Nak tahu rahsia cara memulakan perniagaan minyak wangi? Kami ada cara yang bakal buat untung cepat!

Cara Jual Perfume Dalam 14 Hari, Untung Masyuk!

Nak tahu rahsia cara memulakan perniagaan minyak wangi? Kami ada cara yang bakal buat untung cepat!
5 mins read

Minyak wangi bukan sekadar bau wangi, tapi peluang nak buat duit masyuk! Kalau korang minat buat bisnes sendiri, why not cuba jual perfume?

Kenapa bisnes minyak wangi laku keras? Sebab pasaran luas, demand tinggi, dan margin untung yang lumayan—tambah lagi dengan trend sekarang orang ramai buat “inspired” perfume murah-murah.

@teasehq

Takde idea nak pakai perfume apa for Dating, Dinner Date, Jumpa Client, For Event? Nahhh try tiga perfume ni confirm boleh buat org cair 🤤♥️ #teasehq #teaseinspiredperfume #perfumeviral #fypppppppppppppp #fyp

♬ original sound – TEASEHQ – TEASEHQ

Ramai orang sanggup spend lebih untuk bau yang eksklusif dan tahan lama—ini peluang korang untuk masuk dalam industri yang menguntungkan!

Dalam artikel ni, korang akan belajar cara memulakan perniagaan minyak wangi dan capai jualan dalam masa 14 hari je—tak kisah kalau korang newbie atau dah ada pengalaman sikit.

3 Cara Memulakan Perniagaan Minyak Wangi

#1. Pilih Model Bisnes Perfume Yang Sesuai

Korang kena tentukan cara nak jual minyak wangi—ikut modal dan kesesuaian. Ada tiga option terbaik yang korang boleh pilih, iaitu:

  • Dropship: Tak perlu simpan stok, cuma promosikan dan supplier uruskan penghantaran. Senang dan risiko rendah!
  • Agent/Reseller: Beli stok minyak wangi original dari pembekal dan jual dengan harga sendiri. Kerja lebih sikit tapi lagi senang untuk dapat untung lebih besar!
  • Bancuh Perfume Sendiri: Nak lebih unik? Korang boleh ikut kursus bancuh perfume dan cipta wangian sendiri. Lebih eksklusif dan ada personal touch! Memang produk korang akan ada kelainan!

#2. Sediakan Modal Permulaan 

Nak mula bisnes minyak wangi, modal minimum sekitar RM500–RM1000. Gunakan modal ni untuk:

  • Beli stok minyak wangi
  • Packaging yang menarik & eye-catching
  • Promosi guna ads & content marketing

#3. Kenal Pasti Target Market 

Sebelum nak start jual, pastikan korang faham nak jual pada siapa? Bila target market jelas, strategi pemasaran lebih mudah & jualan lebih lancar! 

Cara paling senang ialah dengan fokus pada bau yang sesuai untuk pelanggan, seperti:

  • Remaja – bau fruity & fresh 🍊
  • Wanita dewasa – bau floral & elegant 🌸
  • Lelaki – bau woody & musky 🌿

4 Strategi Pemasaran Minyak Wangi untuk Jualan Laju

Nak jual minyak wangi dalam masa 14 hari? Kuncinya adalah strategi pemasaran minyak wangi yang betul! Dengan teknik yang berkesan, korang boleh tarik lebih ramai pelanggan dan naikkan jualan dengan cepat.

#1. Guna Media Sosial

@najihahrhadzi

Wow tak sangka dkt alor staq ada kedai perfume utk pemborong 🔥 📍MJ PERFUME , DEPAN RAINBOW ALOR STAR @MJPERFUME2007 #perfume #patiperfume #borongperfume

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Platform seperti Instagram & TikTok sangat berkesan untuk menarik pelanggan baru:

  • Post video pendek packaging cantik & testimoni pelanggan.
  • ✅ Buat live sale tunjuk cara pakai minyak wangi & jawab soalan pelanggan.
  • Giveaway—bagi free sample kepada followers untuk naikkan engagement.

