5 Rahsia Kejayaan Sambal Nyet Khairul Aming! Ikon Usahawan Influencer Malaysia

5 Rahsia Kejayaan Khairul Aming! Ikon Usahawan Malaysia

Belajar dari kejayaan Khairul Aming dan dapatkan tips untuk usahawan kecil. Inspirasi yang anda perlukan untuk berjaya dalam perniagaan.
5 mins read

Merdeka dan Hari Malaysia bukan sekadar perayaan, tetapi simbol kebebasan untuk mencipta kejayaan, termasuk dalam dunia perniagaan. Ramai usahawan kecil memulakan langkah mereka, dan kisah kejayaan Khairul Aming menjadi inspirasi utama. 

Bermula sebagai influencer makanan, beliau berjaya membina perniagaan sambal nyet yang kini dikenali di seluruh Malaysia. 

Kami akan konsikan rahsia kejayaan beliau yang perlu diikuti oleh usahawan kecil di Malaysia. Tapi, sebelum itu, mari kenal kisah hidup Khairul Aming.

Kisah Kejayaan Khairul Aming: Dari Media Sosial ke Sambal Paling Laris

Perjalanan Khairul Aming dalam dunia perniagaan bermula dengan langkah kecil di media sosial. Sebagai influencer makanan, beliau menarik perhatian ramai dengan video-video masakan yang mudah difahami dan menarik.

Namun, Khairul tidak berhenti di situ.

Beliau mengambil peluang untuk membina perniagaan sambal nyet, produk unik yang lahir daripada minat dan pengaruhnya dalam dunia makanan.

Dilancarkan pada tahun 2021, sambal nyet mendapat sambutan luar biasa.

Dalam masa setahun, Khairul berjaya menjual lebih daripada 500,000 botol dan mencapai jualan RM14 juta. Strategi Khairul Aming dalam perniagaan online yang menekankan pemasaran digital (digital marketing) dan kualiti produk menjadi faktor utama kejayaan ini. 

Sambal Nyet bukan sekadar sambal, tetapi satu jenama yang membawa identiti tempatan.

Tips untuk usahawan kecil berjaya seperti Khairul Aming ialah fokus pada kualiti produk, penggunaan media sosial secara pintar, dan sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan. 

5 Strategi Power Khairul Aming: Tips untuk Usahawan Baru

Berikut adalah lima strategi utama kejayaan beliau yang boleh dijadikan tips untuk usahawan kecil berjaya:

1. Konsistensi dalam Kandungan (Content) dan Produk

Khairul Aming sentiasa konsisten dalam menghasilkan content di media sosial, yang menjadi salah satu cara utama beliau menarik perhatian pelanggan. 

Khairul Aming merakam kandungan berkualiti tinggi menggunakan iPhone.

Pastikan Instagram diaktifkan untuk ‘high quality upload’, dan muat naik video 4K ke Instagram Story. Untuk iPhone 14, rakam video pada 4K 60 fps, serta aktifkan HDR Video dan Enhanced Stabilisation.

Konsistensi ini bukan sahaja dalam content, tetapi juga pada kualiti produk. Cara Khairul Aming bina kejayaan perniagaan sambal ialah dengan memastikan setiap botol sambal memenuhi jangkaan kualiti pelanggan.

2. Manfaatkan Media Sosial untuk Marketing

Sebagai seorang influencer makanan, Khairul menggunakan platform seperti Instagram dan TikTok untuk memasarkan perniagaan sambal nyet.

Dengan 4.1 juta pengikut di Instagram dan 1.5 juta di X, Khairul, yang berasal dari Kota Baru, terkenal dengan siri masakan Ramadhan viral, 30 Hari 30 Resepi.

Influencer terkenal Khairul Aming telah dinobatkan sebagai Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.

 Usahawan baru boleh memanfaatkan strategi Khairul Aming dalam perniagaan dalam talian (online) ini untuk memperluaskan capaian mereka. Media sosial adalah alat pemasaran yang murah, tetapi sangat efektif jika digunakan dengan bijak.

3. Fokus pada Kualiti Produk dan Identiti Tempatan

Khairul Aming berjaya mengubah sambal, produk tempatan yang biasa, menjadi jenama premium dengan menekankan kualiti dan identiti budaya tempatan. 

Setiap hari, kilang produksi Sambal Nyet menerima sekitar 1000 kg bawang dan cili segar dari pembekal. 

Mereka periksa satu persatu untuk memastikan kesegarannya sebelum menyimpan di ruang penyimpanan sejuk. Keesokan harinya, bahan-bahan ini akan ditimbang dengan teliti sebelum dicuci bersih untuk menghapuskan kotoran. 

