Vs. Grab PayLater

Dapatkan info terkini tentang tren BNPL di Malaysia. Beli sekarang, bayar nanti tanpa faedah, dan shopping jadi mudah!
4 mins read

Beli Sekarang, Bayar Nanti—Trend Pembayaran Masa Kini

Beli sekarang, bayar nanti semakin popular di Malaysia, terutamanya dalam kalangan belia yang gemar membeli secara online.

Dengan BNPL (Buy Now, Pay Later), anda boleh membeli barangan idaman tanpa risau tentang bayaran. Pilihan tanpa faedah ini mengubah cara kita berbelanja dan mengurus kewangan.

Sesuai untuk pembeli bijak dan peniaga yang mahu tingkatkan jualan dalam dunia e-dagang.

Apa Itu Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL)?

Apa itu Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL)? BNPL adalah pilihan pembayaran yang membenarkan pengguna, seperti anda, untuk ‘beli sekarang’ tanpa membayar jumlah penuh pada waktu transaksi.

Apa itu beli sekarang, bayar kemudian (BNPL)? BNPL adalah pilihan pembayaran yang membenarkan pengguna, seperti anda, untuk ‘beli sekarang’ tanpa membayar jumlah penuh pada waktu transaksi.

Sebaliknya, anda boleh ‘bayar kemudian’ dengan membahagikan kos keseluruhan ke dalam ansuran tanpa faedah atau membayar jumlah penuh dalam tempoh tertentu.

Contoh:

  • Harga barangan: RM600
  • Pilihan pembayaran: 3 ansuran tanpa faedah
  • Pengiraan: RM600 ÷ 3 ansuran = RM200 setiap bulan

Dengan BNPL, anda membayar RM200 setiap bulan selama 3 bulan tanpa sebarang faedah.

Anda boleh menikmati barangan tersebut dengan segera, sementara pembayaran dibahagikan dalam tempoh yang lebih fleksibel.

Fleksibiliti ini membolehkan individu menikmati produk dengan segera dan membahagikan beban kewangan, menjadikannya alternatif yang menarik dan mesra bajet berbanding kaedah pembayaran tradisional yang mungkin mempunyai kadar faedah tinggi.

Bagaimana BNPL Berfungsi?

Untuk membuat pembelian melalui BNPL, anda perlu menggunakan platform pihak ketiga, contohnya Atome, SPayLater oleh Shopee, atau Grab PayLater di Malaysia.

Setelah memilih pilihan BNPL di kaunter pembayaran atau dalam talian, anda mungkin diminta untuk membuat bayaran pendahuluan, seperti ansuran pertama.

Baki jumlah boleh dibayar melalui ansuran atau pada masa lain, mengikut terma yang dipersetujui.

3 Platform BNPL Popular di Malaysia

Dengan banyaknya platform BNPL di pasaran Malaysia, pengguna dan peniaga e-dagang mempunyai pelbagai pilihan. Berikut adalah beberapa platform yang popular:

Apa itu Atome? Atome adalah platform BNPL yang membolehkan pengguna membahagikan pembayaran kepada tiga ansuran tanpa faedah.

Atome mempunyai rangkaian lebih 2,000 rakan runcit dalam talian dan luar talian. Jenama popular seperti Zalora, Uniqlo, dan Sephora menerima Atome sebagai kaedah pembayaran.

Walau bagaimanapun, bayaran lewat boleh dikenakan penalti sebanyak RM23, dengan caj tambahan RM7 dalam kes tertentu.

👉 Nak tahu lebih lanjut? Lihat senarai penuh peniaga yang menerima Atome di sini!

Apa itu Grab PayLater? Grab PayLater adalah perkhidmatan BNPL oleh Grab yang membolehkan pengguna membayar dalam ansuran atau pada bulan berikutnya tanpa caj tambahan.

Bagaimana cara mendapatkan Grab PayLater?

Tidak semua pengguna Grab boleh menggunakan Grab PayLater secara automatik. Untuk how to get Grab PayLater, anda boleh:

  • ✅ Semak di aplikasi Grab jika anda layak untuk PayLater.
  • ✅ Gunakan Grab secara kerap untuk perkhidmatan seperti GrabFood, GrabCar, dan GrabExpress.
  • ✅ Pastikan akaun anda bebas daripada sekatan atau tunggakan.

🚀 Berita baik! Grab PayLater kini boleh digunakan di Foodpanda dan Lazada Malaysia, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli secara fleksibel.

