Penghantaran percuma adalah strategi pemasaran yang sangat popular dan berkesan untuk menarik perhatian pelanggan baru.
Siapa je yang tak suka barang sampai depan pintu tanpa caj tambahan, kan?
Tapi, bagi peniaga kecil, menawarkan penghantaran percuma boleh jadi cabaran besar. Ia mungkin menggoda pelanggan, tapi ia juga boleh makan dalam margin keuntungan kita.
Jadi, bagaimana nak menawar penghantaran percuma tanpa merugikan diri sendiri?
Dalam blog ni, kita akan kongsikan 6 cara yang boleh membantu peniaga online, terutamanya yang jual di Shopee, Lazada, TikTok, dan platform lain, untuk beri penghantaran percuma dengan bijak, tanpa jejas untung.
Jom baca!
1. Semak Jumlah Kos Penghantaran Anda
Langkah pertama yang perlu anda buat ialah semak dan fahami dulu berapa kos sebenar penghantaran bagi setiap pesanan.
Ini penting supaya anda tak terkejut nanti bila “manfaat” penghantaran percuma tu sebenarnya boleh merosakkan keuntungan anda.
Ada beberapa faktor yang perlu anda ambil kira, seperti:
- Berat dan saiz produk: Lagi berat dan besar barang, lagi mahal kos penghantaran.
- Destinasi penghantaran: Nak hantar dalam Malaysia je, atau ke luar negara? Kos penghantaran antarabangsa pastinya lebih tinggi.
- Caj tambahan: Jangan lupa tentang pembungkusan, kotak, dan bahan lain yang boleh menambah kos.
Bagi peniaga di platform seperti Shopee, mereka ada sediakan kalkulator penghantaran untuk bantu anda dapatkan anggaran awal kos.
👉 Klik sini untuk cuba Shipping Calculator Shopee!
Dan untuk kurier, ada sesetengah, seperti Ninja Van, keluarkan Shipping Calculator tersendiri juga. Kat sini, korang boleh kira dulu kos penghantaran untuk buat anggaran. Berbaloi tak untuk tawarkan Free Shipping?
👉 Klik sini untuk cuba Shipping Calculator Ninja Van melalui Ninja Biz app!
2. Tetapkan Minimum Order untuk Penghantaran Percuma
Anda boleh tetapkan syarat “Dapatkan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM50” atau RM100, bergantung pada jenis produk yang anda jual.
Ini bukan sahaja mendorong pelanggan untuk beli lebih banyak, tapi juga melindungi margin keuntungan anda.
Sebagai contoh, pengguna Shopee memang suka kalau ada voucher penghantaran percuma bila mereka buat pembelian lebih RM15.
Anda boleh tiru strategi ni, tapi pastikan anda buat analisis margin keuntungan untuk tentukan nilai pembelian yang sesuai.
Cara Buat Analisis Margin Keuntungan (Ringkas)
#1. Kira Kos Produk (COGS – Cost of Goods Sold)
Kos produk termasuk:
- ✅ Harga borong/barang
- ✅ Kos pembungkusan
- ✅ Kos penyimpanan (jika ada)
📌 Formula:
COGS = Kos produk + Kos pembungkusan + Kos penyimpanan
#2. Tentukan Harga Jualan
Tetapkan harga jualan yang kompetitif tetapi masih menguntungkan.
📌 Formula:
Margin Kasar (%) = [(Harga Jual – COGS) ÷ Harga Jual] × 100
Contoh: Jika anda jual produk pada RM50, dan kos produk anda adalah RM25:
➡️ (50 – 25) ÷ 50 × 100 = 50% margin keuntungan
#3. Masukkan Kos Penghantaran
Jika anda tawarkan penghantaran percuma, pastikan ia tak mengurangkan margin keuntungan terlalu banyak.
💡 Strategi:
- ✅ Gabungkan kos penghantaran dalam harga jualan
- ✅ Tetapkan nilai minimum pembelian untuk layak free shipping
- ✅ Gunakan courier yang ada diskaun penghantaran (contoh, Ninja van)
3. Manfaatkan Promo “Free Shipping” e-Commerce
@coachiraaziz Replying to @A M E E N A Free Shipping Program (FSP) Macam mana nak join? Simple je. Dari Seller Center > Promotional > Campaign Shop & Product Campaign > Everyday Campaign > Free Shipping Program > Join Now Tiada komitmen masa. Boleh je keluar dari program bila-bila masa. #tiktokshop #tiktokguru #learnontiktok #womenoftiktok #TGP #TikTokGamePlan #AdsiaAcademy #LevelUpYourBusiness #CoachIraAziz #AzizMK
♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic
Setiap platform e-commerce macam Shopee, TikTok Shop, dan Lazada, kerap jalankan kempen penghantaran percuma, terutama pada waktu promosi besar seperti 9.9, 11.11, atau Pay Day Sale.