Proses masakan kemudian dimulakan dan memerlukan beberapa jam untuk memastikan sambal benar-benar masak sebelum dipindahkan ke bahagian Bottling

Bagi usahawan kecil, penting untuk menonjolkan nilai unik produk dan memastikan kualiti terjaga. Inspirasi perniagaan dari Khairul Aming ini mengingatkan bahawa produk yang berkualiti tinggi akan mendapat tempat di hati pelanggan.

4. Adaptasi dan Sentiasa Belajar dari Pelanggan

Khairul sentiasa mendengar maklum balas daripada pelanggan dan menambah baik produk serta servisnya. 

“Botol sambal pelanggan pecah dan banyak aduan diterima,” kata Khairul Aming. Walaupun stres, beliau tidak berputus asa dan terus mencari penyelesaian, termasuk mencari kurier yang lebih baik dan cekap.

Usahawan kecil perlu sentiasa peka dengan kehendak pasaran dan pelanggan. Jangan takut untuk menyesuaikan strategi perniagaan berdasarkan maklum balas yang diterima.

5. Kecekapan dalam Pembungkusan dan Penghantaran

Pengurusan yang efisien adalah kunci kepada kejayaan perniagaan, dan Khairul Aming memastikan sambalnya sampai kepada pelanggan dalam keadaan baik dan tepat pada masanya. 

Dari Kelantan ke Puchong dalam masa 24 jam, dan sebanyak 3 ribu bungkusan dihantar setiap hari.

Usahawan baru juga perlu mengambil kira aspek penghantaran yang efisien dalam perniagaan mereka. 

💡 Tahukah anda? Ninja Van menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk usahawan kecil, anda boleh memastikan pelanggan mendapat produk anda dengan mudah dan selamat.

Ninja Van: Menyokong Perniagaan Kecil Malaysia

Penghantaran yang efisien memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan, terutamanya bagi usahawan kecil yang baru bermula.

Ninja Van menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk usahawan kecil melalui Ninja Van Individual Delivery Service, yang direka khusus untuk perniagaan yang menghantar kurang dari 150 bungkusan setiap bulan.

Dengan kos penghantaran serendah RM5.50, perkhidmatan ini sesuai untuk perniagaan online yang mencari kaedah penghantaran yang efisien dan menjimatkan. 

Ini menarik! Setiap penghantaran dilindungi sehingga RM200. Tak perlu risau produk anda sampai dengan selamat kepada pelanggan.

Kelebihan Ninja Van: “Drop Parcel” dan “Collect Parcel”

Antara kelebihan utama perkhidmatan Ninja Van adalah kemudahan drop-off dan koleksi bungkusan. Semua ini boleh diuruskan melalui aplikasi Ninja Biz, yang memudahkan pengurusan penghantaran dari mana sahaja.

Dengan perkhidmatan delivery Ninja Van, usahawan kecil boleh fokus pada perkembangan perniagaan mereka tanpa perlu risau tentang logistik. 

Lebih menarik, aplikasi ini menyediakan Shipping Calculator, di mana anda boleh mengira kos penghantaran sebelum mencipta pesanan, termasuk kira berat, jumlah, lokasi penghantaran dan sebagainya. Ini membantu usahawan kecil merancang bajet dengan lebih efektif.

💡 Nak cuba? Download Ninja Biz app, log masuk sebagai “guest” dan terus gunakan calculator kami!

“Tak Susah” Nak Mencipta Kejayaan Seperti Khairul Aming

Kejayaan Khairul Aming dalam membina perniagaan sambal nyet menunjukkan bahawa dengan strategi yang tepat, usahawan kecil juga mampu mencapai kejayaan besar. 

Dari media sosial ke perniagaan berjaya, Khairul telah membuktikan bahawa konsistensi, kualiti produk, dan pengurusan yang efisien adalah kunci kepada kejayaan.

Untuk usahawan baru yang ingin mencontohi langkah Khairul Aming, penting untuk memanfaatkan peluang yang ada, seperti digital marketing dan delivery yang efisien

Dalam dunia perniagaan yang serba pantas hari ini, mempunyai rakan penghantaran yang boleh dipercayai seperti Ninja Van boleh membantu anda menguruskan perniagaan dengan lebih lancar.

Tingkatkan penghantaran anda! Penghantaran parsel lebih mudah dengan Nina Van, kurier dipercayai Malaysia. Cepat, dipercayai, serata negara.

Dengan Ninja Van Individual Delivery Service, anda boleh menghantar bungkusan dengan mudah, murah, dan selamat, memberikan anda lebih masa untuk fokus pada perkembangan perniagaan. 

Jadilah sebahagian daripada kejayaan ini dan mula mengambil langkah kecil untuk membina jenama anda, seperti yang telah dibuktikan oleh Khairul Aming

Usahawan kecil yang konsisten dan cekap mampu mencapai lebih banyak.

Muat turun aplikasi Ninja Biz untuk dapatkan promosi delivery, sebanyak 67%* diskaun di bulan Merdeka dan Hari Malaysia ini.

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.