Mengapa Singapura Adalah Peluang Terbesar Anda Raya Ini

Mengapa Singapura Adalah Peluang Terbesar Anda Raya Ini

Dengan pendapatan 5 kali ganda dan permintaan tinggi untuk produk Malaysia, Singapura adalah peluang anda Raya ini. Ketahui caranya untuk kembangkan bisnes anda
3 mins read

Raya dah nak dekat—masa untuk sambutan, keluarga, dan ya, peluang besar untuk bisnes anda. Kalau nak cari pasaran yang betul-betul berbaloi, Singapura lah jawapannya: kuasa membeli tinggi, dekat dengan budaya kita, dan gemar dengan produk dari Malaysia.

Kami telah survey 1,200 pembeli online dari Asia Tenggara, dan rakyat Singapura memang lain macam. Mereka sayang produk Malaysia—lagi-lagi masa Raya, bila tradisi dan perayaan jadi keutamaan.

Tapi nak tarik perhatian mereka (dan dompet), anda perlukan lebih daripada sekadar tunjuk produk. Strategi kena betul, produk kena kuat dan kena ada sentuhan Raya yang bermakna.

Masih tak yakin? Biar kami tunjuk gambaran penuh.

Kenapa Singapura?

Pendapatan 5 Kali Ganda Lebih Tinggi

Fakta: Pendapatan isi rumah median di Singapura ialah SGD10,099 (~RM33,000) — lebih lima kali ganda dari Malaysia (RM6,388).

Apa maksudnya? Barang yang kita rasa “premium” sebenarnya nampak mampu milik bagi rakyat Singapura. Contohnya, Baju Melayu RM200—bagi rakyat Malaysia, ia bersamaan 3.1% daripada pendapatan bulanan median, tapi bagi rakyat Singapura, hanya 0.6%.

Produk Anda Pilihan #1 Mereka

Fakta: Rakyat Singapura memang gemarkan produk Malaysia. Tahun lepas, 78% daripada mereka membeli produk Malaysia—jauh lebih tinggi dari Thailand di tempat kedua dengan 42%. Dan mereka berani berbelanja besar—sehingga SGD200 (RM680) untuk pembelian rentas sempadan.

Kalau anda jual dalam kategori Fesyen & Aksesori atau Makanan & Minuman (F&B), ini masa terbaik anda! Kategori ini mendominasi pilihan mereka:

  • 68% memilih Fesyen & Aksesori (seperti pakaian Raya)
  • 51% memilih F&B (termasuk Biskut Raya)

Masa Raya, permintaan jadi lebih tinggi kerana mereka cari produk yang authentic dan ada makna budaya. Data dah jelas—peluang dah ada. Anda dah ready?

Cara ‘Pikat’ Hati Rakyat Singapura Raya Ini

1. Tunjukkan Nilai di Sebalik Harga

72% pembeli Singapura utamakan value for money. Tapi masa Raya, mereka bukan cari harga paling murah saja. Mereka nak pengalaman Raya yang terasa istimewa—kombinasi harga, kualiti, dan tradisi.

Strategi:

  • Pasitkan gambar produk anda HD, keterangan produk kena jelas, dan penjenamaan nampak premium.
  • Buat bundel Raya istimewa, contohnya “Raya Family Pack” untuk pakaian sedondon.
  • Tetapkan harga yang bijak—letakkan di bawah had SGD400 (de minimis threshold) untuk elak cukai tambahan.

2. Berikan Sentuhan Peribadi

2. Berikan Sentuhan Peribadi

Tinjauan kami menunjukkan 42% rakyat Singapura suka produk unik yang tak ada di negara mereka. Selain itu, 33% hargai warisan budaya dan 36% sukakan kraf tangan.

Maksudnya? Cerita di sebalik produk anda sama penting dengan produk itu sendiri. Masa Raya—yang penuh dengan hubungan kekeluargaan dan tradisi—produk anda perlu menggambarkan semangat ini.

Strategi:

  • Kongsikan cerita budaya di sebalik produk anda untuk beri makna yang lebih mendalam.
  • Tunjukkan bagaimana produk anda boleh ceriakan sambutan Raya atau eratkan silaturahim keluarga.
  • Kolaborasi dengan mikro-influencer Melayu Singapura untuk nampak lebih asli dan dipercayai.

3. Lebih Daripada Sekadar Penghantaran

56% pembeli Singapura nak kos penghantaran di bawah SGD5, dan 30% lagi sedia bayar sehingga SGD9. Itu bermakna 86% mahukan keseimbangan antara kos penghantaran dan kualiti servis.

Masa Raya, penghantaran pantas, boleh dipercayai dan rendah jadi perkara paling penting. Hadiah dan keperluan sambutan mesti sampai tepat pada waktunya.

Strategi:

  • Partner dengan syarikat logistik yang boleh jamin penghantaran cepat semasa musim sibuk Raya.
  • Tawarkan jaminan seperti “Sampai Sebelum Hari Raya!” untuk bina keyakinan pelanggan.
  • Tawarkan penghantaran percuma dengan bijak—gabungkan kos ke dalam harga atau tetapkan jumlah belian minimum.

Jadikan Raya Ini Luar Biasa

Raya bukan sekadar musim perayaan—ia peluang besar untuk anda kembangkan bisnes. Rakyat Singapura dah nampak produk Malaysia sebagai jambatan kepada keaslian dan tradisi—dan ini masa untuk anda penuhi permintaan itu.

Bila kena caranya, jenama anda bukan sekadar menjual—ia jadi sebahagian sambutan mereka, mencipta saat bermakna dengan penghantaran lancar yang menjadikan Raya lebih istimewa.

Sempena Raya ini, kami di Ninja Van tawarkan kadar istimewa untuk penghantaran dari Malaysia ke Singapura—sampai 31 Mac sahaja!

Hubungi kami sekarang—dan pastikan Raya anda kali ini benar-benar bermakna!

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.