Jadi, apa yang anda boleh buat?
Gunakan waktu promosi ni untuk tarik lebih ramai pembeli dan tingkatkan jualan tanpa perlu menanggung sepenuhnya kos penghantaran.
@tiktokshopedu.my Kalau dalam transaksi ada ‘Seller Shipping Fee Discount’, maksudnya kedai anda ada set Shipping Fee Discount dekat Promo Tools. Cek balik transaksi anda! #soaljawabpenjualtts #tiktokshopmalaysia #learnontiktok
♬ original sound – TikTok Shop Education MY – TikTok Shop Education MY
Platform-platform ni biasanya akan bantu subsidi kos penghantaran, jadi anda boleh buat keuntungan tanpa perlu pening kepala. Pastikan anda memanfaatkan peluang ni sebaik mungkin!
4. Gabungkan Kos Penghantaran ke dalam Harga Produk
Caranya, anda boleh naikkan sedikit harga produk untuk menampung kos penghantaran.
Ini adalah strategi yang biasa digunakan oleh jenama besar seperti Shein, yang sering menawarkan penghantaran percuma dengan harga produk yang sudah termasuk kos penghantaran.
Tapi, pastikan harga produk anda masih kompetitif dan tak jauh lebih tinggi berbanding pesaing. Jangan sampai ‘overpriced’! Kena kecam nanti!
Jika tidak, pelanggan mungkin akan memilih untuk membeli daripada peniaga lain yang menawarkan harga lebih rendah.
Jadi, biar harga anda mencerminkan kos sebenar penghantaran, tetapi masih berbaloi untuk pelanggan!
5. Gunakan Free Shipping sebagai Promosi Bermusim
Anda boleh tawarkan penghantaran percuma semasa musim tertentu seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, atau jualan hujung tahun.
Untuk buat promosi ni lebih berkesan, letakkan had masa pada promosi penghantaran percuma tu.
4 Tempoh Perayaan Terbaik Untuk Buat Promosi Penghantaran Percuma
- ✅ Ramadan & Aidilfitri – Sebulan sebelum Aidilfitri, dari awal Ramadan hingga seminggu sebelum raya.
- ✅ 9.9, 11.11 & 12.12 Mega Sale – Seminggu sebelum & selepas tarikh promosi besar ini.
- ✅ Tahun Baru Cina – Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum perayaan.
- ✅ Jualan Hujung Tahun – Dari awal Disember hingga minggu pertama Januari.
Dengan cara ni, pelanggan akan rasa ada urgensi untuk beli cepat sebelum tawaran tamat. Ini bukan sahaja boleh tingkatkan jualan, tapi juga mencipta suasana membeli yang lebih menarik.
6. Cari Courier yang Ada Promotion dan Discount Parcel
Ini cara terakhir, dan strategi paling efektif!
Banyak servis kurier, seperti Ninja Biz, menyediakan diskaun khas untuk perniagaan kecil dan sederhana, jadi anda boleh jimat lebih banyak kos penghantaran.
Selain itu, Ninja Biz juga sering ada promosi semasa musim perayaan, yang boleh bantu kurangkan lagi kos penghantaran anda.
Contohnya, sekarang ini bulan Febuari 2025, Ninja Biz ada promosi diskaun delivery sebanyak 18% OFF untuk user baharu, dan diskaun sebanyak 20% untuk pengguna tersedia!
Dengan harga yang lebih rendah, anda boleh tawarkan penghantaran percuma tanpa menjejaskan keuntungan.
😍 Apa Yang Best Tentang Ninja Biz?
- ✅ Penghantaran domestik yang berpatutan
- ✅ 3 kali percubaan penghantaran secara percuma – kalau pelanggan tak dapat barang pada cubaan pertama, Ninja Biz akan cuba hantar lagi tanpa caj tambahan!
- ✅ Boleh buat penghantaran Cash on Delivery (COD)
- ✅ Tak perlu beratur – buat order dalam app Ninja Biz dari phone, dan terus drop-off parcel sahaja.
- ✅ Bayar lepas hantar – hantar barang dulu, bayar kemudian (termasuk COD) pada hujung minggu.
Bagi peniaga yang nak kurangkan kos tanpa mengorbankan servis berkualiti, memilih courier yang ada diskaun macam Ninja Biz memang pilihan bijak.
Jom, cuba Ninja Biz hari ni! Tak payah risau, no commitments!
👉 Cuba dulu, baru tahu bestnya! Baca terma dan syarat di sini.