Setiap kali musim perayaan tiba, ramai yang mula sibuk cari baju raya online. Sama ada baju kurung moden, baju raya oren bata, atau koleksi fesyen baju raya terkini, pasaran sentiasa panas!
Tapi, kalau anda nak jadi peniaga yang berjaya dalam jualan baju raya, ada beberapa trik dan strategi yang boleh membantu.
Jom ikut 11 tips ni supaya jualan anda lebih lancar dan laris macam pisang goreng panas!
#1. Kenali Trend Fesyen Baju Raya Terkini
@bulanbintangmk Segak abang Muay Thai kita Jojo pakai warna Rich Brown 😍 Patutla semua nak pakai warna Rich Brown tahun ni! *DAH BOLEH BELI BAJU RAYA DEKAT LIVE KITA ATAU SHOWCASE, TIKTOK ADA BANYAK VOUCHER 🤩 #bulanbintang #fashionshowbulanbintang2025 #bulanbintang2025 #jojo #jojomuaythai #muaythai #johanghazali #richbrown #bajumelayurichbrown #bajumelayu
♬ Ubur Ubur Ikan Lele – RAMA DJOCKS
Pelanggan selalunya mencari sesuatu yang trendy dan bergaya. Jadi, sebelum anda mula menjual, pastikan anda tahu fesyen baju raya terkini.
Contohnya, trend baju raya 2025 bakal tampil dengan pelbagai warna dan rekaan menarik.
Antara warna yang dijangka popular termasuk:
- Burgundy
- Royal Blue
- Golden Olive
- Lilac
- Magenta
- Teal Blue
Trend baju kurung 2025 dijangka menampilkan elemen seperti drapes, renda (lace), selendang, dan manik (beads) untuk memberikan sentuhan elegan dan moden.
@agentqiszar Printed kurung wrna Violet khaki, dapat sekali embroidered organdy shawl & brooch tau, berminat boleh pm saya utk order💓 #qiszar #QiszarTimelessRaya2025 #QiszarDarlings #bajurayasedondon #trending #rayaoutfit #kurungmoden #bajuraya #sedondonibudananak #dress
♬ original sound – Agent_Qiszar – Agent_Qiszar
#2. Guna Gambar Berkualiti Tinggi
Orang membeli dengan mata, jadi pastikan gambar baju raya yang anda upload berkualiti tinggi, jelas, dan menarik. Gunakan model atau mannequin supaya pelanggan boleh bayangkan macam mana baju tu bila dipakai.
Cahaya yang baik dan latar belakang bersih juga membantu meningkatkan daya tarikan produk anda.
6 Cara Mudah Buat Fotografi Shooting Produk Sendiri Tanpa Bajet Besar
Nak ambil gambar cantik tak semestinya perlukan bajet besar. Dengan peralatan yang mudah didapati, anda boleh buat sesi fotografi sendiri. Berikut beberapa tips ringkas:
1. Guna Kamera Smartphone
Tak perlu kamera mahal; telefon pintar dengan kamera yang baik dah cukup. Pastikan lensa bersih sebelum mula ambil gambar. Antara kamera smartphone yang paling cantik adalah HUAWEI Mate 60 Pro+, HONOR Magic7 Pro, dan Nothing Phone (3a).
2. Manfaatkan Natural Lighting
Cahaya semula jadi buat gambar lebih terang. Ambil gambar dekat tingkap pada waktu siang. Elak tempat yang kurang cahaya atau lampu yang buat bayang-bayang tak cantik.
@gradepixel Good lighting can fix bad photos… but not bad modeling. 📸😂 #doyourjob #PhotographyHacks
♬ original sound – GradePixel – GradePixel
3. Latar Belakang (Backdrop) Yang Neutral
Latar belakang yang neutral dan minimalis buat baju anda lebih menonjol. Guna kain putih atau dinding kosong. Pastikan tiada gangguan yang boleh alih perhatian dari baju.
4. Stabilkan Kamera
Supaya gambar tak kabur, guna tripod kecil untuk telefon pintar. Ini bantu pastikan kamera stabil dan gambar lebih jelas.
5. Ambil Gambar dari Pelbagai Sudut
Tunjukkan semua aspek baju dengan ambil gambar dari depan, belakang, dan dekat untuk detail. Ini bantu pelanggan lihat keseluruhan reka bentuk.
6. Edit dengan Aplikasi Percuma
Lepas ambil gambar, guna aplikasi seperti Snapseed atau Lightroom untuk adjust kecerahan dan warna. Tapi, jangan edit sampai ubah rupa sebenar baju.
#3. Tulis Deskripsi Produk yang Jelas dan Menarik
Selain gambar, deskripsi produk juga penting! Nyatakan jenis kain, saiz yang ada, cara penjagaan, dan keistimewaan baju raya tersebut. Contohnya:
- ✔️ Kain sejuk dan selesa
- ✔️ Tidak mudah kedut
- ✔️ Cutting longgar, sesuai untuk semua bentuk badan
#4. Tawarkan Pelbagai Saiz dan Warna
Jangan hanya fokus pada satu saiz sahaja. Pastikan anda ada pilihan dari XS hingga XXL supaya lebih ramai pelanggan boleh membeli.
Tahukah anda, terdapat perbezaan dalam ukuran saiz pakaian di Malaysia kerana variasi sistem ukuran dari pelbagai negara. Sebagai contoh, saiz pakaian dari China mungkin berbeza dengan saiz standard di Malaysia.
