Harga Pos Ninja Van 2025 Kadar Terbaru & Promosi Eksklusif Penghantaran!

Harga Pos Ninja Van 2025: Kadar Terbaru & Promosi Eksklusif Penghantaran!

Ketahui harga pos Ninja Van 2025 termasuk ke Sabah & Sarawak. Dapatkan promosi eksklusif dan kos penghantaran terkini hanya dari Ninja Van Malaysia!
2 mins read

Berita baik untuk semua seller online dan penghantar individu di Malaysia!

Mulai 1 Januari 2025, Ninja Van memperkenalkan struktur harga pos terbaru untuk penghantaran dalam Malaysia, termasuk destinasi Sabah dan Sarawak. Sama ada anda menghantar dari Semenanjung ke Sabah, ke Sarawak, atau dalam kawasan yang sama, sekarang lebih murah, telus dan berbaloi.

πŸ“¦ Harga Postage Ninja Van 2025: Apa Yang Berubah?

ninja pudo point ninja van delivery rider driver near me

Bermula January 2025, harga penghantaran Ninja Van dikemaskini untuk memberi lebih banyak fleksibiliti dan penjimatan kepada pengguna. Berikut ialah antara perubahan penting:

1. Kadar Kos Penghantaran Lebih Kompetitif

Ninja Van kini menawarkan struktur harga berdasarkan zon destinasi dan berat parcel, bukan hanya kadar rata. Ini bermakna anda hanya bayar untuk jarak dan saiz sebenar bungkusan anda.

2. Harga Pos Ninja Van ke Sabah & Sarawak

  • βœ”οΈ Pos ke Sabah dan Sarawak kini lebih murah untuk bungkusan bersaiz kecil dan ringan.
  • βœ”οΈ Lebih banyak pilihan servis termasuk drop-off dan pick-up, memudahkan anda tanpa perlu beratur panjang.

3. Tiada Caj Tersembunyi

Harga yang dipaparkan adalah harga akhir. Tiada caj tambahan untuk cubaan penghantaran semula sehingga 3 kali percubaan penghantaran automatik!

πŸŽ‰ PROMO: Menangi Kredit eWallet TNG RM200!

Hantar parcel serendah RM5.10 dan anda mungkin salah seorang pemenang bertuah yang akan membawa pulang kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200 sempena musim Raya Haji ini!

Cara Sertai:

  1. Hantar bungkusan menggunakan Ninja Van sehingga 30 Jun 2025.
  2. Gunakan Ninja Biz atau Ninja Dashboard untuk muat naik dan uruskan pesanan anda β€” lebih pantas & efisien!
  3. Setiap parcel yang dihantar melayakkan anda satu penyertaan.

Lebih banyak anda hantar, lebih tinggi peluang untuk menang! *Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

🌟 Promosi Lain Yang Masih Aktif:

Untuk Pengguna Baru: Daftar hari ini dan nikmati Diskaun sehingga 10% untuk penghantaran pertama anda ke mana-mana lokasi dalam Malaysia – termasuk Sabah dan Sarawak!

πŸ“ Contoh Harga Pos Ninja Van (2025)

Semenanjung Malaysia (Drop-Off):

Berat BungkusanHarga (RM)
0 – 5 kg6.50
6 – 10 kg10.50
11 – 15 kg14.50
16 – 20 kg18.50

Sabah & Sarawak (Drop-Off):

Berat BungkusanHarga (RM)
1 – 5 kg13.00
6 – 10 kg63.00
11 – 14 kg105.00
15 – 20 kg135.00

Harga tertakluk kepada perubahan semasa. Semak harga terkini di app Ninja Van atau laman rasmi.

πŸ€” Kenapa Pilih Ninja Van untuk Penghantaran Anda?

Ninja Van Near Me
  • βœ… 3 kali cubaan penghantaran automatik tanpa caj tambahan
  • βœ… Jaminan penghantaran pantas dan boleh dipercayai
  • βœ… Lebih 1,200+ lokasi drop-off dan PUDO di seluruh Malaysia
  • βœ… Sokongan pelanggan setiap hari, termasuk hari cuti umum

πŸ’‘ Tips Penjimatan Kos Pos 2025:

  1. Gabungkan penghantaran anda jika anda berniaga dan hantar banyak order. Gunakan Ninja Pro.
  2. Guna Ninja Points atau PUDO untuk drop-off dan nikmati harga lebih rendah.
  3. Pantau berat parcel anda untuk elak melangkaui had berat dan kena cas tambahan.
  4. Gunakan Ninja Dashboard untuk muat naik banyak pesanan serentak – pantas, mudah & efisien.

πŸ”š Jom, Dapatkan Harga Postage Murah dengan Ninja Van!

Dengan struktur harga pos Ninja Van 2025 yang lebih telus dan kompetitif serta promosi Raya Haji yang menarik, ini adalah masa terbaik untuk hantar bungkusan anda – sama ada ke Sabah, Sarawak atau dalam Semenanjung!

Hantar sekarang dan mungkin anda akan bawa pulang RM200 kredit TNG!

πŸ“² Mahu tahu harga pos terkini untuk lokasi anda?

Gunakan kalkulator di dalam aplikasi Ninja Biz untuk semak harga secara langsung. Muat turun Ninja Biz di sini.

πŸ‘‰ Baca juga: Berapa Saiz & Berat Maksimum Parcel Ninja Van?

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking β€œSubscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.