Sedang mencari kerja sambilan atau cara cari duit lebih dari rumah? Anda tak keseorangan!
Macam di USA, di mana ramai buat kerja sampingan untuk tambah duit, rakyat Malaysia pun boleh buat benda yang sama. Menjana pendapatan extra RM1,000 sebulan pun sebenarnya dah cukup besar untuk rasakan perbezaannya.
Korang tahu tak? Social commerce sekarang ni tengah booming di Malaysia, banyak peluang baru untuk jana pendapatan dari rumah!
Sama ada anda pekerja tetap, suri rumah, atau pelajar, jom tengok senarai idea menarik untuk cari duit lebih dan tambah income.
#1. Jadi Pemandu e-hailing atau Rider Penghantaran
Permintaan servis e-hailing seperti Grab, AirAsia Move dan MyCar makin meningkat, jadi pemandu sambilan adalah cara cari duit lebih yang paling popular di Malaysia.
Selain itu, anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi rider penghantaran makanan seperti FoodPanda, GrabFood, dan Lalamove.
Dengan banyak kedai online memerlukan penghantaran harian, peluang untuk jana pendapatan dari rumah memang banyak.
Kelebihannya? Anda boleh pilih berapa jam nak bekerja, sama ada hujung minggu atau lepas kerja tetap.
🐱👤 Tips! Nak jadi rider atau pemandu Ninja Van part-time? Anda cuma perlukan motor dan lesen Kelas 2 atau B Malaysia. Baca lebih lanjut DI SINI!
#2. Mula Jadi Dropshipper
Kalau anda nak mula berniaga tapi tak tahu nak mula dari mana, cuba jadi dropshipper! Ini cara paling mudah untuk dapat pengalaman dan menjana pendapatan tambahan.
Dropship senang, sebab anda tak perlu simpan stok.
Cuma promote produk, ambil pesanan, dan proses order dalam masa lapang. Anda cuma perlukan smartphone atau laptop dengan internet untuk mula.
Banyak syarikat juga tawarkan latihan untuk dropshipper online.
Kena rajinlah cari produk yang senang dijual untuk pastikan anda sentiasa dapat order sepanjang tahun dan terus cari duit lebih!
#3. Jual Barang Secara Online
Anda boleh pilih nak jual barang baru atau barang terpakai dari rumah. Pakaian yang tak muat lagi? Jual saja “preloved” untuk dapat duit extra!
Di Malaysia, anda juga boleh mulakan bisnes bundle. Cari pembekal pakaian bundle yang dipercayai dan mulakan langkah pertama untuk menjana pendapatan.
Dah tahu nak jual apa? Daftar di platform seperti Carousell, Mudah, Shopee, Lazada, atau guna Instagram dan Facebook untuk kembangkan bisnes.
🐱👤 Tips! Fikir nak buka Cash-on-Delivery (COD) untuk penghantaran? Kena pastikan anda tahu 8 cara paling popular orang scam online supaya boleh dielakkan!
#4. Jadi Tutor atau Guru Tuisyen
Suka ajar budak-budak? Jadi tutor adalah salah satu cara cari duit lebih yang bagus untuk anda. Anda boleh ajar sambil kembangkan minda anak muda!
Jangan risau! Sekarang ni banyak peluang untuk ajar secara online. Ia lebih selamat, mudah, dan praktikal.
Anda juga boleh ajar kelas dewasa jika ada kemahiran yang boleh diajar seperti menjahit, memasak, Thermomix, dan sebagainya.
Mulakan dengan promosi diri dalam Facebook atau sertai platform seperti Tutor.com, TutorMe, dan TakeLessons.
Percaya atau tidak, selalunya promosi mulut ke mulut menjadi pemangkin utama untuk mengembangkan servis anda. Jadi, inilah masa terbaik untuk berkenalan dengan jiran dan tawarkan servis anda!
#5. Jadi Personal Shopper Part-Time!
Suka travel tempat baru? Jadikan percutian anda sebagai peluang untuk cari duit lebih!
Ramai orang cari produk unik dari luar negara yang susah didapati di sini, seperti skincare Korea, peralatan fotografi edisi terhad, snacks yang viral dan sebagainya.
Jadi, anda boleh tawarkan diri untuk jadi personal shopper dan bantu “customer” anda dapatkan barang-barang ni sementara anda bercuti!
Anda boleh beli apa saja – dari keperluan harian hingga barang mewah. Semakin mahal barang, semakin tinggi margin untung, tapi ada risiko juga (macam kerosakan atau pembeli menarik diri).
Berapa anda nak cas? Itu terpulang kepada anda! Kebanyakan pembeli peribadi ambil peratusan dari harga barang (5-20%), atau caj tetap (contoh RM5) untuk barang murah.
Tip Pro: Fokus pada barang yang anda tahu, lebih mudah untuk beli dan beri cadangan.
Dah sedia nak mula? Hebahkan! Umumkan perjalanan anda di media sosial atau beritahu kawan – mereka boleh pre-order barang dari anda!
#6. Freelancing
Tahukah anda, Malaysia ada lebih empat juta freelancer, dan angka ni semakin meningkat!