Selain itu, terdapat perbezaan dalam pita pengukur;
- Inci UK bersamaan 2.54 cm dengan 7 senggatan per inci,
- Inci China (cun) bersamaan 3.33 cm dengan 9 senggatan per inci.
Perbezaan ini boleh mempengaruhi ukuran pakaian jika tidak diberi perhatian.
Oleh itu, disarankan untuk menyediakan pilihan saiz yang pelbagai, dari XS hingga XXL, dan menggunakan ukuran dalam sentimeter (cm) serta menyediakan carta saiz yang jelas untuk membantu pelanggan memilih saiz yang tepat.
Begitu juga dengan warna, ada pelanggan suka warna klasik macam hitam dan navy, ada pula yang suka baju raya oren bata untuk tampil berani.
#5. Guna Media Sosial untuk Promosi
Media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook adalah lubuk pelanggan!
Pastikan anda aktif buat posting, story, dan live untuk tarik minat pembeli. Jangan lupa guna hashtag yang relevan seperti #BajuRayaOnline #BeliBajuRaya #ShoppingBajuRaya supaya mudah ditemui.
👉 Baca juga: 6 Tip Kejayaan Khairul Aming Sebagai Content Creator
#6. Buat Video Pendek Try-On & Review
@aisyahmhtr Replying to @iffah Finally a try-on video for my Lubna baju raya ♡ @lubna_zalora @ZALORA Malaysia #lubna #zalora #bajuraya #kebaya
♬ suara asli – Shifaiman🍉 – Shifaiman | Guitar Tutor 🎸🍉
Sekarang ni, ramai pelanggan suka tengok video sebelum membeli. Jadi, buatlah video pendek try-on atau review baju raya anda.
Kalau ada pelanggan yang pernah beli dan suka produk anda, minta mereka buat testimoni video untuk lebih meyakinkan.
#7. Tawarkan Promosi & Diskaun Istimewa
Siapa yang tak suka diskaun, kan?
Berikan promosi seperti:
- Early Bird Sale – Diskaun untuk yang beli awal
- Bundle Set – Beli 2 percuma 1
- Free Shipping – Penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM100
👉 Baca juga: 6 Cara Nak Offer Free Shipping Tanpa Rugi
#8. Pastikan Checkout & Pembayaran Mudah
Pelanggan suka shopping baju raya yang tak rumit. Pastikan laman web atau platform jualan anda mudah digunakan, dan sediakan pelbagai kaedah pembayaran seperti FPX, e-wallet, dan Buy Now Pay Later.
👉 Baca juga: BNPL Paling Hebat? Atome Vs. SPayLater Vs. Grab PayLater
#9. Gunakan Platform Jualan yang Tepat
Jual di platform yang sesuai dengan pelanggan sasaran anda. Kalau pelanggan anda banyak di Shopee atau Lazada, pastikan kedai anda aktif di sana.
Jika anda mahu branding lebih eksklusif, buat website sendiri untuk jual baju raya online.
Nak Buat Laman Web Sendiri? Ini 3 Info Penting untuk Anda
Membina laman web untuk menjual baju raya dalam talian memerlukan pertimbangan kos dan pengurusan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui:
1. Kos Pembangunan Laman Web
Kos pembangunan laman web e-dagang di Malaysia berbeza mengikut keperluan dan skala projek.
Secara amnya, kos boleh bermula dari RM3,000 hingga RM10,000 atau lebih, bergantung kepada reka bentuk, ciri, dan fungsi yang diinginkan.
2. Pengurusan dan Penyelenggaraan
Selepas laman web siap, penyelenggaraan berterusan adalah penting untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat.
Kos penyelenggaraan bulanan biasanya antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada keperluan spesifik seperti kemas kini, sokongan teknikal, dan keselamatan.
3. Pengurusan Laman Web
Anda boleh mengurus laman web sendiri jika mempunyai pengetahuan teknikal, atau mengupah profesional untuk mengendalikan aspek seperti kemas kini kandungan, penyelenggaraan teknikal, dan pengoptimuman enjin carian (SEO).
Kos untuk perkhidmatan ini berbeza mengikut skop kerja dan kepakaran yang diperlukan.
#10. Pastikan Stok Sentiasa Cukup
Jangan sampai pelanggan kecewa sebab stok habis! Sentiasa pantau stok dan restock awal supaya tak terlepas peluang jualan ketika permintaan tinggi.
#11. Gunakan Servis Penghantaran yang Cepat & Selamat
Pelanggan suka servis yang cepat dan boleh dipercayai.
Gunakan courier yang menawarkan tracking, penghantaran pantas, dan perkhidmatan yang mesra pelanggan seperti Ninja Van supaya pelanggan anda berpuas hati.
💡 Tahukah anda? Anda boleh jimat 18% kos shipping untuk 20 parcel pertama anda dengan Ninja Biz app! Nak tahu macam mana? Jom baca sini.
Dah Ready Nak Berniaga?
Jual baju raya online sebenarnya tak susah kalau anda ikut strategi yang betul.
Dari mengenali trend fesyen, guna gambar berkualiti, promosi di media sosial, hingga menggunakan servis penghantaran yang efisien – semua ini boleh membantu meningkatkan jualan anda!
Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan sekarang dan pastikan baju raya anda jadi pilihan utama pelanggan tahun ini! 🎉