6 Tip Kejayaan Khairul Aming Sebagai Content Creator

6 Tip Kejayaan Khairul Aming Sebagai Content Creator

Belajar dari kejayaan Khairul Aming dan dapatkan tips untuk usahawan kecil. Inspirasi yang anda perlukan untuk berjaya dalam perniagaan.
5 mins read

Ramai tokoh usahawan Malaysia bermula daripada bawah, dan Khairul Aming ialah contoh social media content creator yang berjaya membina jenama dan perniagaan tersendiri.

Sebagai salah seorang calon top 10 usahawan Malaysia, kejayaannya dengan Sambal Nyet menjadi inspirasi kepada usahawan Malaysia yang ingin menceburi dunia digital.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi rahsia kejayaannya yang boleh dijadikan panduan.

Dari Media Sosial ke Sambal Paling Laris: Kisah Kejayaan Khairul Aming

@khairulaming

Sedikit sebanyak kisah saya menjadi seorang content creator 🙏🏻 Terima kasih di atas sokongan anda semua. #RoadToTikTokAwardsMY #TikTokAwardsMY #ForYouMalaysia

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Perjalanan Khairul Aming, seorang social media content creator, dalam dunia perniagaan bermula dengan langkah kecil di media sosial. Sebagai influencer makanan, beliau menarik perhatian ramai dengan video-video masakan yang mudah difahami dan menarik.

Namun, Khairul tidak berhenti di situ.

Beliau memanfaatkan pengaruhnya sebagai tokoh usahawan Malaysia untuk membina perniagaan Sambal Nyet yang unik.

Beliau mengambil peluang untuk membina perniagaan Sambal Nyet, produk unik yang lahir daripada minat dan pengaruhnya dalam dunia makanan.

Dilancarkan pada 2021, Sambal Nyet mendapat sambutan luar biasa.

Dalam masa setahun, Khairul berjaya menjual lebih daripada 500,000 botol dan mencapai jualan RM14 juta.

Kejayaan ini menjadikan Khairul salah seorang top 10 usahawan Malaysia yang patut dicontohi.

@khairulaming

Jualan Sambal Nyet dah mencecah 2.4 juta botol iaitu bersamaan dgn jualan sebanyak Rm 33.5 juta ringgit. Sekarang production dah dinaikkan ke 7,000 botol sehari dan jualan juga dikembangkan ke live commerce. Terima kasih kepada anda semua yang support kita dari 3 tahun yang lepas 🥺🙏🏻 #makanlokal #foodfestontiktok #TikTokShop99ShoppingFiesta

♬ Dream Away – Ramol

Strategi Khairul Aming dalam perniagaan online yang menekankan pemasaran digital (digital marketing) dan kualiti produk menjadi faktor utama kejayaan ini. 

Sambal Nyet bukan sekadar sambal, tetapi satu jenama yang membawa identiti tempatan.

Tips untuk usahawan Malaysia yang ingin berjaya seperti Khairul Aming ialah fokus pada kualiti produk, penggunaan media sosial secara pintar, dan sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan. 

6 Strategi Power Khairul Aming: Tips untuk Usahawan Baru

Berikut adalah lima strategi utama kejayaan beliau yang boleh dijadikan tips untuk usahawan kecil berjaya:

1. Konsistensi dalam Kandungan (Content) dan Produk

Khairul Aming sentiasa konsisten dalam menghasilkan content di media sosial, yang menjadi salah satu cara utama beliau menarik perhatian pelanggan. 

Sebagai social media content creator, Khairul Aming merakam kandungan berkualiti tinggi menggunakan iPhone.

Pastikan Instagram diaktifkan untuk ‘high quality upload’, dan muat naik video 4K ke Instagram Story. Untuk iPhone 14, rakam video pada 4K 60 fps, serta aktifkan HDR Video dan Enhanced Stabilisation.

Konsistensi ini bukan sahaja dalam content, tetapi juga pada kualiti produk. Cara Khairul Aming bina kejayaan perniagaan sambal ialah dengan memastikan setiap botol sambal memenuhi jangkaan kualiti pelanggan—menjadikan beliau contoh tokoh usahawan Malaysia yang berjaya.