Selain tu, gunakan WhatsApp & Telegram Groups untuk bina community pelanggan setia:

  • ✅ Tawarkan diskaun khas atau promosi eksklusif untuk ahli group.
  • ✅ Beri info tentang wangian terbaru dan tips penjagaan minyak wangi.

#2. Branding Yang Unik 

Dalam bisnes minyak wangi, branding memainkan peranan besar. Pastikan korang ada:

  • Nama minyak wangi yang catchy & senang diingat.
  • Logo & packaging yang menarik supaya nampak premium dan eksklusif.
  • ✅ Kalau nak lebih kreatif, korang boleh bancuh perfume sendiri dan hasilkan wangian unik. Boleh sertai kursus bancuh perfume untuk belajar teknik yang betul!

#3. Gunakan Influencer atau KOL

@shahidadherbs2

Mama nak bagi murah murah je ni. Tahan lama,botol lawa nampak mahal tapi harga murah gila RM22 je. Mama paling suka crystal lady. Cepat grab stock dah tak banyak tau

♬ A heartwarming cute song for everyday scenes(840142) – Sumochi

Influencer boleh bantu tingkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk korang:

  • ✅ Cari micro-influencer dalam niche kecantikan untuk buat review.
  • ✅ Tawarkan minyak wangi percuma supaya mereka boleh cuba dan kongsi testimoni dengan followers.
  • ✅ Lagi banyak exposure, lagi ramai pelanggan akan tertarik nak beli!

🔥 Kadang-kala, korang tak perlu pun cari influencer lain! Korang sendiri boleh wakilkan brand tu dan secara halus jadi “influencer” untuk brand tu. Senang, kurang kos dan long-term boleh dapat loyal customers!

#4. Promosi & Diskaun

Pembeli suka promosi, jadi gunakan strategi ni untuk tarik perhatian mereka:

  • ✅ Buat jualan kilat (flash sale) untuk 14 hari pertama—tarik pelanggan awal dengan harga promosi!
  • ✅ Tawarkan free gift seperti botol tester untuk first-time buyers supaya mereka boleh cuba sebelum beli saiz penuh.

Dengan strategi ni, korang bukan je boleh mula bisnes minyak wangi, tapi juga capai jualan dengan lebih cepat. Konsisten dan teruskan promosi—lama-lama brand korang boleh jadi popular! 

Tips POWER untuk Jual Perfume Dalam Masa 14 Hari

HariTugas
Hari 1-3Persediaan Awal
– Siapkan stok minyak wangi dan packaging profesional.
– Rancang konten media sosial—foto, video, live stream.
– Tulis skrip untuk live TikTok & Instagram.
Hari 4-7Mula Menyerang Pasaran
– Lancarkan promosi grand opening—beri diskaun atau free gift untuk pembeli pertama.
– Jalankan paid ads di Instagram dan TikTok untuk tarik lebih ramai pelanggan.
– Minta kawan/family share post pertama untuk lebih exposure.
Hari 8-10Tarik & Convert Pelanggan
– Follow-up customer yang berminat melalui WhatsApp/DM—jawab soalan & beri tawaran eksklusif.
– Buat live TikTok tunjukkan cara pakai minyak wangi dan highlight bau trending atau tester.
– Galakkan pelanggan tinggalkan testimoni untuk tingkatkan kepercayaan.
Hari 11-14Naikkan Urgency & Repeat Purchase
– Tawarkan last-minute deal—diskaun besar atau bundle harga murah sebelum promosi tamat.
– Buat countdown di media sosial supaya pelanggan tak terlepas tawaran.
– Galakkan repeat purchase dengan loyalty program—contohnya, beli 3 botol dapat 1 percuma.

3 Kesilapan BESAR yang Perlu Dielakkan

Walaupun bisnes minyak wangi korang nampak mudah, ada beberapa kesilapan yang boleh buat jualan jatuh, antaranya…

#1. Overpricing Tanpa Sebab

Harga yang terlalu tinggi tanpa sebarang justifikasi boleh buat pelanggan lari. 

