Stress tengok jualan kuih frozen tak naik-naik? š¤¬
Perasaan tu memang biasa kalau dah banyak sangat peniaga baru dalam pasaran. Tapi jangan risau, ada banyak cara untuk lariskan bisnes kuih dan keropok lekor frozen.
Dalam artikel ni, kita akan bongkar beberapa strategi marketing yang terbukti berkesan untuk tingkatkan jualan, walaupun dengan modal yang kecil.
Jom sama-sama kita belajar cara jadikan bisnes kuih frozen sebagai sumber pendapatan yang lumayan!
Tip #1: Produk Memikat & Resepi Power!
Jangan takut untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis rasa dan perisa. Cuba gabungkan rasa tradisional dengan sentuhan moden.
Ikuti perkembangan trend makanan terkini. Mungkin korang boleh cipta resepi kuih frozen dengan perisa matcha, coklat lava, atau buah-buahan yang tengah popular (macam anggur muscat atau donut peach).
Ada satu masa dulu, pau carbonara dan pau bolognese jadi viral, dan sekarang siap ada yang jual cromboloni frozen lagi! Tak ke kreatif tu?
Lepas dah buat resepi yang unik, wajib untuk kongsikan di media sosial. Buat je video pendek yang menunjukkan proses pembuatan makanan frozen korang. Mana tahu, video korang boleh viral dan menarik perhatian ramai pelanggan.
3 Idea Resepi Kuih dan Keropok Lekor Frozen yang Menarik
- Kuih tradisional dengan twist: Upgrade kuih tradisional seperti kuih lapis, kuih talam, atau kuih ketayap dengan menggunakan bahan-bahan premium, mungkin perisa biscoff atau kunafa! Boleh juga buat versi sihat tanpa gula dan santan.
- Keropok lekor frozen berperisa: Selain rasa original, korang boleh cuba buat keropok lekor dengan perisa unik seperti lada pedas, masam manis, perisa makanan laut macam udang atau ketam, atau resepi menggunakan seaweed!
- Kuih frozen mini: Kuih mini yang comel dan mudah dimakan sangat sesuai untuk dijadikan kudapan atau hantaran. Sesuai jugak untuk target ibu-ibu yang ada anak. Boleh marketkan sebagai mudah dibawa sebagai bekal makanan ke sekolah.
š Tips tambahan: Gunakan bahan-bahan berkualiti dan segar! Dengan cara ni, barulah korang boleh jaga kualiti produk setiap masa! Packaging pun kena on point! Buat packaging yang cantik dan menarik supaya produk korang kelihatan lebih premium.
Tip #2: āHot Marketingā, Media Sosial Tak Boleh Lepas!
Media sosial? Wajib tau! Zaman sekarang, kalau tak aktif di media sosial, rugi besar! Dengan platform macam Facebook, Instagram dan TikTok, kita boleh promote betapa sedapnya kuih-muih buatan kita pada ramai orang.
7 Cara Nak Viralkan Produk Makanan di Media Sosial
- Post gambar dan video yang menarik: Siapa yang tak suka tengok makanan yang kelihatan menyelerakan? Ambil gambar kuih frozen dengan pencahayaan yang cantik dan angle yang menarik. Buat juga video pendek yang tunjukkan proses pembuatan atau cara penyediaan kuih.
- Gunakan hashtag yang relevan: Dengan menggunakan hashtag seperti #kuihfrozen, #keropolekor, #jualankuih, #makanankeluarga, post kita akan lebih mudah ditemui oleh pengguna lain.
- Buat giveaway: Siapa tak suka dapat hadiah percuma, kan? Kalau korang buat giveaway, korang boleh menarik lebih ramai follower dan meningkatkan engagement di media sosial.
- Bayar influencer untuk review: Kalau ada budget lebih sikit, cuba bekerjasama dengan food influencer, contohnya Adikfoods atau Arianna Kitchen. Food influencer mcm mereka boleh bantu promosikan produk korang kepada followers mereka.
- Diskaun dan promosi: Siapa yang tak suka dapat diskaun? Dengan menawarkan diskaun atau promosi beli banyak dapat lebih, kita boleh menarik minat pelanggan untuk membeli dalam kuantiti yang banyak.
- Combo set: Tawarkan combo set yang mengandungi pelbagai jenis kuih dengan harga yang lebih murah. Sesuai untuk kuih-muih ataupun keropok lekor frozen!
- Free delivery: Bagi pelanggan yang membeli dalam kuantiti tertentu, tawarkan free delivery.
3 Contoh Caption Menarik:
- Kuih frozen homemade yang lembut dan penuh dengan rasa! Tak percaya? Cuba sendiri!
- Keropok lekor frozen yang rangup di luar, lembut di dalam! Pasti korang akan ketagih!
- Giveaway alert! Nak menang set kuih frozen percuma? Follow dan tag 3 orang kawan korang!”
Tip #3: Branding yang Menarik “Eye-Catching”!
Branding itu penting! Biar semua jatuh cinta dengan kuih korang.
Pernah tak tengok bisnes makanan yang logonya unik dan kemasan produknya menarik? Confirm korang pun tertarik nak cuba, kan? Sama juga dengan bisnes kuih frozen korang.
Branding tu lah yang membuatkan bisnes korang lebih mudah dikenali dan diingat.