2. Manfaatkan Media Sosial untuk Marketing

Sebagai top 10 usahawan Malaysia, Khairul menggunakan platform seperti Instagram dan TikTok untuk memasarkan perniagaan Sambal Nyet.

Dengan 4.1 juta pengikut di Instagram dan 1.5 juta di X, Khairul, yang berasal dari Kota Baru, terkenal dengan siri masakan Ramadhan viral, 30 Hari 30 Resepi.

Influencer terkenal Khairul Aming telah dinobatkan sebagai Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.

 Usahawan baru boleh memanfaatkan strategi Khairul Aming dalam perniagaan dalam talian (online) ini untuk memperluaskan capaian mereka. Media sosial adalah alat pemasaran yang murah, tetapi sangat efektif jika digunakan dengan bijak.

3. Fokus pada Kualiti Produk dan Identiti Tempatan

Khairul Aming berjaya mengubah sambal, produk tempatan yang biasa, menjadi jenama premium dengan menekankan kualiti dan identiti budaya tempatan. 

Setiap hari, kilang produksi Sambal Nyet menerima sekitar 1000 kg bawang dan cili segar dari pembekal. 

Mereka periksa satu persatu untuk memastikan kesegarannya sebelum menyimpan di ruang penyimpanan sejuk. Keesokan harinya, bahan-bahan ini akan ditimbang dengan teliti sebelum dicuci bersih untuk menghapuskan kotoran. 

Proses masakan kemudian dimulakan dan memerlukan beberapa jam untuk memastikan sambal benar-benar masak sebelum dipindahkan ke bahagian Bottling.

Sebagai tokoh usahawan Malaysia, beliau menunjukkan betapa pentingnya menjaga kualiti produk, dengan setiap bahan mentah diperiksa dengan teliti untuk memastikan kesegarannya.

Inspirasi perniagaan dari Khairul Aming ini mengingatkan bahawa usahawan kecil perlu menonjolkan nilai unik produk mereka dan sentiasa menjaga kualiti.

4. Adaptasi dan Sentiasa Belajar dari Pelanggan

Sebagai tokoh usahawan Malaysia, Khairul sentiasa mendengar maklum balas daripada pelanggan dan menambah baik produk serta servisnya. 

“Botol sambal pelanggan pecah dan banyak aduan diterima,” kata Khairul Aming. Walaupun stres, beliau tidak berputus asa dan terus mencari penyelesaian, termasuk mencari kurier yang lebih baik dan cekap.

Sebagai social media content creator, Khairul juga menggunakan platform untuk berinteraksi dengan pelanggan.

@khairulaming

Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021. Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Jadi, usahawan kecil perlu sentiasa peka dengan kehendak pasaran dan pelanggan. Jangan takut untuk menyesuaikan strategi perniagaan berdasarkan maklum balas yang diterima.

5. Kolaborasi dan Pemasaran Influencer (Influencer Marketing)

Khairul Aming tidak hanya bergantung pada pengikutnya yang ramai, tetapi juga bijak memanfaatkan kolaborasi dengan influencer lain.

Dengan bekerjasama, beliau bukan sahaja dapat memperluaskan jangkauan pasaran, tetapi juga meningkatkan kredibiliti jenama.

Melalui perkongsian content, video masakan bersama, atau promosi produk, Khairul membuka peluang untuk menarik lebih ramai pelanggan dan memperkenalkan produk kepada audiens baru.

@syedot_asmr

Replying to @⠀ ⠀ ⠀ ⠀⠀難🇵🇸 salam dendeng! aming dah sampai, daging lembut jenis carik², puas hati! akan repeat lagi beli aming tu. semoga murah rezeki ya! saya beli #SyedotAsmr #SyedotFoodReview #MakanLokal #DendengNyetBerapi #tiktokshopsuperbranddaymy #mysuperbranddaykhairulaming cc dapat beli tak tu?! @bebytora @DR1 SHARE @Syifa Masak Kalut Kalut @Squigglymack

♬ original sound – SYEDOT ASMR – SYEDOT ASMR

Sebagai tokoh usahawan Malaysia, ini adalah strategi yang berkesan untuk memperkukuh kedudukan dalam pasaran digital.