Dengan PayLater by Grab, anda boleh memilih antara dua kaedah pembayaran:

  • 1️⃣ PayLater Postpaid – Bayar penuh pada bulan berikutnya.
  • 2️⃣ PayLater Instalments – Bayar dalam 4 ansuran bulanan tanpa faedah.

Grab PayLater juga memberi anda GrabRewards, membolehkan anda menebus diskaun dan baucar tambahan!

⚠️ Caj tambahan: RM10 untuk bayaran pentadbiran dan penalti untuk bayaran lewat.

Apa itu SPayLater? SPayLater adalah platform BNPL eksklusif untuk pengguna Shopee.

Cara nak dapatkan Shopee Pay Later:

  • 🔹 Anda perlu menjadi pengguna aktif Shopee dan memenuhi syarat kelayakan.
  • 🔹 Pastikan akaun Shopee anda telah disahkan dan tidak mempunyai sejarah tunggakan.

SPayLater menawarkan dua pilihan pembayaran:

  • Bayar bulan depan tanpa caj tambahan.
  • Pelan ansuran fleksibel (2, 3, 6, 12, 18, atau 24 bulan) dengan yuran pemprosesan 1.5% setiap bulan.

🚨 SPayLater Interest: Walaupun tiada faedah langsung, terdapat yuran pemprosesan yang dikira sebagai caj tambahan. Oleh itu, pastikan anda memahami kos keseluruhan sebelum menggunakan SPayLater.

💡 Cara nak guna SPayLater? Ikut tutorial lengkap di sini!

Adakah SPayLater Malaysia Mematuhi Shariah?

SPayLater Malaysia disahkan mematuhi Shariah oleh Amanie Advisors, memastikan transaksi BNPL ini halal dan selaras dengan prinsip kewangan Islam.

🏆 Pay Later Apps Mana Yang Paling Hebat?

Dalam persaingan yang sengit, Grab PayLater menduduki tempat teratas dalam arena BNPL, mengatasi SPayLater dengan hanya satu mata, manakala Atome berada di belakang.

PlatformKelebihanKekurangan
🥇 Grab PayLaterPilihan pembayaran fleksibel, boleh digunakan di Foodpanda dan Lazada, GrabRewardsPenalti untuk bayaran lewat, bayaran pentadbiran RM10
🥈 SPayLater (Shopee)Pilihan ansuran fleksibel, pembayaran tanpa faedahYuran pemprosesan 1.5% setiap bulan
🥉 AtomeMudah digunakan, tiada faedah, banyak rakan niagaPenalti lewat RM23

Walaupun setiap perkhidmatan menawarkan manfaat dan kekurangan yang unik, pilihan terbaik bergantung kepada keperluan individu anda.

Adakah BNPL Mempengaruhi Skor Kredit di Malaysia?

BNPL boleh memberi kesan kepada skor kredit anda jika anda terlepas pembayaran atau mempunyai hutang tertunggak. Jika tertunggak secara berulang, penyedia BNPL mungkin akan melaporkan ke CTOS atau CCRIS, menyebabkan skor kredit menurun.

📌 Tip bijak: Pastikan pembayaran BNPL dibuat tepat pada masanya untuk mengelakkan sebarang kesan negatif terhadap skor kredit anda!

Adakah Buy Now, Pay Later Dikawal Selia di Malaysia?

Perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL) di Malaysia kini berada dalam fasa peralihan.

Walaupun belum dikawal selia secara langsung, landskap ini sedang berubah.

Akta Kredit Pengguna (CCA) sedang dirangka untuk membawa penyedia BNPL di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM), dengan pelaksanaan dijangka pada akhir 2024. (sumber)

Peraturan baharu ini bertujuan memastikan amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab dan melindungi pengguna, terutamanya dalam aspek pemeriksaan kredit dan yuran yang telus.

Nak Tahu Apa Lagi Yang Boleh BNPL? Ninja Biz!

🚚 Ship First, Pay Later serendah RM6.50!

Jika anda peniaga dalam talian yang mencari kadar penghantaran berpatutan, Ninja Van adalah jawapannya!

💥 Bonus! Daftar sebagai pengguna baharu dan dapatkan promosi bulanan ekslusif, seperti:

  • Penghantaran PERCUMA! 🎁
  • Diskaun kos penghantaran sehingga 20%
  • Dan banyak lagi!

🔗 Ketahui lebih lanjut di sini!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.