4 Cara Nak Buat Branding yang Menarik
- Buat logo yang memikat hati. Logo adalah wajah bisnes kita. Pilih design logo yang simple, mudah diingat, dan mencerminkan produk kita. Misalnya, kalau jual kuih tradisional, boleh gunakan elemen-elemen tradisional dalam logo seperti wau bulan, batu seremban, kipas lipat atau sebagainya. Janganlah jual karipap, tapi logo Ultraman! Jauh bebenor tu!
- Konsisten di semua platform. Daripada media sosial, website, sampai ke pembungkusan, pastikan semua menggunakan warna, font, dan gaya yang sama. Ini akan membuatkan branding kita lebih kuat dan mudah dikenali.
- Packaging yang unik. Selain rasa yang sedap, packaging juga penting untuk menarik perhatian pelanggan. Gunakan kemasan yang menarik, berwarna-warni, dan informasi produk yang jelas.
- Website yang profesional. Kalau ada budget, buatlah website yang menarik untuk bisnes kuih frozen kita. Selain sebagai tempat untuk memaparkan produk, website juga boleh digunakan untuk menerima pesanan secara online.
Tip #4: Pembungkusan yang Selamat & Tak Cair Sampai Tangan Pelanggan!
Bayangkan customer korang dapat pesanan makanan order, tapi bila dibuka, makanan di dalamnya hancur! Confirm kecewa!
Jadi, salah satu cara untuk pastikan semua produk makanan frozen korang dihantar dalam keadaan yang baik adalah dengan memastikan bungkusan parcel yang korang buat tu betul-betul selamat!
Untuk kuih-muih dan keropok lekor frozen, sebaiknya pilih bungkusan yang kedap udara dan tahan terhadap suhu dingin. Boleh juga pakai bungkusan khusus makanan beku atau plastik vacuum seal.
Nak tambah ice pack atau dry ice pun okay untuk memastikan makanan tetap beku selama pengiriman. Tapi kena pastikan kurier yang korang guna tu benarkan penggunaan ice pack, lah.
š” Tahu tak? Ninja Cold dari Ninja Van boleh hantar makanan sejuk dan beku ke seluruh Malaysia dengan harga berpatutan! Contact kami sekarang untuk tahu harga delivery!
Tip #5: Delivery Perlu Pantas Kilat!
Setelah korang buat kuih frozen yang sedap dan packaging yang menarik, langkah seterusnya adalah memastikan kuih-muih frozen atau keropok lekor frozen korang sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan segar.
Di sinilah peranan courier sangat penting, seperti Ninja Cold dari Ninja Van!
3 Kriteria Penting Untuk Cari Courier Frozen Food yang Bagus!
- Spesialis Makanan Beku: Ninja Cold adalah servis baru dari Ninja Van yang ditubuhkan khas untuk mengirim makanan beku dan dingin. Ninja Cold mempunyai kenderaan cold truck yang dilengkapi dengan sistem pendingin yang canggih, dari 18Ā°C sehingga -20Ā°C, sesuai untuk pelbagai jenis kuih frozen atau makanan frozen lain seperti keropok lekor.
- Keamanan Terjamin: Dengan menggunakan Ninja Cold, korang tak perlu risau lagi makanan sejuk beku korang akan rosak atau cair disebabkan lambat sampai. Ninja Cold mempunyai sistem tracking yang sangat tepat. Jadi, korang boleh check status penghantaran secara real-time.
- Jangkauan Luas: Ninja Cold boleh mengirim ke seluruh Malaysia. Tak kira seberapa jauh jaraknya, pelanggan korang confirm dapat menikmati kuih frozen korang dalam kondisi yang terbaik.
Bonus Tip! Jual Kuih & Keropok Lekor Frozen Modal Kecil
Modal kecil, untung besar! Memang idaman semua pemilik bisnes untuk buka bisnes makanan frozen sendiri dengan modal rendah.
Jangan risau! Dengan sedikit kreativiti dan strategi yang tepat, korang confirm boleh mulakan bisnes kuih-muih frozen dan keropok lekor dengan modal yang kecil.
4 Tips untuk Mula Bisnes Makanan Frozen
- Mulakan di Rumah: Manfaatkan dapur di rumah sebagai ākilangā awal. Ini akan membolehkan korang meminimumkan kos sewa.
- Fokus pada Produk Utama: Pilih beberapa jenis kuih atau keropok lekor āspecialyā korang. Dengan fokus pada beberapa produk, korang tak perlu mempromosikan kesemua produk. Fokus pada satu dan yang lain pasti akan dapat perhatian juga.
- Ikut Pasar Malam: Join buka gerai di pasar malam atau event seperti Pasar Saloma untuk memperkenalkan produk korang secara langsung kepada pelanggan.
- Gunakan WhatsApp Bisnis: Mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan dan menerima pesanan.
Ninja Cold, Pilihan Terbaik Untuk Penghantaran
Sebagai usahawan baru, kos adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan.
Ninja Cold menawarkan solusi penghantaran yang efisien dan berpatutan, terutama untuk bisnes kecil seperti korang. Dengan Ninja Cold, korang boleh fokus pada menghasilkan produk yang berkualiti dan membina jenama, kasi strong!
Ingat, kunci kejayaan dalam bisnes makanan frozen ini adalah konsistensi, kualiti produk, dan pemasaran yang efektif. Dengan sedikit usaha dan kreativiti, korang boleh membina bisnes kuih frozen yang menguntungkan.
Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan langkah pertama korang hari ini! Contact kami untuk dapatkan sebut harga.