Kalau anda seorang seller online, dropshipper, atau individu yang selalu guna perkhidmatan kurier, pasti anda pernah tertanya:
🤔: “Berapa saiz & berat maksimum parcel yang boleh dihantar dengan Ninja Van?”
Soalan ini nampak remeh, tapi kalau tersalah kira—boleh bawa kepada caj tambahan atau parcel ditolak. Dalam artikel ini, kami akan bantu anda faham:
- Had sebenar saiz & berat bungkusan Ninja Van
- Cara betul kira berat volumetrik
- Tips elak penalti berat & jimat kos penghantaran
Had Saiz & Berat Parcel Ninja Van di Malaysia

Untuk penghantaran domestik melalui Ninja Van Malaysia, had bungkusan adalah seperti berikut:
Butiran | Had Maksimum |
---|---|
Berat Sebenar | 30kg |
Jumlah Dimesi (Panjang + Lebar + Tinggi) | 300cm |
Contoh:
Kalau parcel anda berukuran 100cm panjang + 100cm lebar + 100cm tinggi = jumlah 300cm, masih dibenarkan. Tapi kalau 110 + 100 + 100 = 310cm, parcel mungkin tidak diterima atau dikenakan caj tambahan.
👉 Kalau saiz parcel anda sesuai, apa tunggu lagi? Klik sini untuk mula hantar!
Cara Betul Kira Berat Volumetrik

Ninja Van akan mengenakan caj mengikut berat sebenar ATAU berat volumetrik, bergantung mana yang lebih tinggi.
Formula berat volumetrik:
(Panjang x Lebar x Tinggi) / 5000
Ukuran dalam sentimeter (cm), hasil dalam kilogram (kg)
Contoh kiraan:
- Kotak bersaiz: 50cm x 30cm x 20cm
- Kiraan: (50 x 30 x 20) / 5000 = 6kg
Kalau berat sebenar parcel anda hanya 3kg, Ninja Van akan caj ikut 6kg kerana berat volumetrik lebih tinggi.
Kenapa Penting Faham Saiz & Berat?

Ramai seller baru agak-agak je berat & saiz masa buat booking. Tapi bila parcel sampai ke hub Ninja Van, sistem akan scan & timbang semula. Kalau ada beza besar:
- âś… Parcel masih dihantar
- ⚠️ Tapi anda akan dikenakan “penalti berat”
- đź’¸ Dan margin untung pun mungkin susut
Tips Elak Caj Tambahan & Hantar dengan Lebih Bijak

Gunakan tips ini setiap kali anda nak hantar parcel dengan Ninja Van:
- âś… Ukur & timbang dahulu setiap bungkusan
- âś… Simpan senarai saiz & berat produk siap-siap
- âś… Pilih kotak yang padat & tidak terlalu besar
- âś… Elak lebihan bubble wrap yang tambah saiz tanpa tambah berat
- âś… Untuk produk ringan tapi besar, fokus pada volumetrik
Siapa Patut Ambil Tahu Info Ini?

- Seller Shopee, TikTok Shop & Lazada
- Usahawan dropship
- Peniaga bundle atau preloved
- Penghantar makanan frozen (guna Ninja Cold)
- Individu yang selalu buat penghantaran sendiri
Tak kira anda hantar satu parcel atau 100 parcel sehari—pengiraan tepat bantu anda jimat banyak dalam jangka masa panjang.
Nak Hantar dengan Ninja Van Hari Ini?

Daftar sebagai pengguna Ninja Van dan nikmati:
- Kadar penghantaran berpatutan
- 3 kali cubaan penghantaran
- Pilihan drop-off atau pickup
- Support untuk penghantaran produk frozen (Ninja Cold)