11 Idea Suri Rumah Menjana Pendapatan, Jom Buat Duit!

11 Tips Cara Buat Duit Dari Rumah (Jom, Tambah Pendapatan!)

Nak tambah pendapatan? Ikuti 11 cara buat duit dari rumah yang mudah dan praktikal. Jana pendapatan tanpa modal besar. Jom mula sekarang!
7 mins read

Tak dinafikan, hidup zaman sekarang mencabar.

Kadang-kadang, satu pendapatan dalam keluarga memang tak cukup untuk tampung semua perbelanjaan harian, lagi-lagi dengan ekonomi yang masih tak menentu.

Ada cara tak untuk tambah duit, tanpa perlu keluar rumah? Mestilah ada!

Bayangkan, anda boleh jana pendapatan dari rumah sambil uruskan hal keluarga.

Dengan cara yang betul, anda boleh buat duit online tanpa modal besar, malah bisnes kecil-kecilan dari rumah pun boleh jadi langkah pertama anda.

Nak tahu caranya? Jom, tengok 11 cara terbaik untuk buat duit online dan bina bisnes dari rumah tanpa perlu keluar modal besar!

#1. Dropship – Senang & Tanpa Modal Besar!

Dropship memang salah satu cara buat duit dari rumah yang paling mudah dan fleksibel.

Bestnya, kita tak perlu simpan stok langsung!

Kerja kita hanyalah promote barang dan ambil pesanan daripada pelanggan. Selepas itu, kita serahkan pesanan kepada pihak jualan untuk penghantaran.

Lagi best, bisnes ini boleh dijalankan online, bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja. Nak mula dengan promote pada kenalan atau jiran sebelah pun boleh!

Apa Barang Yang Boleh Dijual Secara Dropship?

Pilihan barang untuk dropship sangat luas! Dari pakaian, kek, hingga aksesori, semuanya boleh dijual. Kita boleh tetapkan harga sendiri atau dapat komisen untuk setiap barang yang terjual.

Ada syarikat dropship yang memerlukan yuran pendaftaran, tetapi ada juga yang menawarkan pendaftaran percuma. Pilihlah syarikat yang sesuai dengan keperluan bisnes kecil-kecilan anda.

9 Contoh Syarikat Di Malaysia Yang Menawarkan Servis Dropship

  • Shopee
  • Dropezada (Lazada Shopping)
  • Kumoten
  • Shein
  • SaleHoo
  • CJdropshipping
  • AliDropship
  • DropShip Malaysia
  • Kime

đź’ˇ Tips! 4 Kategori Barang Laku Keras Untuk Dropship

  • Barang elektronik (contoh: smartwatch, earbuds)
  • Barangan rumah (contoh: alat dapur atau perhiasan rumah)
  • Hadiah unik seperti hadiah custom-made
  • Barang untuk haiwan peliharaan (pet supplies)

#2. Jual Barang “2nd Hand” Online

Ini peluang terbaik untuk anda mula jana pendapatan dari rumah dengan bisnes kecil-kecilan dari rumah. Ramai yang kini memilih platform online untuk membeli dan menjual barang. Jadi, kenapa tidak ambil peluang ini?

Jika ada banyak barang yang tak digunakan di rumah, anda boleh mula berniaga dari rumah dengan menjual barang terpakai di platform seperti Mudah, Carousell, atau Shopee.

Prosesnya mudah: ambil gambar barang dengan menarik, tuliskan maklumat ringkas tentang barang tersebut, dan anda sudah bersedia untuk menjual!

Selain platform online, anda juga boleh gunakan media sosial untuk jual kepada kenalan atau komuniti anda.

đź’ˇ Tips: Pastikan penghantaran lancar dengan servis courier seperti Ninja Van yang menawarkan pick-up barang dari rumah (+RM1 je!). Baca sini.

#3. Jadi Tutor dari Rumah

Kalau anda ada ilmu atau kemahiran yang boleh dikongsi, inilah peluang untuk jana pendapatan dari rumah!

Tak perlu risau tentang nak jadi cikgu full-time, kerana dengan jadi tutor, anda boleh urus masa sendiri dan buat jadual ikut keselesaan anda.

Ada cara buat duit dari rumah dengan menggunakan kelayakan atau pengalaman anda:

  • Kalau ada degree, ajar subjek sekolah rendah atau menengah secara online.
  • Pandai design atau guna komputer? Mulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah dengan tawarkan kelas Canva, Microsoft Office, atau kemahiran lain yang berguna untuk pemilik bisnes.
  • Atau, tawarkan kelas memasak, menjahit, atau menggunakan Thermomix untuk mereka di kawasan sekitar.