Pastikan harga berpatutan dengan kualiti minyak wangi yang ditawarkan. Jangan lupa untuk bandingkan harga dengan pesaing lain, tetapi pastikan margin untung masih tinggi. 

Kalau korang tawarkan minyak wangi original atau bancuh sendiri, pastikan harga setimpal dengan nilai yang pelanggan dapat.

#2. Tidak Konsisten Post di Media Sosial

Media sosial adalah platform penting untuk promosi, tapi kalau korang tidak konsisten posting, pelanggan akan mudah lupakan brand korang. 

Rancang jadual posting supaya sentiasa ada konten menarik yang mengundang perhatian—terutama untuk Instagram dan TikTok

Setiap hari, pastikan ada sesuatu yang boleh menarik perhatian, seperti video, testimoni, atau promosi.

#3. Tiada Testimoni Pelanggan

Ketiadaan testimoni pelanggan adalah satu kesilapan besar. Review pelanggan membantu meningkatkan kepercayaan dan memberi keyakinan kepada bakal pembeli. 

Kalau korang baru bermula, mulakan dengan tawarkan tester percuma atau diskaun untuk mereka yang sudi memberi testimoni. 

Testimoni yang positif akan meningkatkan kredibiliti dan menarik lebih banyak pelanggan.

Bisnes Dah Jalan, Penghantaran Pula Macam Mana?

Sekarang korang dah tahu cara memulakan perniagaan minyak wangi dalam 14 hari, tapi satu perkara penting yang korang tak boleh lupa—penghantaran produk yang cepat dan selamat! 

Kalau korang nak perniagaan terus berkembang, Ninja Van adalah pilihan delivery terbaik untuk hantar produk dengan mudah dan selamat.

Option 1: Ninja Biz App – Ideal untuk Penjual Kecil

Ninja Van memang pilihan terbaik untuk seller kecil yang baru nak mula. Kalau korang shipping kurang dari 150 parcel sebulan, aplikasi Ninja Biz ni sesuai sangat untuk korang.

Muat turun aplikasi Ninja Biz, buka akaun dan terus gunakan servis Ninja Van dengan promosi!

  • Harga Mampu Milik: Mulakan dengan harga serendah RM6.50 untuk tingkatkan keuntungan.
  • Penghantaran Tepat Masa: Ada 3 percubaan penghantaran supaya pelanggan tak terlepas parcel mereka.
  • Lindungan Parcel: Perlindungan hingga RM200 untuk barang berharga seperti elektronik.
  • Diskaun Volume: Nikmati diskaun sehingga 20%.

😍 Tawaran Istimewa: Dapatkan 18% OFF penghantaran untuk 20 parcel pertama. Baca terma dan syarat di sini.

Option 2: Dapatkan Pengurus Akaun Peribadi

ninja van account manager bulk order ship parcel 150 and more courier service for business

Kalau korang hantar lebih dari 150 parcel sebulan, Ninja Van ada Business Delivery Service untuk memudahkan korang.

  • Harga lebih kompetitif: Jimat lebih untuk penghantaran volume tinggi, sambil nikmati semua manfaat Ninja Biz, dan pelbagai lagi termasuk harga dan “rewards”.
  • Pengurus Akaun Peribadi: Dapatkan sokongan peribadi untuk bantu selesaikan masalah penghantaran dan atur operasi lebih efisien.

Berminat nak bina bisnes berjaya dalam pasaran yang semakin berkembang ni? 

Jangan tunggu lama—hubungi Ninja Van hari ini dan mulakan langkah pertama menuju kejayaan dengan rakan logistik yang boleh dipercayai! 

Klik Sini 👉 Buka akaun Ninja Van melalui Ninja Biz app.

Klik Sini 👉 Dapatkan Pengurus Akaun Peribadi Ninja Van untuk bisnes anda!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.