Di Malaysia, ramai yang suka guna Cash on Delivery (COD) sebab nampak lebih selamat β boleh bayar bila barang order barang sampai.
Tapi, malangnya, COD juga jadi peluang untuk scammer menipu!

Kalau tengok dekat media sosial, banyak kes orang kena tipu dengan taktik COD. Tak pelik kalau kita rasa was-was bila nak buat pembelian COD sekarang ni.
Dalam artikel ini, kami kongsikan:
- 8 cara biasa scammer menipu guna COD
- Apa perlu buat jika anda terkena
- Cara report scammer secara online supaya anda tidak jadi mangsa seterusnya.
1. Barang Tak Sampai, Tapi Duit Dah Ambil

Ini antara cara scam COD yang paling klasik dan kerap berlaku. Pembeli dah buat bayaran penuh kepada penghantar, tapi barang yang dijanjikan tak pernah sampai. Kadang-kadang, penghantar berjanji nak hantar kemudian hari, tapi lepas tu terus hilang tanpa jejak.
Kes macam ni sering berlaku bila penjual guna akaun palsu yang tak dapat dikesan selepas transaksi.
Jika barang COD tidak diambil, apa yang terjadi? Biasanya, barang akan dipulangkan kepada penjual, tetapi jika penjual adalah scammer, mereka mungkin tidak akan beri sebarang bayaran balik.
2. Barang Palsu atau Rosak

Anda mungkin dah order barang original atau berkualiti, tapi bila dapat, rupa-rupanya produk yang sampai tak sama langsung dengan apa yang dijanjikan.
Contoh yang sering berlaku adalah barang elektronik atau pakaian berjenama, di mana pembeli terima barang tiruan yang tak berkualiti.
Mangsa biasanya hanya sedar barang palsu atau rosak selepas pembayaran dibuat, dan masa tu penjual sudah lesap.
π‘ Tip: Pastikan anda periksa review pelanggan lain, semak identiti penjual, dan elakkan beli dari penjual yang tak ada reputasi.
3. Penjual Tak Bagi Peluang Periksa Barang

Dalam kes scam ini, penjual akan menggunakan alasan tertentu untuk tidak membenarkan pembeli memeriksa barang sebelum membuat bayaran.
Malangnya, ini taktik licik untuk memastikan pembeli membayar sebelum mereka sedar barang yang diterima mungkin rosak, palsu, atau tak sama langsung dengan apa yang dipesan.
π‘ Tip: Gunakan perkhidmatan COD yang membenarkan anda memeriksa barang dulu sebelum buat bayaran, seperti Ninja Van.
4. Scammer Gunakan Alamat Rumah Anda

Ramai tak sedar, apa scammer boleh buat dengan alamat rumah anda? Jika anda pernah beli dari scammer atau tersilap bagi maklumat peribadi, mereka boleh:
- Hantar barang tak diingini ke rumah anda
- Gunakan alamat anda untuk scam orang lain
- Jual data anda kepada pihak ketiga
π‘ Tip: Jika anda pernah beri alamat rumah kepada penjual yang mencurigakan, pantau aktiviti penghantaran dan jangan terima bungkusan mencurigakan yang anda tidak pesan.
5. Scammer Menggunakan Bayaran Palsu

Kadang-kadang, scammer berpura-pura sebagai pembeli akan tunjuk bukti bayaran palsu kepada penjual. Mereka mungkin hantar screenshot transaksi bank atau e-wallet yang telah di-edit, seolah-olah mereka dah bayar. Padahal, duit sebenarnya tak pernah masuk akaun penjual.
π‘ Tip: Jangan mudah terpedaya dengan bukti bayaran palsu. Semak terus dengan bank atau e-wallet sebelum menyerahkan barang.
6. Penjual Lari Selepas Terima Bayaran

Dalam kes ini, penjual akan hilang selepas menerima bayaran daripada pembeli.
Mereka mungkin tidak dapat dihubungi lagi atau menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk mengelak daripada memberikan barang yang dibeli.
π‘ Tip: Jika anda menjadi mangsa, jangan diam sahaja.
Cara report scammer secara online:
- Lapor kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui CCID Portal (Link)
- Buat aduan di platform e-dagang (jika beli dari Shopee, Lazada, dll.)
- Sebarkan kesedaran di media sosial untuk elak orang lain terkena
7. Scammer Menipu dengan Barang COD Tidak Diambil

Ada juga kes di mana scammer sengaja hantar barang COD ke alamat rawak dan berharap penerima membayar tanpa menyedari mereka tidak pernah membuat pesanan.
Apa yang terjadi jika barang COD tidak diambil?
- Jika penerima menolak, barang akan dipulangkan kepada penjual
- Jika barang sudah dibuka dan dibayar, sukar untuk mendapatkan bayaran balik
π‘ Tip: Jangan bayar barang COD yang anda tidak order. Jika ragu-ragu, periksa dengan syarikat penghantaran.
8. Penipuan Penghantaran
Scammer mungkin menghantar barang lain daripada yang dijanjikan atau lebih teruk, hanya menghantar kotak kosong. Biasanya, pembeli hanya sedar bahawa mereka ditipu selepas barang diterima.
π‘ Tip: Sentiasa semak nombor tracking penghantaran sebelum membuat pembayaran.
Ninja Van, Pilihan Terbaik untuk Penghantaran COD yang Selamat!

Untuk pengalaman COD yang lebih selamat dan tanpa masalah, pilih Ninja Van sebagai rakan penghantaran anda!
β Ciri | β Kelebihan |
Liabiliti Parcel Sehingga RM200 | Setiap penghantaran dilindungi sehingga RM200 jika berlaku kerosakan atau kehilangan. |
NinjaChat: Sokongan Pelanggan 24/7 | Bantuan tersedia 24/7 melalui NinjaChat untuk sebarang aduan atau pertanyaan. |