6. Kecekapan dalam Pembungkusan dan Penghantaran

Pengurusan yang efisien adalah kunci kepada kejayaan perniagaan, dan sebagai top 10 usahawan Malaysia, Khairul Aming memastikan sambalnya sampai kepada pelanggan dalam keadaan baik dan tepat pada masanya. 

Dari Kelantan ke Puchong dalam masa 24 jam, dan sebanyak 3 ribu bungkusan dihantar setiap hari.

Usahawan baru juga perlu mengambil kira aspek penghantaran yang efisien dalam perniagaan mereka. 

đź’ˇ Tahukah anda? Ninja Van menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk usahawan Malaysia, anda boleh memastikan pelanggan mendapat produk anda dengan mudah dan selamat.

“Kami Tolong” — Ninja Van Menyokong Perniagaan Kecil Malaysia

Penghantaran yang efisien memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan, terutamanya bagi usahawan kecil yang baru bermula.

Ninja Van menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk usahawan kecil melalui Ninja Biz, yang direka khusus untuk perniagaan yang menghantar kurang dari 150 bungkusan setiap bulan.

Dengan kos penghantaran serendah RM5.50, perkhidmatan ini sesuai untuk perniagaan online yang mencari kaedah penghantaran yang efisien dan menjimatkan. 

Lagi menarik! Setiap penghantaran dilindungi sehingga RM200. Tak perlu risau produk anda sampai dengan selamat kepada pelanggan.

Kelebihan Ninja Van, Boleh “Drop Parcel” dan “Collect Parcel” Dari Rumah!

Antara kelebihan utama perkhidmatan Ninja Van adalah kemudahan drop-off dan koleksi bungkusan. Semua ini boleh diuruskan melalui aplikasi Ninja Biz, yang memudahkan pengurusan penghantaran dari mana sahaja.

Dengan perkhidmatan delivery Ninja Van, usahawan kecil boleh fokus pada perkembangan perniagaan mereka tanpa perlu risau tentang logistik. 

Lebih menarik, aplikasi ini menyediakan Shipping Calculator, di mana anda boleh mengira kos penghantaran sebelum mencipta pesanan, termasuk kira berat, jumlah, lokasi penghantaran dan sebagainya.

Ini membantu usahawan kecil merancang bajet dengan lebih efektif.

💡 Nak cuba? Download Ninja Biz app, log masuk sebagai “guest” dan terus gunakan calculator kami!

“Tak Susah” Nak Mencipta Kejayaan Seperti Khairul Aming

Kejayaan Khairul Aming dalam membina perniagaan Sambal Nyet menunjukkan bahawa dengan strategi yang tepat, usahawan kecil juga mampu mencapai kejayaan besar. 

Dari media sosial ke perniagaan berjaya, Khairul telah membuktikan bahawa konsistensi, kualiti produk, dan pengurusan yang efisien adalah kunci kepada kejayaan.

Untuk usahawan baru yang ingin mencontohi langkah Khairul Aming, penting untuk memanfaatkan peluang yang ada, seperti digital marketing dan delivery yang efisien

Dalam dunia perniagaan yang serba pantas hari ini, mempunyai rakan penghantaran yang boleh dipercayai seperti Ninja Van boleh membantu anda menguruskan perniagaan dengan lebih lancar.

Tingkatkan penghantaran anda! Penghantaran parsel lebih mudah dengan Nina Van, kurier dipercayai Malaysia. Cepat, dipercayai, serata negara.

Dengan Ninja Van Biz, anda boleh menghantar bungkusan dengan mudah, murah, dan selamat, memberikan anda lebih masa untuk fokus pada perkembangan perniagaan. 

Jadilah sebahagian daripada kejayaan ini dan mula mengambil langkah kecil untuk membina jenama anda, seperti yang telah dibuktikan oleh Khairul Aming

Usahawan kecil yang konsisten dan cekap mampu mencapai lebih banyak.

Muat turun aplikasi Ninja Biz untuk dapatkan promosi delivery terkini! Hantar 15 PERCUMA 5 delivery!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.