Yang menariknya, bisnes dari rumah macam ni senang berkembang bila anda dapat ulasan (review) yang baik dari pelajar.

Mereka pasti akan recommend anda kepada rakan-rakan lain. Jadi, anda tak perlu risau nak cari pelajar baru, sebab populariti akan berkembang secara semula jadi.

#4. Masak atau Baking

Ada bakat dalam masakan? Atau pandai buat kek yang cantik macam dalam Instagram dan TikTok? Ini masa terbaik untuk jana pendapatan dari rumah!

Ramai yang sudah berjaya dengan bisnes kecil-kecilan dari rumah seperti menjual kek, keropok, atau karipap frozen—semuanya boleh dibuat di rumah dan jadi viral!

Kalau baru nak mula, boleh cuba letak makanan buatan sendiri di gerai atau restoran berhampiran.

Selain itu, anda juga boleh cuba produk popular seperti Aiskrim 1 Malaysia atau Chocolate Khunafah.

Tapi kalau nak buat duit online, jual melalui platform seperti Instagram, Facebook, atau WhatsApp—senang untuk tunjuk gambar makanan yang sedap dan menarik!

Kalau anda berbakat dalam masakan lauk-pauk frozen, desserts yang perlu disimpan beku, atau guna chiller, pastikan makanan sampai kepada pelanggan dalam keadaan terbaik.

💡 Tips: Guna Ninja Cold dari Ninja Van—servis penghantaran Cold Truck untuk pastikan makanan frozen atau sejuk anda kekal segar.

#5. Kerja Part-Time/Servis Online

Anda boleh mula bekerja sebagai freelancer tanpa perlu keluar rumah! Tak perlu risau, kerana anda boleh sesuaikan jadual kerja mengikut keselesaan anda, dan masih ada masa untuk fokus pada keluarga.

Pandai menulis atau kuasai bahasa lain? Jadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan dengan menjadi penulis, transkripsi dokumen, atau penterjemah.

Jika anda ada skil buat kerja rumah, tawarkan servis seperti pembersihan atau basuh baju – ramai yang sanggup bayar untuk servis ini!

#6. Jual Personaliti sebagai Influencer

Siapa sangka, berkongsi kehidupan di media sosial pun boleh jadi sumber pendapatan? Zaman sekarang, jadi influencer memang popular, boleh buat duit RM50 – RM500 untuk sekali paid review!

Tapi, apa sebenarnya yang dilakukan oleh seorang influencer?

Influencer ni berfungsi sebagai duta produk. Mereka akan memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pengikut mereka. Bayangkanlah, kalau korang ada ribuan atau bahkan jutaan pengikut, mesti ramai yang akan tertarik dengan apa yang korang kongsi.

Contoh konten yang boleh korang buat:

  • Review produk: Cuba produk baru dan kongsikan pendapat korang.
  • Tutorial: Ajar orang lain buat sesuatu, contohnya makeup, masak, atau main game.
  • Vlog: Rakam kehidupan seharian korang.
  • Live streaming: Berinteraksi secara langsung dengan pengikut.

#7. Affiliate Marketing — Buat Duit Online “Paling Senang” dari Rumah

@malkikoo

Kalau korang belum try Muuka punya products. This is a sign for you! @Muuka.hq @Minmin | MUUKA #muukahq #muuka #muukacommunity #muukalocalskincare #muukaluminouspotion #muukaacneneutralingpotion

♬ original sound – malkikoo – malkikoo

Pernah dengar tentang affiliate marketing? Senang je – anda promosikan produk orang lain, dan bila ada orang beli menggunakan link anda, anda dapat komisen. Macam buat duit sambil tidur!

Contohnya, kalau anda suka produk A, anda boleh kongsikan produk tu dengan kawan-kawan dan masukkan link affiliate anda. Bila mereka beli, anda dapat untung. Senang je kan?

Contoh Affiliate Marketing di Twitter.

Untuk mulakan, cari syarikat yang ada program affiliate (contohnya Shopee). Daftar, dapatkan link affiliate, dan kongsikan link tersebut di media sosial, blog, atau platform lain.

Tapi pastikan anda pilih produk yang sesuai dengan minat anda. Kalau minat fesyen, promosikan produk fesyen. Dengan cara ini, anda lebih bersemangat untuk berkongsi!

Affiliate marketing ini adalah bisnes dari rumah yang sangat sesuai untuk mereka yang nak jana pendapatan tambahan secara online.

