Buat Duit Dari Media Sosial? Yes, Memang Boleh!
Dulu, media sosial cuma tempat untuk bersosial dan tengok konten viral. Sekarang? Ia dah jadi mesin buat duit!
Kalau anda suka scroll TikTok, suka buat video, atau ada ramai followers—kenapa tak guna peluang ini untuk jana pendapatan sampingan?
Sebagai contoh, ada pengguna di laman X yang berkongsi bahawa dia berjaya jana sehingga RM4,000 sebulan – dah sama macam gaji full-time!
Jadi content creator dekat Tiktok boleh dapat income RM 4K monthly and weekly ranking boleh dapat RM 10K – 20K fuhhh really a good pay
— R A Z H A 🇲🇾 (@realestaterazha) October 3, 2022
Adik-adik, …… pic.twitter.com/GchGUaKb6P
Tapi yang paling best, konten yang dia hasilkan 4 bulan lepas masih terus menjana income. Maknanya, sekali usaha je, tapi hasilnya berterusan tanpa henti!
Jadi, dalam artikel ni, kita akan kupas cara buat duit percuma di TikTok dengan TikTok Affiliate. Tak perlu produk sendiri, tak perlu modal besar—hanya guna kreativiti anda!
Apa Itu TikTok Affiliate & Kenapa Anda Patut “Join”?

TikTok Affiliate adalah program di mana anda boleh promosikan produk orang lain melalui TikTok Shop dan dapat komisen setiap kali ada orang beli melalui link anda.
Kenapa best?
- ✅ Percuma! Tak perlu bayar untuk sertai.
- ✅ Tak perlu simpan stok – Anda cuma promosikan produk orang lain.
- ✅ Pendapatan pasif – Selagi ada orang beli, selagi tu anda dapat komisen!
- ✅ Mudah! Cuma perlu buat video dan letak link produk dalam posting anda.
Kalau anda selalu tengok creator TikTok unboxing barang atau review produk dan tiba-tiba ada “Tekan bag kuning”, itu lah TikTok Affiliate! 😍
Ni contoh..
@ismailroslyyy ASMR skincare routine brightening edition with @Acne Care #MuukaTanpaJerawat @muuka skincare for acne #MuukaTanpaJerawat #muukaserumjerawat #muukafacecleanser #asmr #skincareroutine #skincare
♬ original sound – ig: ismailroslyy – ig: ismailroslyy
Step-by-Step Cara Sertai TikTok Affiliate

Tak tahu macam mana nak mula? Ikut langkah ni:
1. Daftar Akaun di TikTok Seller Center

Sebelum boleh sertai TikTok Affiliate, anda perlu daftar TikTok Shop dulu. Ikuti langkah ini:
- ✅ Log masuk ke TikTok Seller Center atau daftar guna email, nombor telefon, atau akaun TikTok.
- ✅ Pilih negara anda & klik Enter.
- ✅ Pilih jenis perniagaan: Individu atau Syarikat.
- ✅ Masukkan alamat penghantaran & pemulangan.
- ✅ Setuju dengan terma & syarat, klik Start Your Business.
- ✅ Sahkan identiti dengan muat naik kad pengenalan/pasport/lesen memandu.
2. Sertai Program TikTok Affiliate
Dah ada akaun TikTok Shop? Sekarang masa untuk daftar affiliate!
- ✅ Pergi ke TikTok Shop Seller Center > Klik Affiliate Marketing.
- ✅ Pilih Creator Affiliate Program > Klik Join.
- ✅ Masukkan maklumat akaun bank untuk terima komisen.
3. Pilih Produk & Dapatkan Link Affiliate
Sekarang anda boleh mula pilih produk untuk dipromosikan!
- ✅ Pergi ke TikTok Shop Seller Center > Klik Affiliate Products.
- ✅ Cari produk popular atau trending yang sesuai dengan niche anda.
- ✅ Klik Apply for Promotion untuk dapatkan link affiliate anda.
4. Buat Konten & Mula Promosi
Dah ada link? Sekarang masa untuk buat duit dengan konten!
- ✅ Gunakan TikTok untuk buat video menarik – review produk, unboxing, tips, atau trend challenge.
- ✅ Tambahkan link affiliate ke dalam video supaya orang boleh beli terus dari TikTok Shop.
- ✅ Semakin banyak jualan dari link anda, semakin tinggi komisen yang anda dapat!
5. Terima Bayaran & Tingkatkan Jualan
- ✅ Komisen akan masuk ke akaun bank anda secara automatik.
- ✅ Eksperimen dengan strategi promosi, seperti guna live TikTok, duet, atau paid ads untuk tingkatkan jualan.
- ✅ Konsisten buat konten supaya anda boleh jana pendapatan secara pasif!
Berapa Banyak Boleh Dapat Dari TikTok Affiliate?

Bergantung pada usaha anda! Ada yang buat RM500 sebulan secara sampingan, ada yang jana RM4,000–RM10,000 hanya dengan affiliate.
Sebagai contoh:
- Produk A: Harga RM50 | Komisen 10% (RM5 per sale)
- Kalau 100 orang beli melalui link anda, itu dah RM500!
- Bayangkan kalau anda promote 3-5 produk dalam sebulan? Lagi banyak potensi income!
Tips Power Untuk Lebih Banyak Sales!

- 💡 Gunakan Hook Menarik – 3 saat pertama penting! Contoh: “Produk ni betul-betul berkesan ke? Jom try!”
- 💡 Pilih Produk Dengan Harga Mampu Milik – Produk bawah RM30 lebih senang dijual.
- 💡 Engage Dengan Followers – Balas komen, reply dengan video baru, buat live untuk lebih interaksi.
- 💡 Join Program Dropshipping Jika Nak Level Up! – Selain TikTok Affiliate, anda juga boleh jadi dropshipper dan tingkatkan pendapatan.
Dah Dapat Income Dari TikTok? Jom Mudahkan Urusan Penghantaran!

Dah mula dapat banyak order dari affiliate atau dropshipping? Jangan stress fikir pasal shipping! Ninja Van boleh bantu uruskan penghantaran dengan lebih mudah dan jimat!
- 📦 Untuk bisnes kecil & individu – Guna Ninja Biz untuk hantar barang dengan harga lebih murah & promosi bulanan yang menarik!
- 📦 Untuk bisnes besar – Dapatkan Account Manager Ninja Van untuk uruskan penghantaran pukal supaya anda boleh fokus pada jualan tanpa pening kepala!