“Jangan Terbagi IC & Alamat!” – Ini Cara Scammer Buat Duit Dengan Info Anda

“Jangan Terbagi IC & Alamat!” – Ini Cara Scammer Buat Duit Dengan Info Anda

Alamat rumah pun boleh jadi senjata scammer. Ketahui apa yang mereka boleh buat bila dapat info peribadi anda—termasuk nombor akaun bank!
2 mins read

Pernah tak anda terima mesej atau panggilan pelik, tiba-tiba seseorang minta nombor IC, alamat rumah, atau nombor akaun bank anda kononnya untuk “penghantaran”, “pengaktifan akaun”, atau “pengemaskinian sistem”?

Nampak macam tak bahaya kan? Tapi anda silap besar. Scammer hari ini tak perlukan nombor kad kredit pun untuk buat duit dari info peribadi anda. Cukup sekadar nombor IC, alamat rumah, atau nombor akaun bank – mereka dah boleh buat pelbagai jenis penipuan yang anda tak sangka.

Dalam blog ini, kita bongkar bagaimana scammer guna info kecil untuk buat duit besar.

#1. Nombor IC = Curi Identiti & Buka Akaun Palsu

Dengan hanya nombor IC, scammer boleh:

  • Buka akaun bank atau e-wallet palsu guna nama anda
  • Buat pinjaman peribadi atau beli barang secara ansuran, anda pula yang kena bayar
  • Daftar akaun scam atas nama anda, dan menyamar untuk tipu orang lain

Lagi bahaya kalau mereka ada gambar kad pengenalan anda. Itu dah cukup kuat sebagai “dokumen pengesahan” untuk banyak urusan online.

#2. Alamat Rumah = Sasaran Penyamaran & Penipuan Pakej

Kenapa scammer suka tanya alamat rumah? Sebab:

  • Mereka boleh hantar barang tipu (COD) kepada anda, dan paksa anda bayar
  • Gunakan alamat anda untuk daftar kad SIM palsu, langgan servis telco atau langganan haram
  • Buat penyamaran, contohnya kata mereka dari syarikat courier, bank, atau LHDN konon nak “hantar dokumen penting”

🔥 Apa lagi modus operandi biasa scammer di Malaysia? Ni Min ada list! 👉 8 Cara Orang Scam COD di Malaysia

Kadang-kadang, scammer hanya perlu tahu anda tiada di rumah—supaya mereka boleh rancang jenayah fizikal juga.

#3. Nombor Akaun Bank = Penipuan ‘Refund’ & Cuci Duit Haram

Mungkin anda fikir, “Takpe lah, nombor akaun je kot. Bukan nombor kad ATM.”
Tapi nombor akaun bank boleh digunakan untuk:

  • Penipuan refund palsu, di mana scammer minta bayaran terlebih dahulu sebelum kononnya “memulangkan wang”
  • Mencuci duit hasil jenayah – mereka masukkan duit haram dalam akaun anda dan anda pula yang disiasat polis
  • Guna nombor akaun anda dalam penipuan scam lain, sebagai ‘akaun tumpang’

#4. Gabungan Semua Info = Scammer ‘Level Boss’

Kalau scammer dapat nombor IC, alamat rumah dan nombor akaun sekaligus, mereka boleh:

  • Daftar pinjaman dan larikan duit atas nama anda
  • Tukar akaun bank anda kepada nombor telefon lain melalui penipuan SMS atau panggilan palsu
  • Buat scam yang nampak sangat “real”, sampai mangsa lain pun tertipu

#5. Macam Mana Scammer Dapat Info Ni?

  • Anda isi borang online tanpa semak URL
  • Tertipu dengan iklan kerja part time, lucky draw, atau review produk
  • Serahkan maklumat melalui panggilan palsu dari “bank”, “polis”, atau “courier”

Apa Anda Patut Buat?

  • ✅ Jangan kongsi IC, alamat, atau nombor akaun bank melalui WhatsApp, Telegram, atau mesej random
  • ✅ Elakkan isi borang dari link mencurigakan
  • ✅ Gunakan akaun email & nombor telefon khas untuk urusan online
  • ✅ Semak status laporan kredit anda secara berkala (CTOS/CCRIS)
  • ✅ Buat laporan ke pihak berkuasa jika rasa maklumat anda disalah guna

Jadi, Jangan Mudahkan Kerja Scammer!

Sekarang anda dah tahu betapa berbahayanya “info kecil” seperti nombor IC dan alamat rumah. Jangan ambil ringan dan jangan mudah percaya. Scammer hanya perlukan satu silap langkah anda untuk buat duit – tapi anda yang akan tanggung akibatnya.

Lindungi maklumat anda, lindungi masa depan anda.


FAQ

Q1: Apa yang perlu saya lakukan jika telah berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang mencurigakan?

A1: Segera hubungi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan laporkan kejadian tersebut (perlu daftar akaun dahuly, ya!). Selain itu, pantau akaun bank dan periksa laporan kredit anda untuk sebarang aktiviti mencurigakan.

Q2: Bagaimana saya boleh mengenal pasti penipuan penghantaran COD?

A2: Waspada terhadap bungkusan yang tidak anda pesan, penjual yang enggan memberikan maklumat lengkap, atau permintaan bayaran sebelum anda dapat memeriksa barang.

Q3: Adakah selamat untuk berkongsi nombor akaun bank dengan penjual dalam talian?

A3: Hanya berkongsi maklumat tersebut dengan penjual yang dipercayai dan melalui platform yang selamat. Elakkan berkongsi maklumat sensitif melalui mesej atau panggilan yang tidak disahkan.

Q4: Di mana saya boleh melaporkan aktiviti penipuan dalam talian?

A4: Anda boleh melaporkan kepada CyberSecurity Malaysia melalui laman web mereka atau menghubungi pusat bantuan pengguna untuk mendapatkan panduan lanjut.

What's inside this article?

Related Articles

Get useful business tips sent right into your inbox!

Subscribe to our newsletter to receive insightful business tips. Learn about marketing, branding, digital strategies, ecommerce trends, logistics and everything you need to know to run a successful ecommerce business.

By clicking “Subscribe” you agree to our Privacy Policy and give us consent to use your contact details for our newsletter.