Kupasan Masterclass Jual ke Singapura Seperti Pakar

Kupasan Masterclass: Jual ke Singapura Seperti Pakar

Terlepas masterclass tentang jualan ke Singapura? Dapatkan tip pakar dan pandangan eksklusif dalam sorotan masterclass kami!
2 mins read

Ninja Van berpeluang bekerjasama dengan EasyStore dalam webinar Unlock Crossborder Ecommerce: Sell to Singapore bersama Meta dan Sidec pada 22 Jun 2023.

Sesi ini bertujuan untuk membekalkan perniagaan Malaysia dengan alat dan pandangan penting untuk menembusi pasaran e-dagang Singapura yang sedang berkembang pesat.

Daripada memahami tingkah laku pengguna Singapura hingga mempermudahkan logistik dan penghantaran, segala aspek penting telah dibincangkan.

Sama ada anda seorang pemilik perniagaan berpengalaman atau baru ingin bermula, webinar ini menyajikan nasihat praktikal untuk membantu perniagaan anda berkembang ke tahap seterusnya.

Terlepas Webinar Ini? Jangan Risau—Ini Ringkasannya

#1. Atasi Cabaran Jualan Merentas Sempadan

Meluaskan perniagaan ke luar negara memang mencabar, tetapi penuh dengan peluang. Sesi ini mengupas cabaran utama seperti had pembayaran tempatan, kerumitan logistik, dan tingkah laku pelanggan yang berbeza, serta cara menanganinya dengan penyelesaian yang disesuaikan.

Tip Masterclass: Permudahkan proses pembayaran dengan menggunakan “international payment gateways” dan tawarkan pengalaman pembayaran yang dilokalkan untuk membina kepercayaan pelanggan.

#2. Tembusi Pasaran Berbelanja Tinggi di Singapura

Pengguna Singapura mempunyai purata perbelanjaan tertinggi di Asia Tenggara dan lebih gemar jenama yang memahami keperluan mereka. Webinar ini mendedahkan bahawa 79% rakyat Singapura aktif di media sosial, menjadikan platform seperti TikTok, Instagram, dan Facebook Live penting untuk berinteraksi.

Tip Masterclass: Gunakan kempen berbayar yang disasarkan dan pemasaran dilokalkan untuk menarik perhatian pelanggan yang berbelanja tinggi.

#3. Permudahkan Logistik Malaysia ke Singapura

Logistik yang lancar adalah kunci kejayaan jualan merentas sempadan. Sesi ini berkongsi cara menguruskan cukai import, kos penghantaran, dan jangka masa penghantaran secara efektif.

Tip Masterclass: Manfaatkan rangkaian logistik yang mantap untuk memastikan penghantaran yang cepat dan lancar. Sebagai syarikat tempatan yang berpengkalan di Singapura, kami memahami pasaran ini sepenuhnya dan sentiasa berkembang bersama perniagaan yang ingin melangkaui sempadan

#4. Mudahkan Urusan Jualan dengan Unified Commerce

Menguruskan pelbagai saluran jualan boleh menjadi rumit, lebih-lebih lagi apabila meluaskan perniagaan ke pasaran baharu. Sesi ini menekankan kepentingan mengintegrasikan kedai dalam talian, marketplace, media sosial, dan sistem Point of Sale (POS) untuk melancarkan operasi.

Tip Masterclass: Pusatkan pengurusan saluran jualan bagi memudahkan pengurusan inventori, meningkatkan penglibatan pelanggan, dan memastikan pengalaman membeli yang konsisten.

Tembusi Pasaran Singapura

Memasuki pasaran Singapura bukan sesuatu yang sukar dengan strategi yang tepat. Dengan menguruskan pelbagai saluran jualan, logistik, dan kaedah pembayaran tempatan, perniagaan anda boleh berkembang ke peringkat antarabangsa dengan lebih lancar dan berkesan.

Bila sampai masa untuk menghantar produk anda ke seluruh Asia Tenggara? Jangan risau, kami uruskan. Sebagai syarikat kelahiran Singapura dengan liputan 100% di Asia Tenggara, Ninja Van memastikan produk anda sampai ke tangan pelanggan dengan pantas dan selamat—di setiap langkah.

Dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami di sini.

Untuk koloborasi, hubungi kami di reg-xb-enquiry@ninjavan.co.

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.