Freelancing adalah salah satu cara cari duit lebih yang fleksibel dan sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
Freelancer bekerja sendiri berdasarkan projek atau tugas tertentu.
Jika anda berminat jadi freelancer, banyak laman web boleh bantu anda tunjukkan kemahiran.
Anda boleh cari pelbagai tugas yang sesuai dengan kebolehan, seperti menulis, mengajar, reka grafik, terjemahan, dan banyak lagi.
Untuk projek antarabangsa, anda boleh layari Freelancer.com, Upwork, dan Fiverr, di mana anda boleh bida projek dan pamerkan kemahiran anda di peringkat global.
Freelancing memang salah satu cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan sambil bekerja mengikut waktu anda sendiri!
#7. Jadi Superhost Airbnb (Tanpa Miliki Harta)!
Scene Airbnb di Malaysia tengah berkembang pesat! Ribuan pelancong datang ke Malaysia setiap tahun. Tapi banyak ruang menarik terbiar, rugi peluang untuk menjana pendapatan tambahan melalui sewa.
Kenapa? Pemilik rumah yang sibuk mungkin tiada masa, pengalaman, atau kemahiran bahasa untuk uruskan Airbnb.
Di sinilah anda boleh masuk! Jadi co-host Airbnb dan bantu pemilik harta jana pendapatan dari ruang mereka.
Bagaimana ia berfungsi:
- Anda bekerjasama dengan pemilik Airbnb.
- Pilih tahap penglibatan anda – dari penciptaan senarai hingga pengurusan tetamu.
- Anda dibayar 10-20% dari pendapatan tempahan, lebih jika urus lebih tugas atau ada pengalaman.
- Boleh juga bekerjasama dengan banyak pemilik untuk memaksimumkan pendapatan.
Anggap ia seperti menjalankan bisnes Airbnb tanpa perlu memiliki harta! Ini adalah cara hebat untuk jana pendapatan dari rumah sambil bantu orang lain kongsi ruang mereka dengan dunia.
Dah sedia nak tahu lebih? Cari maklumat tentang tugas co-hosting dan polisi pembayaran Airbnb.
#8. Jual Makanan atau Bakery Sendiri
Pernah tak orang cakap masakan atau bakery anda sedap? Itu petanda anda berpotensi cari duit lebih dengan kelebihan memasak anda!
Memang salah satu cara paling popular untuk ubah hobi jadi bisnes yang menguntungkan.
Confirm bakery macam roti, croissant, kek, dan juga masakan rumah seperti paste kari, sambal sedia-makan, dan catering ada pasaran yang sangat luas di Malaysia.
Anda boleh mulakan dengan menjual makanan secara kecil-kecilan di kawasan kejiranan atau platform online.
Selain itu, makanan beku seperti karipap frozen juga semakin mendapat permintaan. Jadi, memang peluang terbaik untuk jana pendapatan dari rumah.
🐱👤 Tip Ninja: Eh, tahu tak Ninja Van kini boleh hantar makanan, pes masakan, barang bakar, dan makanan beku seperti karipap frozen? Baca lebih lanjut tentang penghantaran Sejuk DI SINI!
#9. Jadi YouTuber
“Hi guys, welcome back to my channel!”
Tak sangka, jadi YouTuber boleh bantu anda jana pendapatan sampingan yang lumayan. Macam Khairul Aming, beliau boleh tukarkan minat media sosial beliau kepada perniagaan yang bernilai jutaan ringgit!
Soalan penting: “Macam mana YouTuber boleh mula buat duit?”
- Pertama, sertai YouTube Partner Program dan penuhi syarat-syarat berikut:
- Minimum 1,000 subscriber.
- 4,000 jam tontonan awam yang layak dalam 12 bulan lalu.
- Tandatangani dan setuju dengan terma dan syarat.
- Buka akaun Google AdSense.
- Dapatkan penilaian dan kelulusan dari YouTube.
Lepas itu, anda boleh monetise kandungan (content), buat video tajaan, atau menjual merchandise.
Jadi YouTuber bukan sahaja cara cari duit lebih, tapi juga peluang untuk berkongsi minat anda dengan dunia.
Kunci kejayaan YouTube: Tentukan niche anda, hasilkan video berkualiti, dan konsisten memuat naik kandungan
Semakin banyak tontonan video anda, semakin besar peluang untuk dapat bayaran.
#10. Jana Duit dengan Affiliate Marketing!
Pernah tulis review tentang produk kegemaran anda? Bayangkan kalau anda dibayar untuk kongsikan pendapat itu!
Affiliate marketing adalah salah satu cara paling popular untuk menjana pendapatan secara sambilan di Malaysia tahun 2025.
Dengan kaedah ini, anda dapat komisen setiap kali orang membeli melalui pautan unik (affiliate link) anda.
Caranya:
- Anda bekerjasama dengan jenama seperti Lazada, Zalora, atau perniagaan tempatan.
- Kongsi pautan unik (affiliate link) di laman web, media sosial (Instagram, Facebook, YouTube).