Korang mesti terkejut kalau dapat tahu satu produk terjual boleh dapat komisyen setinggi RM20+.

#8. Sewa Rumah/Jadi Host Airbnb

Ada bilik kosong kat rumah? Atau ada rumah kosong yang tak terduduk?

Anda boleh buat duit tambahan dengan sewa rumah atau jadi host Airbnb. Cari penyewa tetap atau cuba model Airbnb untuk sewa harian.

Ini satu cara yang mudah untuk buat duit dari rumah dan manfaatkan ruang yang tidak digunakan.

Kalau anda tak nak ada orang tinggal sekali, sewa ruang tersebut untuk simpan barang.

Anda boleh jana pendapatan dari rumah dengan menyediakan tempat selamat untuk orang simpan barang mereka tanpa perlu tinggal bersama mereka.

Ini adalah cara buat duit online atau bisnes kecil kecilan dari rumah yang boleh dijalankan dengan sedikit modal.

#9. Jaga Anak Orang

Suka jaga budak-budak? Ini peluang bisnes dari rumah yang mudah dan berbaloi.

Jadi pengasuh di rumah sendiri dan dapatkan pendapatan sampingan.

Hanya perlu jaga anak orang sementara mak bapak mereka sibuk bekerja. Kerja yang mudah seperti tukar pampers, bagi makan, dan layan budak-budak sambil boleh jana pendapatan dari rumah.

Dengan cara ini, anda boleh mulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah tanpa modal besar, dan sesuai untuk sesiapa yang mencari cara buat duit online atau di rumah.

Sebagai bonus, kerja ini juga fleksibel dan boleh disesuaikan dengan jadual harian anda!

Tapi kena tahu undang-undang pasal jaga anak ni.

#10. Jual Sambal/Perencah Buatan Sendiri

Sambal adalah makanan ruji orang Malaysia, jadi potensi pasarnya sangat besar.

Jika anda mempunyai resepi sambal, perencah, atau paste yang unik, kenapa tidak cuba untuk buat duit dari rumah?

Sambal seperti sambal ikan bilis, sambal udang, atau sambal hijau pasti akan menarik ramai peminat. Jika sambal anda memang sedap, mulakan dengan menjual kepada jiran-jiran dulu.

Jika berjaya, boleh terus jual online atau cuba bisnes kecil kecilan dari rumah seperti berniaga di pasar malam.

Sebelum mula serius, boleh cuba bagi sample kepada kawan-kawan untuk mendapatkan maklum balas. Untuk berniaga dari rumah tanpa modal yang lebih terjamin, pertimbangkan untuk mendapatkan sijil halal dan pendaftaran perniagaan.

Yang penting, jika anda risau sambal tumpah semasa penghantaran, gunakan Ninja Cold. Pasti sampai dengan selamat!

âś… Baca juga: 6 Tip Kejayaan Khairul Aming Sebagai Content Creator

#11. Jual Makanan dari Rumah Guna Foodpanda

Nak buat duit dari rumah? Jual nasi lemak, kuih-muih, atau apa sahaja makanan kegemaran dari keselesaan rumah!

Mudah je, cuma daftar dengan Foodpanda dan mulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah.

Ini caranya:

  • Daftar SSM terlebih dahulu.
  • Ambil gambar makanan yang cantik dan menarik.
  • Tetapkan harga yang berpatutan (pastikan anda kira kos bahan mentah dan caj Foodpanda).
  • Sentiasa responsif terhadap pelanggan.

đź’ˇ Tips: Kalau nak jual banyak jenis makanan, boleh buat menu yang menarik. Contohnya, “Combo Nasi Lemak” yang termasuk nasi lemak, air teh tarik dengan karipap 2 biji.

Siapa Kata Tak Boleh Buat Duit Dari Rumah?

Kami share sikit idea ni, harap-harap bermanfaat untuk korang semua! Jangan lupa share dengan kawan-kawan korang. Sama-sama kita maju!

Nak start bisnes online memang susah, tapi kalau ada servis penghantaran yang cekap, senang la sikit nak manage bisnes.

Macam Ninja Biz app ni, boleh buat order delivery guna phone je, boleh drop off barang dekat Ninja Point atau minta Abang Ninja datang ambil pick-up.

Harga pun bermula dari RM6.50* je!

Hantar lebih banyak parcel melalui Ninja Biz app, dan nikmati pelbagai diskaun pada penghantaran seterusnya!

Eh, Ninja Van ada promo shipping ke? Jom check sini!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.