- Bila orang klik pautan dan buat pembelian, anda dapat komisen!
Sebagai contoh, jika anda pengguna Twitter yang aktif, anda boleh sertakan ulasan (review) ringkas dan kongsi pautan affiliate anda.
Ia seperti cadangan berasaskan komisen – anda kongsi produk yang dipercayai, bina kepercayaan, dan jana pendapatan!
Di mana nak cari program affiliate?
- Zalora (Fesyen): Komisen hingga 6%. Sertai melalui Involve Asia atau Optimise Media.
- Lazada (Pelbagai Kategori): Komisen hingga 80%. Daftar di laman web Lazada.
- Shopee (Pelbagai Kategori): Komisen hingga 10%. Daftar di laman web Shopee.
Inilah beberapa contoh! Cari platform yang sesuai dengan audiens anda.
#11. Jadi Pembantu Maya (Virtual Assistant)!
Dengan peningkatan online business, permintaan untuk pembantu maya (VA) semakin tinggi.
Sebagai VA, anda menjadi tulang belakang usahawan dan perniagaan kecil, menguruskan tugasan seperti:
- Mengatur jadual.
- Mengurus emel dan pertanyaan pelanggan.
- Menjadualkan posting media sosial.
- Memasukkan data atau dokumen.
Kelebihan jadi VA:
- Kerja dari rumah dengan fleksibiliti penuh.
- Anda hanya perlukan komputer, sambungan internet, dan kemahiran organisasi.
Bersedia untuk mula? Cari pelanggan di platform seperti Upwork, Freelancer, atau Fiverr.
Jika mahu mencabar diri, cuba hubungi perniagaan tempatan atau pemilik SME yang anda kagumi, dan tawarkan perkhidmatan anda!
#12. Pelakon Suara Freelance!
Ada suara menarik dan suka bercerita?
Anda mungkin sesuai untuk jadi pelakon suara freelance!
Dari narasi buku audio hingga iklan dan animasi, peluangnya sangat luas.
Dengan hanya bermodalkan suara yang unik, anda boleh mula menjana pendapatan dari rumah.
Apa yang anda perlukan untuk mula:
- Mikrofon berkualiti tinggi.
- Perisian rakaman seperti Audacity atau GarageBand.
- Studio kecil di rumah (boleh guna bilik kedap bunyi).
Bonus: Ini cara yang menyeronokkan dan kreatif untuk jana pendapatan tambahan!
Banyak lagi tips!
- 5 Cara Naikkan Sales Jual Kuih & Keropok Lekor Frozen!
- Jual Makanan Frozen Online? Ninja Van Boleh “Settle” Penghantaran!
Tahukah Anda? 90% Orang Berjaya Tambah Pendapatan Melalui Bisnes
Serius, hampir 90% orang yang berjaya tambah pendapatan buat duit dengan bisnes. Lagi-lagi sekarang, media sosial dah buatkan bisnes online jadi lagi senang.
Bayangkan, hanya dari telefon, anda dah boleh jual barang dan tarik perhatian ramai orang.
Dengan pelbagai platform seperti Instagram, TikTok, dan Facebook, anda boleh pasarkan produk secara global dan bina jenama tanpa perlu keluar rumah.
Bila Nak Mulakan, Perlu Ke Ada Lesen?
Buat masa ni, selagi bisnes kecil-kecilan, anda boleh mulakan tanpa risau tentang lesen (rujukan).
Anda boleh beroperasi secara sah walaupun tanpa lesen, asalkan ia dalam skala kecil dan tidak melibatkan hal-hal yang memerlukan kawalan ketat oleh pihak berkuasa.
Bila bisnes mula berkembang, anda boleh pertimbangkan untuk uruskan lesen agar bisnes lebih stabil dan terjamin.
Untuk yang baru nak cuba, boleh mula dengan jual kat family atau kawan-kawan dulu. Gunakan platform macam WhatsApp, Facebook, atau Telegram.
Lagi senang sebab tak perlu setup macam-macam, dan anda dapat bina pengalaman bisnes tanpa banyak risiko.
Kalau Nak Mula Buat Penghantaran, Ninja Van Sedia Membantu!
Ramai yang tak tahu, kebanyakan kurier lain tak sediakan servis pickup untuk bisnes kecil.
Tapi dengan Ninja Van, anda boleh request pickup!
Jadi, tak perlu keluar rumah, lebih mudah dan jimat masa.
Muat Turun Ninja Biz App dan Nikmati Tawaran Menarik!
Guna app Ninja Biz, anda boleh urus semua dari telefon je!
Harga penghantaran serendah RM6.50 untuk setiap parcel, dan kalau nak pickup, tambah RM1 je.
Dengan sekali klik, “Abang Ninja” akan datang ke lokasi anda dan ambil parcel tanpa hassle!
Daftar sebagai pengguna baru dan dapatkan diskaun 18% OFF*!
Dan lepas tu, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 20% OFF! Betul-betul jimat ni!
Jom, muat turun Ninja Biz dan mulakan penghantaran anda hanya dari phone!
😍 Berminat? Jom, baca terma dan syarat promosi di sini!